Peraduan Jawab & Menang dari Applecrumby!

Hi Semua! Jom menang hadiah best dari Applecrumby jom? Kali ini kami akan memilih 3 pemenang dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah kami! Langkahnya sangat mudah, anda perlu daftar di sini: https://community.theasianparent.com/contest/peraduan-jawab-menang/1890?lng=en dan komenkan jawapan anda di post ini. Peraduan bermula pada pukul 11.00am pagi ini! Semoga berjaya!

Peraduan Jawab & Menang dari Applecrumby!
161 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

MITOS KERANA: ANTARA PUNCA RUAM LAMPIN BERLAKU IALAH Kerengsaan: Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam. Pertumbuhan Candida: Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada. Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat. Alahan: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain. Faktor lain: Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin.

Baca lagi