Peraduan Jawab & Menang dari Applecrumby!

Hi Semua! Jom menang hadiah best dari Applecrumby jom? Kali ini kami akan memilih 3 pemenang dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah kami! Langkahnya sangat mudah, anda perlu daftar di sini: https://community.theasianparent.com/contest/peraduan-jawab-menang/1890?lng=en dan komenkan jawapan anda di post ini. Peraduan bermula pada pukul 11.00am pagi ini! Semoga berjaya!

Peraduan Jawab & Menang dari Applecrumby!
161 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Jawapan : MITOS Ruam lampin berlaku apabila terjadinya tanda-tanda kemerah-merahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah. Biasanya ia berlaku sekitar bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. Bayi akan menangis apabila berada tidak selesa, rasa sakit dan gatal. Ruam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama, terlalu ketat, najis bayi pula, dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci lampin turut memberi kesan infeksi. Bahaya ruam lampin ialah apabila ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah. Jika tidak dirawat segera ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida. Ia berlaku disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah. Ruam yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah. Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kulat. 🌻 Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggu bayi anda. 🌻 Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin. 🍀 Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya. 🍀 Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. 🍀 Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering. 🍀 Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. 🍀 Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas. Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. 🍀 Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar. 🍀 Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. 🍀 Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. 🍀 Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada. 🍀 Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. 🍀 Berhati-hati kerana emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya. 🍀 Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya.

Baca lagi
VIP Member

MITOS ❗ ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN RUAM LAMPIN ADALAH : KERENGSAAN ☘️Punca paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. ☘️Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam. PERTUMBUHAN CANDIDA ☘️Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. ☘️Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada. JANGKITAN BAKTERIA ☘️Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat. ALAHAN ☘️Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain. FAKTOR LAIN ☘️Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin. HADIAH GIVEAWAY INI SIZE S , ANGGARAN UNTUK BABY 3-6KG JADI SESUAI UNTUK NEWBORN BABY SAYA YANG BAKAL LAHIR PADA BULAN NOVEMBER NANTI 🥰

Baca lagi

MITOS KERANA: ANTARA PUNCA RUAM LAMPIN BERLAKU IALAH Kerengsaan: Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam. Pertumbuhan Candida: Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada. Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat. Alahan: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain. Faktor lain: Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin.

Baca lagi

▶️MITOS ▶️Ruam lampin ialah masalah yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak petatih yang memakai lampin, dan paling kerap bagi bayi bawah umur 12 bulan. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kelamin. ▶️Antara punca ruam lampin ialah: - kerengsaan -pertumbuhan candida -jangkitan bakteria -alahan ▶️Cara-cara pencegahanya ialah: - Pilih lampin yang sesuai dengan saiz serta kulit bayi - Kerap tukar lampin, Yis dan bakteria suka tempat yang basah dan hangat. Pastikan anda segera menukar lampin basah, kotor atau penuh. -Bersihkan kulit bayi dengan cermat, Bilas punggung bayi dengan air suam semasa menukar lampin. Boleh juga menggunakan tisu basah bebas alkohol/wangian atau pencuci bukan sabun untuk membersihkannya. Elakkan gosok terlalu kuat. -Biarkan sebentar kulit bayi kering, Biarkan sebentar kulit bayi kering dan bernafas secara semula jadi kerana ini juga membantu proses penyembuhan sebelum memakaikannya lampin baharu - Kerap guna krim pelindung yang sesuai dengan bayi ,Krim ini bertindak sebagai pelindung untuk kulit terhadap air kencing dan najis. Produk yang mengandungi zink oksida atau jeli petroleum adalah bagus untuk kegunaan kulit bayi. - Elakkan pemakaian lampin yang terlalu ketat, Ianya akan bergesel pada kulit, menghalang aliran udara dan memerangkap kelembapan, lalu mendatangkan keadaan yang sesuai untuk ruam. Ini penting terutamanya jika lampin akan dipakai semalaman. Lampin Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diapers semestinya kualiti lampin yang memahami kehendak Ibu di Malaysia 👍🏻

Baca lagi

Jawapan: MITOS Berikut dikongsikan cara untuk mencegah ruam pada bayi: 1. Pilih lampin yang sesuai. Saiz yang betul dan mengikut berat badan bayi akan menentukan padanan yang baik. Penyerapan yang berkesan serta bahan yang lut udara dan lembut adalah beberapa faktor penting dalam memilih lampin untuk kulit sensitif bayi anda. Lampin bebas wangian juga mengurangkan potensi tercetusnya kerengsaan. 2. Kerap tukar lampin. Kebasahan daripada air kencing dan najis menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan kulit jika dibiarkan terlalu lama. Yis dan bakteria suka tempat yang basah dan hangat. Pastikan anda segera menukar lampin basah, kotor atau penuh. 3. Bersihkan kulit dengan cermat. Bilas punggung bayi dengan air suam semasa menukar lampin. Anda juga boleh menggunakan tisu basah bebas alkohol/wangian atau pencuci bukan sabun untuk membersihkannya. Lap kulitnya dengan lembut menggunakan tuala atau biarkannya kering sendiri, tetapi jangan gosok dengan kasar. 4. Biarkan terdedah. Biarkan sebentar kulit bayi kering dan bernafas secara semula jadi kerana ini juga membantu proses penyembuhan sebelum memakaikannya lampin baharu. Berikut adalah sekadar perkongsian daripada saya ✨🫶🏻

Baca lagi
TapFluencer

🌸MITOS🌸 🌸Tindakan terbaik untuk mengelakkan ruam lampin terbentuk ialah pastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. 🌸Pastikan anda kerap menukar lampin bayi supaya kulit bayi tidak basah. 🌸Basuh punggung mereka dengan air suam, atau gunakan tisu pelembap bayi yang bebas daripada alkohol, atau bebola kapas yang direndam di dalam air suam. 🌸Lap kering dengan perlahan-lahan – jangan gosok kulit bayi anda. 🌸Biarkan punggung bayi anda kering dengan sendirinya dan cuba untuk tidak memakai lampin buat seketika. 🌸Pastikan anda menggunakan lampin yang bersaiz betul di mana ia tidak terlalu ketat dan mempunyai penyerapan yang mencukupi bagi umur mereka. 🌸Singkirkan bahan berpotensi alergen seperti wangian tambahan daripada losen atau minyak. Sebaliknya, gunakan krim berasaskan zink oksida untuk menghasilkan pelindung di antara kulit bayi anda dan lembapan. 🌸Jika bayi anda sedang mengambil antibiotik, tanya doktor anda tentang pemberian suplemen probiotik ketika waktu rawatan untuk mencegah jangkitan yis.

Baca lagi

Mitos 📍 Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya walaupun baru 2bulan bergelar ibu, ruam lampin terjadi akibat daripada beberapa faktor seperti : 👶🏻 Tidak kerap/ jarang menukar lampin bayi 👶🏻 Lampin bayi sudah penuh dan dibiarkan untuk tempoh lama 👶🏻 Lampin terlalu ketat 👶🏻 Tidak keringkan bahagian bawah bayi terlebih dahulu selepas mencuci sebelum pakaikan lampin baru 👶🏻 Tidak pakaikan krim ruam/ minyak di bahagian bawah bayi Cara saya cegah lampin adalah dengan : 👶🏻 Periksa lampin bayi setiap 1-2 jam sekali 👶🏻 Segera tukar lampin jika sudah mulai penuh 👶🏻 Segera tukar jika dapat detect bayi poo poo ( selalunya dalam masa 5minit start dari poo poo 💩saya dh mula tukar) 👶🏻 Sapukan minyak pada punggung bayi selepas cuci dan keringkan 👶🏻 Pakaikan lampin bayi tidak terlalu ketat 👶🏻 Pada waktu malam, periksa lampin bayi dengan kerap (2-3j sekali) Moga ada rezeki Aireen anak ibu dapat merasa pakai Applecrumby 🤲🏻

Baca lagi
Post reply image

Jawapan : MITOS 7 cara mencegah bayi terkena ruam lampin Pencegahan supaya bayi 'selamat' daripada ruam lampin bermula semasa menukarkan lampin iaitu: 1.Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakainya. 2.Anda juga digalakkan kerap menukar lampin sebaik sahaja lampin basah. 3.Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol. 4.Sebaiknya bersihkan dengan air biasa atau air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali membuang air kecil atau besar. 5.Elakkan menggunakan tepung jagung yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat. 6.Sapu krim pelindung setiap kali menukar lampin. Antara krim pelindung in termasuklah campuran vang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. 7.Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap. Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci….

Baca lagi

Jawapan : MITOS 7 cara mencegah bayi terkena ruam lampin Pencegahan supaya bayi 'selamat' daripada ruam lampin bermula semasa menukarkan lampin iaitu: 1.Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakainya. 2.Anda juga digalakkan kerap menukar lampin sebaik sahaja lampin basah. 3.Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol. 4.Sebaiknya bersihkan dengan air biasa atau air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali membuang air kecil atau besar. 5.Elakkan menggunakan tepung jagung yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat. 6.Sapu krim pelindung setiap kali menukar lampin. Antara krim pelindung in termasuklah campuran vang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. 7.Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap. Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci..

Baca lagi

Jawapan : MITOS 7 cara mencegah bayi terkena ruam lampin Pencegahan supaya bayi 'selamat' daripada ruam lampin bermula semasa menukarkan lampin iaitu: 1.Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakainya. 2.Anda juga digalakkan kerap menukar lampin sebaik sahaja lampin basah. 3.Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol. 4.Sebaiknya bersihkan dengan air biasa atau air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali membuang air kecil atau besar. 5.Elakkan menggunakan tepung jagung yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat. 6.Sapu krim pelindung setiap kali menukar lampin. Antara krim pelindung in termasuklah campuran vang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. 7.Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap. Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Baca lagi