TOLONG BAGI CADANGAN SEBAB SAYA STRESS SETIAP KALI MEMIKIRKAN MASALAH INI

salam semua, saya nak minta pendapat.. Saya sekarang masih bercuti bersalin dan akan mula bekerja lebih kurang lagi sebulan..ikutkan hati saya nak berhenti kerja dan jaga sendiri anak tapi memikirkan ekonomi keluarga yang tak mengizinkan saya berhenti.. Ini adalah anak first kami dan cucu sulung belah suami saya.. Mak mentua ada pernah cakap nak tolong jagakan baby tapi saya kesian dengan mak mentua saya sebab mesti dia penat nak jagakan anak dengan uruskan meniaga pagi nasi lemak dan kuih muih.. Dan adik beradik belah suami saya semua telah bekerja dan hanya tinggal adik bongsu berumur 14tahun yg masih bersekolah petang.. Ikutkan plan mak mentua saya,dia akan jagakan baby dan tinggal kan baby dengan adik bongsu sementara dia membeli barang2 untuk berniaga pada waktu dalam pukul 10pagi smpi 12 tengahari.. Sekarang ni saya tak yakin adik PEREMPUAN bongsu suami saya ni akan jaga elok2 baby sebab perwatakan dia tersangat laa mengada-ngada dan kebudak-budakan walaupun umur dah 14tahun mungkin sebab anak bongsu .. Saya pernah nampak dia bersin dan batuk depan muka anak semasa saya berpantang dirumah mentua..dan saya pernah nampak adik bongsu bagi susu dekat baby dengan sebelah tangan dalam keadaan baby masih berbaring ditilam dan sebelah tangan lagi main fon tanpa melihat samada susu tu tumpah atau baby tersedak..saya betul2 tak yakin yang adik bongsu suami saya akan jaga baby elok2.. Lagi 1, mentua saya ada bela kucing lebih kurang 4 5 ekor yang di kutip dan tak pernah langsung hantar kucing utk di vaksin.. Jadi kawasan rumah mentua saya agak tidak bersih bagi pandangan saya.. Apa patut saya buat? Saya sangat2 stress memikirkan bila kena tinggalkan baby dekat mentua,sebab saya tersangat tak yakin dengan adik ipar bongsu dan keadaan rumah mentua yg akan kotor bagi pandangan saya..#pleasehelp #firstbaby

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf klau saya tulis ni ada Yang tersinggung ke. Awak nk kerja, Tapi Risau Anak. Nk ltk Kat mertua, Risau jgk. Nk hantar pengasuh, mertua n suami xsetuju. Pilihan ni sebenarnya Kat tangan awak sendir n suami. Keluarga sendiri, rancang sendiri. Jangan biar orang lain masuk campur. Awak Yang boleh tentukan cara Awak, life Anak n family Awak sendiri. Banyak sangat cara. Mertua tu meniaga, Mmg ada ipar. Tapi tak perlu la mengharapkan dieorg. Klau saya pun even keluarga sendiri offer pun saya tak nak. Pikir la camni. Mungkin Dieorg akan hal sendri Nnty. Nak berjalan ke. Atau urusan mana2. Tak kan nak mengangkut Anak sekali and biar la orang tua tu berehat. Pagi da Penat meniaga. Biar Petang Dia focus beribadat pulak dari jaga cucu, nak jumpa cucu Bila awak cuti skli nnty. Ni awak kena ckp dengan suami. If nak hantar pengasuh, survey dlu, interview, tanya jiran2. Kalau x, tanya kawan2 sepejabat mana yg dkt dgn tmpt kerja awak. Kadang ada yg satu taman, block, yg jaga budak. Cari yg jaga bawah 3 orang je. N tanya dlu soalan mcm2 Kat pengasuh ikut awak nak.. Kalau kata nak Berhenti, kewangan xboleh support. Percaya rezeki tu ada je janji Kita ni ikhlas n suami pun tau tanggungjawab Dia jgk. Bukan Lepas ke isteri sorang nak pikir semua n handle Anak. Saya dlu bekerja suami isteri jgk, Anak 2, mengandung first Mmg Berhenti. Tapi kami percaya rezeki Anak akan ada walaupun gaji suami cukup2 je. Tapi alhamdulilah sentiasa sampai hujung bulan ada baki lagi. Sbb Bila da ada Anak ni, banyak yg Bukan keperluan Kita kena kurangkan. Suami cari rezeki untuk keluarga, isteri meniaga anak sambil2 tu awak buat la home business ke. Insyallah, Allah tu maha kaya. Akan permudahkan urusan kalian Nnty. Yang penting jangan merungut and sentiasa bersyukur..

Baca lagi
3y ago

setuju ..sy dulu krja hospital swsta, jadual sgt padat n shift .. tp sy nk anak fully bf.. sy ambil cuti 4bulan .. Tpi bila dekat nk masuk krja ,takut nk hntar anak ke pengasuh, suami pula masih xbrpa pndai urus anak sbb anak first.. sy xnk hntar anak dekat mil,sbb mil jnis suka hati nk masuk kn mkanan or mnumsn dlm mulut anak . last2 sy daftar jadi agent2 sk magic ,sy buat video2 post kt tiktok jual brg.. n bincang dgn suami, last2 suami suh bhnti krja . takpe lah sy berkorban demi kesihatan anak , inshallah ada rezeki anak n suami..