Ada tak sesiapa yg kerap sembelit?

Saya kerap sembelit, makan lactul pun mcm tak best sgt. Ibu2 preggy ada suggestions tak ubat atau apa2 yg boleh lembutkan najis?

38 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Untuk merawat masalah sembelit, terutamanya semasa hamil, terdapat beberapa cara yang boleh dicuba: 1. Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau, dan biji-bijian. 2. Minum banyak air untuk membantu melunakkan najis. 3. Lakukan senaman ringan secara berkala untuk merangsang pergerakan usus. 4. Amalkan gaya hidup sihat dengan tidur yang mencukupi dan mengurangkan stres. 5. Berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubatan yang selamat untuk digunakan semasa hamil. Anda juga boleh mencuba minum jus prune, memakan kurma, atau mengambil suplemen serat dengan kebenaran doktor. Jika masalah sembelit berterusan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan yang betul. Semoga perkongsian ini membantu anda dalam mengatasinya. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

payah nk cakap klu sembelit ni kan sbb lain org lain pembawaannya. mcm sy early pregnancy sembelit sampai sakit perut tp xjugak poo. mmg seksa. xpayah cakap la makan buah minum air makan prune minum vitagen yogurt tetap xjalan sampai mnyampah bila dgr org ckp mkn tu mkn ni, minum air la. jumpa dr pun sama jgk ckp benda y sama. last簡 sy sndiri ckp dgn dr boleh x minum lactulose tu sbb safe for pregnant mom and dr tu pun bagi. kalau sy lactulose tu mmg bkesan utk membuang. ada lagi satu ubat lembutkn najis dlm bentuk cecair y masuk ikut bontot, tu dkt farmasi ada. rasanya awak kena cuba jugak semua cara dan tgok mana y berkesan utk atasi mslh sembelit awak sbb nak advice pun payah gak sbb ikut body masing簡. awak cuba je semua cara ok. moga sembelit awak makin ok

Baca lagi
2w ago

haii, kan..wpun masalah sama tetap lain org lain cara nak settle masalah. nasib baik awal簡 pregnancy ja mcm tu, masuk trim2 dah ok

Masa saya mengandung anak sulung sy sembelit teruk tambah dengan gastrik. Tapi sy takde alahan. Doktor suruh makan sayur makan buah semua tak jalan kat sy. Jadi sy beli ubat air yg tembak tu, atau kdg2 sy masukkan sabun buku. Tapi mengandung kali ni sy tekad nak minum air kosong. Alhamdulillah ok puan. Sy memang teruk sgt air kosong. Minum hanya sbb sy makan. Kali ni sy cuba sehari seliter, alhamdulillah ok. Puan cuba lah. Tapi kalau puan mmg org yg minum air kosong banyak, puan beli ubat air mcm sy cakap tu. Membantu.

Baca lagi
3w ago

Ubat ni puan

Post reply image
VIP Member

Bisacodyl, dia pil.. cari je kat farmasi. sangat membantu bila sembelit, masa pantang lagi la membantu untuk proses pembuangan.. tak perlu teran pun, duduk lepastu biar je jubo buat tugas dia sendiri. 不不不不不 yg jenis kena creet masuk kat jubo pun ada, tapi sy tak berapa selesa yg tu.. lactul pun sy tak minat, sebab manis sangat tak boleh bawa bincang.. apa pun tetap kena minum air banyak..

Baca lagi

Saya selalu sembelit kdg2 dalam seminggu 2-3 kali sahaja buang air besar. Pernah minta dengan dr kk untuk ubat cairkan najis atau apa2 yg berkaitan tapi dr tak bagi. Dia suruh minum air masak & makan sayur banyak. Masalahnya dah makan tak jadi juga. Ikut luck kot kdg2 makan buah boleh buang air kdg2 dah ambil banyak makanan sihat pun sama je susah nk membuang & sembelit

Baca lagi
3w ago

Saya pun sama jugak, saya pergi clinic swasta pun dr mmg suruh amik lactul je lain semua tak boleh

saya makan yogurt. bukan yg manis tau, cari yg probiotic punya. boleh tgk brand farm fresh atau sunglo. yogurt probiotic ni masam sikit rasanya, jd saya makan dengan buah2 yg manis.. amalkan tiap hari.. bukan time sembelit aja baru jadi.. saya sembelit smpai keluar darah...hmpir buasir.. lepas amal yogurt ni dpt membuang tiap hari dan najis pon xkeras dah alhamdulillah..

Baca lagi

spnjng pregnant sy just makan zincofer and vit shaklee oste. Alhamdulillah hari ii membuang pagi ii, xprnh smpai tahap sembelit. pernah skip oste terus x membuang. sy xjual shaklee, just share. if ada duit lebih boleh cuba makan. lps tu jaga je mkn and minum air yg cukup. insha'Allah semua okay.

Saya memang jenis sembelit even before pregnant. Terpaksa ambil syrup lactul waktu sembelit teruk, tu pun cuma 5ml je. Rasa nak buang tapi najis dah keras lama. Lagi satu saya minum air coklat memang akan lancar buang cuma taknak lah minum manis selalu 必

sy b4 peknen mang sembelit sampai nk masuk 2nd trimester..sy bnyk makan sayur ng buah prune,dan air masak..sy xsure la asbab apa,tp skrg tiap hari mesti membuang 1x atau 2x..oo sy minum calla mix dan blackmores yg pregnancy breastff jgk

sy amalkn 1 sudu extra virgin olive oil+1 sudu vrigin coconut oil, makan pg perut kosong n sblm tdur. tmbah dgn probotic yg ssuai dgn pregnant. sy amek 2 jenis. alhamdulillah everyday lawas smpai beranak. blh cuba ya