hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi sis, sy skg 4 bln. anak first, ttc 5thn. sy pon sama macam sis, sy mmg aim nak bersalin di private hospital. macam² sy research tgk kajian² org yg dah bersalin di swasta & gov. menyeramkan bagi sy. mmg awalnya sy sgt takot baca review dorg yg bersalin di gov, sbb tu sy nak sgt bsalin di swasta. rata² layanan @ servis sebelum & selepas bersalin sgt menakutkan sy yg 1st mom ni. ada hospital yg jahit hidup² tanpa bius, kalau swasta dorg bius, belum masuk part marah/tengking lagi. mental kena kuat sis. kalau sis ada simpanann, boleh share dgn suami utk ringankan beban suami. cuma rasanya sy xnak membebankan suami, risau apa² jd swasta akan hantar ke gov jgk. & isu money kalau czer kos sgt mahal. jgn sbb kita nak bsalin di swasta, suami yg bhutang walaupun anak dah keluar. ini yg sy fikirkan, walaupon sy takot sebenarnya. plus sy mak sy jauh, mmg perlukan khidmat CL nnt. lagi byk nak pakai duit. sy pon masih dilema sis. semoga sy diberi kekuatan utk bsalin di gov🥲 sy memilih redha & berserah, semoga semuanya dipermudahkan & tidak menyusahkan suami.

Baca lagi
1y ago

Saya pulak kes terbalik, husband insists nk suh bersalin di swasta supaya selesa n boleh temankan. Saya pulak mcm okay je kalau di kerajaan sbb yup, would rather spend more after delivery on CL n whatever. Moneywise, bukan lah T20 pun, no company insurans yg boleh cover bersalin di private, struggle juga tu nk kumpul duit tu nnt sbb nmpak gaya mcm nk kena czer je ni. Been ttc for 8 years, ni 1st viable pregnancy tru IVF (private) after 3 transfers dgn condition gdm, with fibroids, suspected praeklampsia. 😅 Setiap kali follow up di KK, pasti kena tnya nnt nk bersalin di mana, jwpn sy, tak pasti lagi di mana. huhu. Sy doakan sis dipermudahkan semua urusan bersalin nnt walau di mana jua pilihan sis.