Peraduan Jawab & Menang dari Applecrumby!
Hi Semua! Jom menang hadiah best dari Applecrumby jom? Kali ini kami akan memilih 3 pemenang dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah kami! Langkahnya sangat mudah, anda perlu daftar di sini: https://community.theasianparent.com/contest/peraduan-jawab-menang/1890?lng=en dan komenkan jawapan anda di post ini. Peraduan bermula pada pukul 11.00am pagi ini! Semoga berjaya!

Jawapan : MITOS Ruam lampin berlaku apabila terjadinya tanda-tanda kemerah-merahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah. Biasanya ia berlaku sekitar bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. Bayi akan menangis apabila berada tidak selesa, rasa sakit dan gatal. Ruam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama, terlalu ketat, najis bayi pula, dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci lampin turut memberi kesan infeksi. Bahaya ruam lampin ialah apabila ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah. Jika tidak dirawat segera ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida. Ia berlaku disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah. Ruam yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah. Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kulat. π» Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggu bayi anda. π» Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin. π Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya. π Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. π Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering. π Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. π Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas. Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. π Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar. π Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. π Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. π Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada. π Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. π Berhati-hati kerana emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya. π Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya.
Baca lagi


