hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai.. Ikut pada kemampuan.. Lepas bersalin byk lagi nak guna duit.. Better fikirkan keselesaan selepas bersalin. Hospital kerajaan pun bagus.. Doktor pakar anytime standby.. If bersalin swasta pun incase emergency.. Tolak gov juga.. Ada pro & cons. Kawan saya bersalin swasta.. Tumpah darah teruk tapi doktor still tak nak pindah kan ke gov..dah nazak baru dia call ambulance hantar gov yg jarak melintas jalan je... End up meninggal dekat gov sebab dah terlalu nazak. . Saya 6 org kerajaan..5 normal 1 emergency czer.. Alhamdulillah.. Okey.. Cuma jgn nak terlalu demand sgt.. Follow the flow.. Rezeki dpt nurse dan doktor yg baik2.. Masa lepas czer.. Nurse tolong jaga kan ank.. Ambil ank utk di susukan.. Lepas tu hantar semula dekat kita.. Jadi dpt la rehat.. Pada masa sama dia ajar utk baby menyusu badan juga.. Sebab saya jenis kena urut payudara dulu baru susu keluar... So nurse kata x apa.. Bagi je dia hisap dulu.. Utk latih dia.. Nnti kita bagi dia susu lain kalau dia lapar.. Bagi saya better kerajaan.. Duit simpan utk ank2.. Melainkan mmg duit dah Melimpah2 sbb kalau ada problem.. Auto bertambah costing nnti.. If bersalin terpaksa guna layan mcm forsep, vacuum.. Mmg costing akan bertambah.. Belum kalau ank terpaksa masuk nicu.. Bertambah2 costing dari harga asal

Baca lagi