hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya awal² dah set dalam kepala yang kami mmg xmampu nk ke swasta walaupun tengok orang seronok je. Duit berhabis byk. lepas bersalin nak guna pakai duit lagi byk. untuk anak, diri sendiri, tampung belanja bulanan keluarga lagi. Kena ikut kemampuan kita. Pada saya la, hospital kerajaan sama sahaja layanannya, sakit bersalin pun tetap juga sakit. cuma beza bayar dan tak. saya baru je lepas bersalin, bagi saya nurse kerajaan di tempat saya bermalam & bersalin baik giler. tiap masa datang tny khabar dan tawarkan ubat tahan sakit jika xmampu nak lawan kontraksi tu. pastu an, masa sedang berjuang dengan bukaan 6cm ke atas nurse dtg bagi gas sedut. siap ajar lagi mcm mn nak guna, bila nak perlu sedut untuk elak sakit yang tak tertanggung. siap ajar lagi suami suh urut² isteri. Bila tiba nk meneran dorang xmarah, siap ajar cara betul nk bernafas bagi kata² semangat, cakap lembut² je. masa tu, yg saya rasa mcm duk tengah padang bola. Dorang bersorak kuat gilerrr. Alhamdulillah pada saya mana² pun kena berserah pada rezeki yang Allah tetapkan. kalau kata 1ketika nanti dh nak bersalin alih² ke kerajaan juga awak kena redha dan Terima semua tu. percaturan Allah lebih indah dari manusia. berbincang la elok² dengan suami. tanya dia oke ke dengan pilihan awak dan tidak membebankan dia ke. sekian ☺️✌🏻

Baca lagi