TOLONG BAGI CADANGAN SEBAB SAYA STRESS SETIAP KALI MEMIKIRKAN MASALAH INI

salam semua, saya nak minta pendapat.. Saya sekarang masih bercuti bersalin dan akan mula bekerja lebih kurang lagi sebulan..ikutkan hati saya nak berhenti kerja dan jaga sendiri anak tapi memikirkan ekonomi keluarga yang tak mengizinkan saya berhenti.. Ini adalah anak first kami dan cucu sulung belah suami saya.. Mak mentua ada pernah cakap nak tolong jagakan baby tapi saya kesian dengan mak mentua saya sebab mesti dia penat nak jagakan anak dengan uruskan meniaga pagi nasi lemak dan kuih muih.. Dan adik beradik belah suami saya semua telah bekerja dan hanya tinggal adik bongsu berumur 14tahun yg masih bersekolah petang.. Ikutkan plan mak mentua saya,dia akan jagakan baby dan tinggal kan baby dengan adik bongsu sementara dia membeli barang2 untuk berniaga pada waktu dalam pukul 10pagi smpi 12 tengahari.. Sekarang ni saya tak yakin adik PEREMPUAN bongsu suami saya ni akan jaga elok2 baby sebab perwatakan dia tersangat laa mengada-ngada dan kebudak-budakan walaupun umur dah 14tahun mungkin sebab anak bongsu .. Saya pernah nampak dia bersin dan batuk depan muka anak semasa saya berpantang dirumah mentua..dan saya pernah nampak adik bongsu bagi susu dekat baby dengan sebelah tangan dalam keadaan baby masih berbaring ditilam dan sebelah tangan lagi main fon tanpa melihat samada susu tu tumpah atau baby tersedak..saya betul2 tak yakin yang adik bongsu suami saya akan jaga baby elok2.. Lagi 1, mentua saya ada bela kucing lebih kurang 4 5 ekor yang di kutip dan tak pernah langsung hantar kucing utk di vaksin.. Jadi kawasan rumah mentua saya agak tidak bersih bagi pandangan saya.. Apa patut saya buat? Saya sangat2 stress memikirkan bila kena tinggalkan baby dekat mentua,sebab saya tersangat tak yakin dengan adik ipar bongsu dan keadaan rumah mentua yg akan kotor bagi pandangan saya..#pleasehelp #firstbaby

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

1. klo mil betul2 nak tlg jaga cucu. tak perlu la mil nak berniaga nasi lemak & kuih muih da. penat. balik nak jaga bby lagi. puan & suami puan suruhla mil stop & bagi la upah setimpal dengan hasil jualan mil atau bagi lebih lagi. lagipon sebenarnya ada hukum klo suruh mak bapak jaga cucu ni. klo diorg rasa terbeban/mengeluh dah jadi tak ikhlas ketika jaga. cuba search di utube hukum ibu bapa jaga cucu. 2. rasa2 ada beza tak anak sulung umur 14 tahun dgn anak bongsu umur 14 tahun jaga bby? puan rasa yg mana boleh diharap? apa beza dengan puan cari pengasuh yg betul2 boleh jaga bby? klo mil kata kejap je tinggal dgn adik bongsu, dlm masa 5 minit pon boleh jadi klo benda nak jadi. lagila adik bongsu takde pengalaman jaga bby, pape jadi tersedak ke apa takkan nak salahkan si adik tu. mmg bukan tanggungjawab dia pon nak kena jaga bby. tak pasal2 si adik tu pon boleh trauma. 3. suami puan asyik risau pasal ekonomi keluarga klo puan berhenti kerja. sedangkan tugas puan nak membantu suami shj. nasihatkan suami puan buat 2 kerja. part time grabcar ke grabfood ke apa. keje hari minggu ke. dah ada anak kan kena usaha lebih, jangan harapkan/bebankan puan. tanggungjawab suami/ayah tu. bukan puan. 4. puan ada hak untuk bercakap tidak. sebab tu anak puan juga. puan rasa nak berhenti jaga. ikut puan. sementara waktu ni cari idea2 berniaga yg boleh buat dari rumah. dropship online ke apa sebagai backup. anak kita, tanggungjawab menjaga pon jatuh di tangan kita & suami. bukan orang lain. dulu pernah suami sy keje office hour. malam sy pergi kerja part time dekat mcd berdekatan rumah sy. kami gilir2 jaga anak kami. lepastu, pindah rumah sendiri. sy jadi full time housewife. suami plk dapat kerja lain, gaji naik tapi kena kerja shift. tak kisah la part tu. so far alhamdulillah.. cukup buat kami sekeluarga. sekarang anak kami baru masuk 2 orang. mmg anak sulung dengan 2nd bby ni kami planning bagi gap jauh sikit fikir ekonomi keluarga. sy ada rasa nak kerja balik sebab rasa mcm otak tepu lama duduk rumah pon ya juga. tapi setiap kali fikir nak hantar anak rumah org masatu la hati tak sedap. tahu2 dah masuk 5 tahun jadi surirumah. suami pon baru dapat offer kerja lagi baik. rezeki 2nd bby. alhamdulillah.. sy redha. dapat tengok anak membesar depan mata pon rezeki juga. puan jadi la bendahari rumah, buat kira2 bulanan. mana2 item belanja yg boleh remove/reduce, puan buat. monitor belanja bulanan. elakkan berbelanja secara berlebihan, dan jangan buat apa2 loan yg membebankan kita selain loan rumah/kereta. rancang semula ekonomi keluarga puan. bincang dengan suami puan. inshaAllah boleh.. itula yg kami buat. jadi ibu berkerja ni tak mudah, jadi surirumah pon tak mudah. dua2 pon perlukan pengorbanan. inilah dilemma seorang ibu. sy doakan apa2 keputusan puan, semoga anak puan jauh dari musibah & membesar dengan sihat. aamiin yra.. semoga membantu.

Baca lagi