hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam sis. faham apa sis rasa. Saya ttc 7 tahun. sy pun mengimpikan bersalin di swasta. sbb sy sendiri mampu byar utk bil sy tapi hari tu mertua offer utk bayarkan bil swasta. sy dgr nasihat org sekeliling. sbb kalau bersalin normal yg xde masalah no hal. tapi kalau sekiranya emergency cserian atau lain2 komplikasi. 1. harga akan akan jadi mahal. kalau cser mmg cecah 10k ke atas dgn ubat bius dan lain2. lagi satu kepakaran. jika ada komplikasi nak tak nak after tu kene refer pakar. kalau swasta faham2 la kosnya. last2 akan ke GH juga. Jadi nasihat sy berlapang dada. sbb fokus brang2 baby selepas dilahirkan, stroller, susu pampers. Bagi sy kalau suami sis x mampu nak ke swasta apa kata sis mintak CL kalau dia mampu. sbb penjagaan selepes bersalin tu jauh lgi penting. Saya mertua bayarkan CL. utk 21 hari 5k jugak tapi mmg puas hati, kita jaga anak malam je. siang dilayan bak puteri .😅 tapi kalau dia suami sis rasa x cukup bajet. berlapang dada ya. kat kerjaan x truk mana pun sis. okay je. sbb sy hari tu mmg kene emergency cser. n alhamdulillah okay je di GH . cuma masa kat ward tu biasalah nurse ada yg jenis puaka. kita puakakan lah balik dia. apa susah😂.

Baca lagi