hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan sis sebab kami pun pernah plan macam tu since before i pregnant lagi. Husband saya yang terpaling excited nak saya bersalin kat hospital private (hospital pusrawi). Tapi lepas saya pregnant, bulan demi bulan kami ada masaalah kewangan. Dari plan nak bersalin kat hospital pusrawi, kami search private hospital lain yang kosnya lagi murah. Husband saya plan hospital columbia tapi tak cukup budget. Lepas tu kami plan kpj tetap sama tak jadi. Dari private hospital bertukar to PPUM tapi tu pon saya rasa agak pricey sebab masaalah kewangan. Then tukar lagi ke HUKM. Husband saya mampu bayar yang ni tapi disebabkan HUKM ni kita kene attend 2 kali appointment and both kene bayar (not including ward charges), so saya kesian kat husband saya. Saya nampak kesusahan dia usaha keras cari duit untuk saya and preparation for our first baby. So saya cancel semua plan tu. Saya lagi pentingkan CL dan keperluan baby dari keselesaan saya sendiri (private hospital). At last, saya hanya pilih hospital government untuk bersalin nanti. Betul husband tak boleh stay dengan kita 24h especially bila anak first ni saya berharap sangat suami boleh disisi kita start dari warded sampai discharge sebab saya memang zero pasal baby. Even nak pegang baby pon saya tak pandai. tapi kita tak boleh selfish jugak melainkan kalau kita ada savings sendiri boleh back up suami (bayar hospital private). Tapi kalau suami dah cuba sedaya upaya cari duit untuk kita dan baby, pilihlah yang terbaik untuk suami juga. Saya akan bersalin kat hospital serdang nanti. Sekarang 34weeks☺️.

Baca lagi
2mo ago

Hospital Cyberjaya tak accept kalau dari Bukit Jalil unless emergency.

Pengalaman sy. Actually, sekejapp sgt proses sis nk bersalin tu if awk sihat n baby okay. Samalah, sy pun ank 1st konon nk bersalin swasta, gaji sy alhamdulillah boleh lah tampung bersalin swasta tu. Tp sbb sy ada masalah uri bawah, memang kena checkup HTA. Time 37weeks sy dh discharge and boleh bersalin normal. Uri saya dah elok kt atas. Cuma nya dh terlambat lah sy nk book swasta semua tu. Bile kluar tanda, sy ke HTA, 1mlm in emergency, 2 mlm di wad. Wad sgtttt selesa sis, n i duduk wad yg ad 6 katil, still sgt3x slesa. N u tak sempat pun nk pndang skliling sbb dgn xckup tidur n u terlampau ralit dgn your baby. Tber2 eh dh boleh klua wad. After my experience utk first baby di gov hospital, mmg i terus decide, 2nd 3rd 4th gov jelah. Better u habiskn duit u on CL or confinement center. Sbb AFTER that, u lagi perlukan bantuan, so spend ur money for your ‘keselesaan’ time u pantang tu. Tapi serious sis, sy hampir mental time dlm pantang for my 1st baby, sekarang sy tgh fikir utk duduk confinement center utk 2nd baby ni. Tp like semua mommy yg comment, ikut kemampuan. Dh ada anak nnti, duit mengalir cm paip lubang besar sis. Kadang tu sampai kering, anak 1st lah konon kan, semua nk bg yg terbaik, xsedar diri duit tu takat tu je, haha dgn rumah xbeli lagi. Klu hubby u mcm berat nk bayar n u tau dy berat n susah nk bayar, it’s okay, ada byk lagi bnde lain yg dy boleh bayar with that money. Unless duit dy memang berkepuk2, pastu mmg u xde masalah duit, rumah dh ada, hidup dh mewah, dh boleh travel merata every week, mmg duit tu adoo je sntiasa, KO DH KENAPA XNK TANGGUNG 😂

Baca lagi
2mo ago

Aah class biasa. Boleh mintak, n sy mintak first class, tp nurse kata xde ksong, n dy kata membazir, sebab esok sy dh boleh discharge dh (sy mintak mlm, sbb sy masuk wad mlm) Nurse ckp unless mmg awk kne duduk sini berbulan or berhari2 mmg elok lah awk nk request 1st class tu. N sy pun rse membazir klu sy tukar 😅sbb dh selesa dh dlm wad biasa tu.

saya awal² dah set dalam kepala yang kami mmg xmampu nk ke swasta walaupun tengok orang seronok je. Duit berhabis byk. lepas bersalin nak guna pakai duit lagi byk. untuk anak, diri sendiri, tampung belanja bulanan keluarga lagi. Kena ikut kemampuan kita. Pada saya la, hospital kerajaan sama sahaja layanannya, sakit bersalin pun tetap juga sakit. cuma beza bayar dan tak. saya baru je lepas bersalin, bagi saya nurse kerajaan di tempat saya bermalam & bersalin baik giler. tiap masa datang tny khabar dan tawarkan ubat tahan sakit jika xmampu nak lawan kontraksi tu. pastu an, masa sedang berjuang dengan bukaan 6cm ke atas nurse dtg bagi gas sedut. siap ajar lagi mcm mn nak guna, bila nak perlu sedut untuk elak sakit yang tak tertanggung. siap ajar lagi suami suh urut² isteri. Bila tiba nk meneran dorang xmarah, siap ajar cara betul nk bernafas bagi kata² semangat, cakap lembut² je. masa tu, yg saya rasa mcm duk tengah padang bola. Dorang bersorak kuat gilerrr. Alhamdulillah pada saya mana² pun kena berserah pada rezeki yang Allah tetapkan. kalau kata 1ketika nanti dh nak bersalin alih² ke kerajaan juga awak kena redha dan Terima semua tu. percaturan Allah lebih indah dari manusia. berbincang la elok² dengan suami. tanya dia oke ke dengan pilihan awak dan tidak membebankan dia ke. sekian ☺️✌🏻

Baca lagi

Hai.. Ikut pada kemampuan.. Lepas bersalin byk lagi nak guna duit.. Better fikirkan keselesaan selepas bersalin. Hospital kerajaan pun bagus.. Doktor pakar anytime standby.. If bersalin swasta pun incase emergency.. Tolak gov juga.. Ada pro & cons. Kawan saya bersalin swasta.. Tumpah darah teruk tapi doktor still tak nak pindah kan ke gov..dah nazak baru dia call ambulance hantar gov yg jarak melintas jalan je... End up meninggal dekat gov sebab dah terlalu nazak. . Saya 6 org kerajaan..5 normal 1 emergency czer.. Alhamdulillah.. Okey.. Cuma jgn nak terlalu demand sgt.. Follow the flow.. Rezeki dpt nurse dan doktor yg baik2.. Masa lepas czer.. Nurse tolong jaga kan ank.. Ambil ank utk di susukan.. Lepas tu hantar semula dekat kita.. Jadi dpt la rehat.. Pada masa sama dia ajar utk baby menyusu badan juga.. Sebab saya jenis kena urut payudara dulu baru susu keluar... So nurse kata x apa.. Bagi je dia hisap dulu.. Utk latih dia.. Nnti kita bagi dia susu lain kalau dia lapar.. Bagi saya better kerajaan.. Duit simpan utk ank2.. Melainkan mmg duit dah Melimpah2 sbb kalau ada problem.. Auto bertambah costing nnti.. If bersalin terpaksa guna layan mcm forsep, vacuum.. Mmg costing akan bertambah.. Belum kalau ank terpaksa masuk nicu.. Bertambah2 costing dari harga asal

Baca lagi

rasanya smua org ada keinginan nk branak kt swasta yg dilihat lebih 'manjakan' ibu (service trbaik cmpare kerajaan). tp ukur baju di bdn sndiri.. kalau suami kurg mampu, xpa.. proceed je kerajaan.. inshaAllah smuanya baik2 aje.. hosp kerajaan pn ramai pakar2.. normal la kalau ada yg jnis doc or nurse x jaga prasaan (dorg pn letih).. banding swasta. smua bnda dorg uruskan sy amik cnth.. sy first mom, lahirkan kt kerajaan.. kakakipar sy branak di private... abg sy bgtau sy 'ko anak first mesti lambat ni bsalin'.. sbb wife dia pn lama nk bsalin masa anak first... then tkejut dia bila sy dh bsalin lps 20 minit dlm LR.. sy cite pglaman sy sblm bsalin.sy afa jalan2 masa kt PAC nak masuk ke wad..then masa nk ke LR. .. sy kena jalan sndiri naik katil stroller tu.. pstu dh smpai LR, kena jalan tukar katil plak.. abg sy respon 'maybe sbb tu sy dh sng bsalin sbb sy byk jlan'.. cmpare to wife dia.. nurse yg angkat bila tukar2 katil, nk buat apa2 smua didorong/ditolong nurse. Tp ni smua asbab jela.. Allah mudahkan.. nth la.. bg sy branak mana2 pn sama je sbb sakit tu ttp rasa. maybe dr segi gas enthonox tu kt kerajaan xde, nak jahit pn bius kerajaan ni maybe x brapa power sgt kot cmpare swasta.

Baca lagi

kalau suami tak mampu, jgn susahkan dia. tanggungjawab suami sama banyak dengan pengorbanan kita, saya bersalin hospital tunku azizah kl, tak ada kurangnya dari hospital swasta yg mahal berpuluh kali ganda. puan kena fikir jika berlaku sebarang komplikasi ketika, selepas bersalin. kalau apa apa emergency yg memerlukan rawatan lebih lama di hospital, macam mana? kos nicu? kos wad tambahan? semua tu kena diambil kira. bersalin di hospital kerajaan sangat selesa, harga? sangat lah murah. tiada apa yg perlu puan risaukan. nurse semua okay, doa banyak2 semoga semua nya dipermudahkan. saya kena jangkitan kuman ketika di hospital, sampai kena sawan semasa kena warded utk bersalin, saya tak boleh bayang kalau saya plan nak beranak di hospital swasta, mungkin saya mati di dalam ambulans sebelum sempat transfer ke hospital kerajaan sebab kes sawan saya tu sangat teruk sampai heart rate saya 230, dan kes2 macam ni PASTI akan direfer ke hospital kerajaan yg terdekat. nasihat saya, jangan ambil ward class 3, ambil ward class 2. lebih selesa, walau kena share bilik 4 org, dan ber air cond. takdela sunyi kalau malam2 sebab agak seram kalau duduk ward sorg2, dan kalau apa apa jadi, tak ada org nampak. sekian

Baca lagi

salam sis. faham apa sis rasa. Saya ttc 7 tahun. sy pun mengimpikan bersalin di swasta. sbb sy sendiri mampu byar utk bil sy tapi hari tu mertua offer utk bayarkan bil swasta. sy dgr nasihat org sekeliling. sbb kalau bersalin normal yg xde masalah no hal. tapi kalau sekiranya emergency cserian atau lain2 komplikasi. 1. harga akan akan jadi mahal. kalau cser mmg cecah 10k ke atas dgn ubat bius dan lain2. lagi satu kepakaran. jika ada komplikasi nak tak nak after tu kene refer pakar. kalau swasta faham2 la kosnya. last2 akan ke GH juga. Jadi nasihat sy berlapang dada. sbb fokus brang2 baby selepas dilahirkan, stroller, susu pampers. Bagi sy kalau suami sis x mampu nak ke swasta apa kata sis mintak CL kalau dia mampu. sbb penjagaan selepes bersalin tu jauh lgi penting. Saya mertua bayarkan CL. utk 21 hari 5k jugak tapi mmg puas hati, kita jaga anak malam je. siang dilayan bak puteri .😅 tapi kalau dia suami sis rasa x cukup bajet. berlapang dada ya. kat kerjaan x truk mana pun sis. okay je. sbb sy hari tu mmg kene emergency cser. n alhamdulillah okay je di GH . cuma masa kat ward tu biasalah nurse ada yg jenis puaka. kita puakakan lah balik dia. apa susah😂.

Baca lagi

hi sis, yg pling penting skali sis kne ade ilmu bersalin.. please cr & join, mmg sgt2 mmbantu.. pngalaman sy 2,2 anak lahir dkt swasta tp mmg dh inform dkt suami kalo ade mslah @ perlu czer mmg akn pg gov. pg swasta pn company suami cover skit tu yg ok.. ank 1st sy xde ilmu just baca online,tgok youtube igt ok la tp sy luke teruk,vacuum,pkai gas,induce drip & total bil 5k++ suami kne tmbh 3k++ utk ank 1st.. ble ank ke2 sy join kelas bersalin tenang online hadam smua bnda highlight ape yg penting alhamdulillah doc yg sama puji mkin pndai teran n sy xpkai gas lgsung.. bil pn jimat byk dlm 3k+ suami kne tmbh dlm 1k+ mcmtu.. so bg sy ape yg penting ilmu.. nk bersalin perlu ilmu,nanti nak menyusu lg la struggle awal2.. xkisah gov / swasta yg penting kte ade ilmu.. ble ade ilmu kita kurang fikir -ve sbb dh boleh jangka / ready ape2 terjadi.. ade kwn sy ank 1st die pg gov sbb nk blajar bersalin dlu tkut2 kne emergency czer mmg bil boleh cecah belas ke puluh ribu.. anak 2nd die pg semi gov bil dlm 2k.. ape2 pn yg jd yg pling penting mcmmne kte handle/react dlm situasi tu.. smoga dilancarkan n dimudahkan urusan utk bersalin.. ❤️💐

Baca lagi

bagi pendapat saya, hosp kerajaan ok shj. sis boleh search je kat tiktok hosp kerajaan di kawasan sis ok ke tak ok. mesti banyak org buat video kat kat tiktok. boleh survey yg mana suits your expectation, tengok suasana hosp kerajaan area sis mcm mana. hosp pun kan ada jenis2 wad kelas keberapa kan, boleh buat pilihan tak silap saya. lagi pun kat kerajaan kan ada program FPP, harga mahal dari yg biasa ada subsidi tu tapi inshaa Allah kurang dari swasta. tapi program tu tak silap saya kena buat booking dgn hosp dan tak semua hosp ada rasanya. hosp kerajaan ok je sis, pakar pun banyak kat sana incase ada emergency apa2. pendapat saya lebih baik spend duit utk lepas bersalin. nak duduk confinement centre, nak hire CL ke, nak urut berapa banyak hari ke. lepas bersalin lagi banyak kena jaga. husb saya pun tak cukup budget dulu, under 1k je budget dia. masa saya bersalin saya kena emergency czer tu pun dia dah cuak, kesian dia. alhamdulillah tuhan bagi rezeki kat dia kena bayar 100 lebih je dari yg asal 3k lebih. baby duduk wad sbb kuning pun kena rm5 je.

Baca lagi

hi sis, sy skg 4 bln. anak first, ttc 5thn. sy pon sama macam sis, sy mmg aim nak bersalin di private hospital. macam² sy research tgk kajian² org yg dah bersalin di swasta & gov. menyeramkan bagi sy. mmg awalnya sy sgt takot baca review dorg yg bersalin di gov, sbb tu sy nak sgt bsalin di swasta. rata² layanan @ servis sebelum & selepas bersalin sgt menakutkan sy yg 1st mom ni. ada hospital yg jahit hidup² tanpa bius, kalau swasta dorg bius, belum masuk part marah/tengking lagi. mental kena kuat sis. kalau sis ada simpanann, boleh share dgn suami utk ringankan beban suami. cuma rasanya sy xnak membebankan suami, risau apa² jd swasta akan hantar ke gov jgk. & isu money kalau czer kos sgt mahal. jgn sbb kita nak bsalin di swasta, suami yg bhutang walaupun anak dah keluar. ini yg sy fikirkan, walaupon sy takot sebenarnya. plus sy mak sy jauh, mmg perlukan khidmat CL nnt. lagi byk nak pakai duit. sy pon masih dilema sis. semoga sy diberi kekuatan utk bsalin di gov🥲 sy memilih redha & berserah, semoga semuanya dipermudahkan & tidak menyusahkan suami.

Baca lagi
2mo ago

Saya pulak kes terbalik, husband insists nk suh bersalin di swasta supaya selesa n boleh temankan. Saya pulak mcm okay je kalau di kerajaan sbb yup, would rather spend more after delivery on CL n whatever. Moneywise, bukan lah T20 pun, no company insurans yg boleh cover bersalin di private, struggle juga tu nk kumpul duit tu nnt sbb nmpak gaya mcm nk kena czer je ni. Been ttc for 8 years, ni 1st viable pregnancy tru IVF (private) after 3 transfers dgn condition gdm, with fibroids, suspected praeklampsia. 😅 Setiap kali follow up di KK, pasti kena tnya nnt nk bersalin di mana, jwpn sy, tak pasti lagi di mana. huhu. Sy doakan sis dipermudahkan semua urusan bersalin nnt walau di mana jua pilihan sis.