Mengandung & pantang tanpa ibu kandung

Salam semua. Ibu bapa saya bercerai sebelum saya kahwin, skrg saya dah kawin 3 tahun dan tgh pregnant baby first. Saya dan adik2 dibawah jagaan ayah selepas parents berpisah.. ibu saya tinggal di negeri lain selepas kawin semula. Saya nak luah perasan, rasa sedih dan sebak sgt time pregnant ni takde ibu jagakan. Ibu saya belum meninggal, masih hidup tapi langsung tak hiraukan saya dan adik2. Sedih bila tgok org pregnant boleh manja2 ngan ibu sendiri, kalau ngidam boleh mintak ibu masak sedap2. Saya nak ngadu sakit2, ngidam2 masakan ibu pun tak dapat.. sebak rasa.. kadang betul2 ngidam masakan ibu sendiri, tapi mcm dah lost contact. Banyak kisah silam yg sedih. Nanti bakal berpantang pun dengan CL, rasa mcm sayu je hati ni ibu tak tengok cucu first.. alhamdulillah ibu mertua saya sgt baik dan sayang kat saya, selalu masak sedap2 bagi saya makan time tgh alahan teruk. Walaupun ibu mertua saya dah sakit tua, selalu jamu saya dan layan saya baik2. Kdg2 sedih sebab ibu sendiri pun tak layan anak kandung baik mcm ni. Saya tak pasti hormon pregnant mmg buat hati jadi tisu ke mcm mana.. tapi asyik sedih emo je memanjang pikirkan keluarga 💔 Kalau boleh yg dah berkahwin, elakkan bercerai kalau ada masalah yg boleh selesai.. tengok la hasil anak2 yg parents becerai mcm saya, sentiasa sedih.. Walaupun ada baiknya perpisahan tu. Nak berpisah pastikan hubungan ibu bapa dan anak2 masih akrab, jangan ada jurang.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

masya-Allah hampir serupa je cerita kita cuma ada la twist sikit sana sini.. sbbkan pengalaman kita hampir serupa, sy nk kongsi apa yg sy buat. sy nk happy2 je sbb hidup ni singkat sgt & sy x ada masa nk bsedih lama2 ttg bnda yg sama berulang kali. dipndekkn cerita, sy x bahagia dduk dgn family sndiri & cara sy dbesarkn agk toksik. sy x tahu apa slh sy dilayan sebegitu rupa. disbbkan pngalamn buruk tu, dari sy bsekolah lg sy bprinsip begini: 1. mharap dgn manusia kita xkn prnah rasa ckup. tiap kali sy nangis sy doa sungguh2 hrp Allah beri sy kbahagiaan bila sy ada keluarga sndiri nnti. alhamdulillah Allah dgr doa sy, Allah masih peduli sy. 😭 keluarga sendiri dgn keluarga mentua mcm siang & malam. jd, bharaplah dgn Allah, kita xkn kcewa 2. the least u expect, the happier u are. sy x expect keluarga sy tanya khabar sy masa sy hamil. sy x expect keluarga sy excited lebih sbb sy lahirkn cucu pertama utk mereka. bila sy x expect apa2, sy lebih fokus buat apa yg pnting shj. bila sy x ambik kisah, sy rasa lebih bahagia 3. x perlu fikir ttg org yg x fikirkan kita. cuba tengok dpn mata kita, brp ramai yg masih lg layan kita elok2? hargai mereka yg sygkan kita selagi mereka masih hidup. kita sibuk tengok apa yg org lain ada. tp kita selalu lupa apa yg kita ada skrg ni itulah org lain teringin sgt nk dpt. kuncinya bersyukur. sy fhm puan sgt sygkn ibu puan sbb tu puan sedih. sy mcm puan jgk la dulu, sygkn keluarga nk ambik hati parent tp mlgnya ttp x dpandang. sy sllu nangis smpai migraine, dgn anxiety lg, kdg2 punya x syg diri smpai thp bniat nk mati. sy ambik pdekatan letakkan ruang utk syg org lain yg lebih patut dberi phatian cthnya anak ke. mentaliti kena kuat masa ni. walaupun proses dia pjg, puan mesti boleh sbb sy dh berhasil. sy doakan puan tabah

Baca lagi