hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau suami tak mampu, jgn susahkan dia. tanggungjawab suami sama banyak dengan pengorbanan kita, saya bersalin hospital tunku azizah kl, tak ada kurangnya dari hospital swasta yg mahal berpuluh kali ganda. puan kena fikir jika berlaku sebarang komplikasi ketika, selepas bersalin. kalau apa apa emergency yg memerlukan rawatan lebih lama di hospital, macam mana? kos nicu? kos wad tambahan? semua tu kena diambil kira. bersalin di hospital kerajaan sangat selesa, harga? sangat lah murah. tiada apa yg perlu puan risaukan. nurse semua okay, doa banyak2 semoga semua nya dipermudahkan. saya kena jangkitan kuman ketika di hospital, sampai kena sawan semasa kena warded utk bersalin, saya tak boleh bayang kalau saya plan nak beranak di hospital swasta, mungkin saya mati di dalam ambulans sebelum sempat transfer ke hospital kerajaan sebab kes sawan saya tu sangat teruk sampai heart rate saya 230, dan kes2 macam ni PASTI akan direfer ke hospital kerajaan yg terdekat. nasihat saya, jangan ambil ward class 3, ambil ward class 2. lebih selesa, walau kena share bilik 4 org, dan ber air cond. takdela sunyi kalau malam2 sebab agak seram kalau duduk ward sorg2, dan kalau apa apa jadi, tak ada org nampak. sekian

Baca lagi