TOLONG BAGI CADANGAN SEBAB SAYA STRESS SETIAP KALI MEMIKIRKAN MASALAH INI

salam semua, saya nak minta pendapat.. Saya sekarang masih bercuti bersalin dan akan mula bekerja lebih kurang lagi sebulan..ikutkan hati saya nak berhenti kerja dan jaga sendiri anak tapi memikirkan ekonomi keluarga yang tak mengizinkan saya berhenti.. Ini adalah anak first kami dan cucu sulung belah suami saya.. Mak mentua ada pernah cakap nak tolong jagakan baby tapi saya kesian dengan mak mentua saya sebab mesti dia penat nak jagakan anak dengan uruskan meniaga pagi nasi lemak dan kuih muih.. Dan adik beradik belah suami saya semua telah bekerja dan hanya tinggal adik bongsu berumur 14tahun yg masih bersekolah petang.. Ikutkan plan mak mentua saya,dia akan jagakan baby dan tinggal kan baby dengan adik bongsu sementara dia membeli barang2 untuk berniaga pada waktu dalam pukul 10pagi smpi 12 tengahari.. Sekarang ni saya tak yakin adik PEREMPUAN bongsu suami saya ni akan jaga elok2 baby sebab perwatakan dia tersangat laa mengada-ngada dan kebudak-budakan walaupun umur dah 14tahun mungkin sebab anak bongsu .. Saya pernah nampak dia bersin dan batuk depan muka anak semasa saya berpantang dirumah mentua..dan saya pernah nampak adik bongsu bagi susu dekat baby dengan sebelah tangan dalam keadaan baby masih berbaring ditilam dan sebelah tangan lagi main fon tanpa melihat samada susu tu tumpah atau baby tersedak..saya betul2 tak yakin yang adik bongsu suami saya akan jaga baby elok2.. Lagi 1, mentua saya ada bela kucing lebih kurang 4 5 ekor yang di kutip dan tak pernah langsung hantar kucing utk di vaksin.. Jadi kawasan rumah mentua saya agak tidak bersih bagi pandangan saya.. Apa patut saya buat? Saya sangat2 stress memikirkan bila kena tinggalkan baby dekat mentua,sebab saya tersangat tak yakin dengan adik ipar bongsu dan keadaan rumah mentua yg akan kotor bagi pandangan saya..#pleasehelp #firstbaby

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

1. klo mil betul2 nak tlg jaga cucu. tak perlu la mil nak berniaga nasi lemak & kuih muih da. penat. balik nak jaga bby lagi. puan & suami puan suruhla mil stop & bagi la upah setimpal dengan hasil jualan mil atau bagi lebih lagi. lagipon sebenarnya ada hukum klo suruh mak bapak jaga cucu ni. klo diorg rasa terbeban/mengeluh dah jadi tak ikhlas ketika jaga. cuba search di utube hukum ibu bapa jaga cucu. 2. rasa2 ada beza tak anak sulung umur 14 tahun dgn anak bongsu umur 14 tahun jaga bby? puan rasa yg mana boleh diharap? apa beza dengan puan cari pengasuh yg betul2 boleh jaga bby? klo mil kata kejap je tinggal dgn adik bongsu, dlm masa 5 minit pon boleh jadi klo benda nak jadi. lagila adik bongsu takde pengalaman jaga bby, pape jadi tersedak ke apa takkan nak salahkan si adik tu. mmg bukan tanggungjawab dia pon nak kena jaga bby. tak pasal2 si adik tu pon boleh trauma. 3. suami puan asyik risau pasal ekonomi keluarga klo puan berhenti kerja. sedangkan tugas puan nak membantu suami shj. nasihatkan suami puan buat 2 kerja. part time grabcar ke grabfood ke apa. keje hari minggu ke. dah ada anak kan kena usaha lebih, jangan harapkan/bebankan puan. tanggungjawab suami/ayah tu. bukan puan. 4. puan ada hak untuk bercakap tidak. sebab tu anak puan juga. puan rasa nak berhenti jaga. ikut puan. sementara waktu ni cari idea2 berniaga yg boleh buat dari rumah. dropship online ke apa sebagai backup. anak kita, tanggungjawab menjaga pon jatuh di tangan kita & suami. bukan orang lain. dulu pernah suami sy keje office hour. malam sy pergi kerja part time dekat mcd berdekatan rumah sy. kami gilir2 jaga anak kami. lepastu, pindah rumah sendiri. sy jadi full time housewife. suami plk dapat kerja lain, gaji naik tapi kena kerja shift. tak kisah la part tu. so far alhamdulillah.. cukup buat kami sekeluarga. sekarang anak kami baru masuk 2 orang. mmg anak sulung dengan 2nd bby ni kami planning bagi gap jauh sikit fikir ekonomi keluarga. sy ada rasa nak kerja balik sebab rasa mcm otak tepu lama duduk rumah pon ya juga. tapi setiap kali fikir nak hantar anak rumah org masatu la hati tak sedap. tahu2 dah masuk 5 tahun jadi surirumah. suami pon baru dapat offer kerja lagi baik. rezeki 2nd bby. alhamdulillah.. sy redha. dapat tengok anak membesar depan mata pon rezeki juga. puan jadi la bendahari rumah, buat kira2 bulanan. mana2 item belanja yg boleh remove/reduce, puan buat. monitor belanja bulanan. elakkan berbelanja secara berlebihan, dan jangan buat apa2 loan yg membebankan kita selain loan rumah/kereta. rancang semula ekonomi keluarga puan. bincang dengan suami puan. inshaAllah boleh.. itula yg kami buat. jadi ibu berkerja ni tak mudah, jadi surirumah pon tak mudah. dua2 pon perlukan pengorbanan. inilah dilemma seorang ibu. sy doakan apa2 keputusan puan, semoga anak puan jauh dari musibah & membesar dengan sihat. aamiin yra.. semoga membantu.

Baca lagi

Maaf klau saya tulis ni ada Yang tersinggung ke. Awak nk kerja, Tapi Risau Anak. Nk ltk Kat mertua, Risau jgk. Nk hantar pengasuh, mertua n suami xsetuju. Pilihan ni sebenarnya Kat tangan awak sendir n suami. Keluarga sendiri, rancang sendiri. Jangan biar orang lain masuk campur. Awak Yang boleh tentukan cara Awak, life Anak n family Awak sendiri. Banyak sangat cara. Mertua tu meniaga, Mmg ada ipar. Tapi tak perlu la mengharapkan dieorg. Klau saya pun even keluarga sendiri offer pun saya tak nak. Pikir la camni. Mungkin Dieorg akan hal sendri Nnty. Nak berjalan ke. Atau urusan mana2. Tak kan nak mengangkut Anak sekali and biar la orang tua tu berehat. Pagi da Penat meniaga. Biar Petang Dia focus beribadat pulak dari jaga cucu, nak jumpa cucu Bila awak cuti skli nnty. Ni awak kena ckp dengan suami. If nak hantar pengasuh, survey dlu, interview, tanya jiran2. Kalau x, tanya kawan2 sepejabat mana yg dkt dgn tmpt kerja awak. Kadang ada yg satu taman, block, yg jaga budak. Cari yg jaga bawah 3 orang je. N tanya dlu soalan mcm2 Kat pengasuh ikut awak nak.. Kalau kata nak Berhenti, kewangan xboleh support. Percaya rezeki tu ada je janji Kita ni ikhlas n suami pun tau tanggungjawab Dia jgk. Bukan Lepas ke isteri sorang nak pikir semua n handle Anak. Saya dlu bekerja suami isteri jgk, Anak 2, mengandung first Mmg Berhenti. Tapi kami percaya rezeki Anak akan ada walaupun gaji suami cukup2 je. Tapi alhamdulilah sentiasa sampai hujung bulan ada baki lagi. Sbb Bila da ada Anak ni, banyak yg Bukan keperluan Kita kena kurangkan. Suami cari rezeki untuk keluarga, isteri meniaga anak sambil2 tu awak buat la home business ke. Insyallah, Allah tu maha kaya. Akan permudahkan urusan kalian Nnty. Yang penting jangan merungut and sentiasa bersyukur..

Baca lagi
2y ago

setuju ..sy dulu krja hospital swsta, jadual sgt padat n shift .. tp sy nk anak fully bf.. sy ambil cuti 4bulan .. Tpi bila dekat nk masuk krja ,takut nk hntar anak ke pengasuh, suami pula masih xbrpa pndai urus anak sbb anak first.. sy xnk hntar anak dekat mil,sbb mil jnis suka hati nk masuk kn mkanan or mnumsn dlm mulut anak . last2 sy daftar jadi agent2 sk magic ,sy buat video2 post kt tiktok jual brg.. n bincang dgn suami, last2 suami suh bhnti krja . takpe lah sy berkorban demi kesihatan anak , inshallah ada rezeki anak n suami..

Maaf jika ada perkataan sy menguris hati puan yer .. Nak hantar kat mentua dan dijaga oleh adik ipar , sis rasa was” .. di jaga sambil lewa Nak hantar kat penjaga pun sis rasa was” Nak berhenti kerja tapi takut kewangan akan jadi lebih rumit , sy rsa sis kena tny dgn diri sndri nak y trbaik ntuk bby , better jaga sndri .. rezeki biar ALLAH yang atur .. sy tgk sis ni mcm cerewet , yes smua ibu nak y terbaik ntuk anak” nya .. tapi kita kena fikir kemampuan kita jugak .. klu nak hntr kat penjaga , kita kena trima hakikat akan ada suatu ari nnt bby akn ada komplen dr penjaga , cth ny , bby xnk mnyusu , bby kuat merengek , bby demam , bby selesma .. kita xboleh nak salahkn pnjaga 100% jika ada msalah dkat bby , sebaiknya sis jaga bby sndri lah untuk kebaikan brsama .. bkn sng nak jmp penjaga y mnjaga ank” kita mcm ank diorg sndri tau sis .. adik ipar sis , bgi susu smbil main hp .. tak tau lgi penjaga bgi susu dgn cara apa , mgkin bgi susu biar jer ank baring , botol ssu biar jer kain y pegangkn then pnjaga buat kja lain .. haaaaaa lgi bhaya 😌😌 Untuk keselamatan , tpksa lh sis bhenti kja .. lbih sng hti tgk tumbesaran ank dpan mata

Baca lagi

Sy baca puan ckp suami puan x bg puan brenti keje sbb risau kewangan. Tanya dia balik. Kenapa? Dia x percaya dgn rezeki Tuhan ke? Bukan kewajipan seorang isteri utk bekerja kecuali atas ihsan utk bantu suami. Bg suami tu paham dulu benda ni. Pasal anak tu pulak, kalau x yakin nak bg family mertua jaga, cari pengasuh. Sekurang2 nya puan yakin anak tu terjaga. Kalau la andai kata jd apa2 kat anak tu, rasa2 family mertua nak mengaku salah ke? Rasa2 suami puan akan backup siapa? Puan pun mesti akan jd rasa serba salah kalau nak salahkan diorang pun. Kerja boleh cari. Anak tu belum tentu lagi. Tuhan nak bg rezeki, ada la. Kalau x ada, x ada la. Tu amanah. Puan dah penat2 mengandung 9 bulan, sakit bersalin lagi. Bukan org lain yg rasa semua tu. Diri puan yg rasa. Kadang2 kita kena jd org yg pentingkan diri jugak

Baca lagi

sy pun alami benda sama. cuma kat rumah mertua, ada anak sulung dia yang oku. mertua dah 70+. ipar semua suruh hantar rumah mertua, nanti kakak sulung tu boleh tolong mandi, tolong jaga, mertua boleh tengokkan je. tapi sy sendiri tak yakin nak bagi kakak tu jaga anak sy yang baby lagi, kalau anak dah 2-3 tahun mungkin boleh la, untuk baby memang sy tak yakin. rumah mertua pun tak bersih, ada kucing. dengan mulut mertua yang kadang takde insurans 😅, memang tak lah sy nak hantar anak sy. husband pun faham, cuma tu la buat masa ni kalau sy ada hal kena keluar ke apa ke, sy hantar anak kat rumah ipar je, sementara nak cari pengasuh. memang sy tak hantar anak sy kat rumah mertua, lagipun mertua tu kadang tidur rumah anak tu, rumah anak ni, sy taknak la nanti dia jaga anak sy, dia takleh keluar pergi mana mana.

Baca lagi

Senang cerita, hantar lah pada pengasuh/daycare klu ibu nk bekerja. Saya mengalami situasi yg sama, dimana mertua sgt2 nk menjaga cucu mereka disebabkan baby saya adalah cucu sulung mereka. Cuma bezanya, mertua sy ini sudah pencen kerja, jd mereka mmg habiskan masa di rumah sahaja. Saya sendiri yg slowtalk dgn suami. Xperlu mereka susah payah menjaga cucu ini. Mertua sudah berumur, beri mereka rehat & buat perkara yg mereka suka. Jika mereka rindu cucu, boleh videocall. Boleh juga cari alternatif utk pulang jenguk mertua jika ibu bapa cuti. Biarlah baby itu membesar dalam jagaan ibu bapa sendiri, bila baby membesar depan mata, kita akn lebih nmpk perkembangan /perubahan pd baby.Bila time checkup, mudah kita nk me jawab segala soalan misi/dktr.

Baca lagi
2y ago

saya pernah berbincang dgn suami..tapi suami agak risau memikirkan ekonomi keluarga kecil kami..suami saya cakap nanti dia akan tegur pasal cara adik bongsu dia jaga baby..tapi saya tak nak laa akan terjadi apa2 perbalahan atau buat mentua saya terasa hati kalai suami tegur adik bongsu dia..

VIP Member

Kalau puan kuat merasakan mereka tak sesuai jaga ada baik letakkan anak dekat daycare dan cakap hanya hari cuti je nenek dia boleh jaga. Bincang dgn husband tidak terlalu lurus, cuba cerita yg puan tak nak menyusahkan ibu puan dgn menjaga cucu dan risau kepenatan ibu. Cakap dlm keadaan tegas tapi tidak menyinggungkan perasaan. Nanti bila anak dah usia 1 or 2 tahun puan cakap akan bagi ibu jaga sepenuhnya. Anak baru seorang insyallah ada rezeki yg melimpah buat Puan dan pasangan. Bab kewangan jgn difikirkan, fikir cara nak selesaikan masalah perasaan puan sebagai ibu. Ada masa kena tegas dgn diri sendiri demi kebaikan. Saya dah alaminya pernah alami lebih kurang mcm puan, jadi saya faham apa yg puan rasa.

Baca lagi
2y ago

perasaan was2 takut ni normal yer..sy ingat sy sorang je rasa macam tu..sy akan cuba utk pujuk suami saya..doakan suami sy setuju utk saya benti keje..dan doakan rezeki kami tak pernah putus yer..sy doakan semoga doa ini berbalik pada awak jugak..

nak xnk awk kne cari pengasuh. kalau nk kata bnyak kes dera. apa beza kalau awk xyakin dgn adik bongsu suami awk yg dpn mata awk nampak dia jaga ank awk macam mana. kang ckp lebih nnti jadi lain. kalau pape jd kt pangasuh,boleh ambil tindakan. nk gaduh ke apa ke xd hal. hati pon xsesakit kalau hntar dkt org yg trdekat dan ada kaitan dgn kita. besok tkut jd apa2 ,masam muka laki bini,belum mertua yg bekap anak dia,kang nk buat apa jd prtikaian . dah xsedap nk hadap. ni kalau sy la.. awk kne terangkan kt suami awk direct. kalau nk hntar pngasuh pon awk ckp je pakai duit awk. so bab tu mungkin dia xkn prtikaikan . nk ckp lebih nnti susah. sbb ada kaitan kekeluargaan .

Baca lagi

14 tahun usia yg masih sgt muda, tk sepatutnya diharap jaga baby sorg2, wlwpun hanya dr jam 10-12pm. Mcm2 boleh terjadi mahupun dlm jangka masa 5 min. Tk adil utk awak & mertua hrap kn adik ipar tu sbb dia mmg diusia tk layak jaga baby lg, tambahan dia anak bongsu dan tkda adik, xpernah mengasuh. Jd wajar klu dia xdpt nk jaga yg mcm kita hrap kn 😅 klu awak berhenti kerja, mungkin boleh cari alternatif lain utk cari income. Klu tnggl jauh dr MIL, buat kuih muih jgk ke jual pagi2 letak di gerai, nasik lemak. Buat jualan online ke. Dpt topap2 pampers anak, susu anak pun xpe dh.

Baca lagi

kalau puan risau dan xyakin org lain jaga baby, yg tbaik puan bhenti kerja. klau risau tntang kwangan boleh buat kerja dari rumah. skng ni ramai house wife buat pniagaan on9. amek jd ejen @ dropship dlu ke atleast ada juga pndapatan sikit², jual kt tiktok dan dll.. apa pun bincang yg tbaik dgn suami. tahu kdaan msti tsepit bila melibatkan mertua. tp yg berhak buat kputusan utk anak adalah puan n husbnd sendiri.. moga dpermudah urusan utk puan skluarga

Baca lagi