Help me tolonggg

Laki sendiri ckp Lelaki ni, kalau dah bcerai, tetap laku. Biasalah ketua keluarga, ada harta, ada rumah . Tapi, kalau ko dah bcerai, jadi janda, takda siapa yang nak ko. Kalau ada pun, ko untuk main je. I mean, dia mcm dah ready tau nak cerai kan aku. Anak² nanti dia yg ambik hak Jaga anak. Aku rasa mcm useless skrng as a wife, as a mother. Dia nak aku taat kat dia. Cuba bayang kan ehhhh. Dia suruh aku g kena hentak oleh laki lain, dia tgkkan je. Fetish gitu lah. Aku ni, fikir dosa . Aku dah bagitahu kat dia byk Kali.. tp dia hnya ckp, taat je suami ckp. Tp en, tiap Kali dia dah kluar dia punya tuu, otak dia terus bfungsi tau. Last² dia halang aku layan laki lain. Wahai suami / lelaki . Cuba bagitahu, apa motif korang? Aku kkdang stress tau. Mula² ingat fantasi je, tp hujung² nak buat betul. Aku boleh jd mental kalau gini. Kang aku kena henjut, aku pulak disalahkan curang. Dahlah laki aku ni jenis benda Salah sikit, aku kena Salah. Belum lagi benda besar gini. Stress aku. Aku takleh mintak cerai sbb aku tahu, begegar Liang Arash yg dia selalu sebut kat aku. Tp aku tak faham ahhh. Dia ni kejap ni, kejap tu.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ Maksud: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Sis, kalau suami sis ugut perkara yang melanggar syariat berpegang lah dengan ayat² Allah SWT. Yakin dengan Allah SWT. Kalau kita bertakwa, kita tak ikut perkara yang haram biarpun dipaksa PASTI Allah akan tolong kita. Biarlah suami tu nak ugut cerai atau ugut hak jagaan anak, jangan sesekali taat pada benda maksiat benda yg haram. Taat pada suami selagi tak melanggar syarak sahaja. Kalau dah melanggar tak perlu taat sama sekali. Kalau boleh, kumpul bukti bila suami puan paksa puan melakukan perkara2 macam tu samada screenshot ws, recording suara atau apa2 shj supaya bila dicerai di mahkamah nanti puan bentangkan bukti2 tersebut, buktikan suami puan tak layak dpt hak jagaan anak , risau pula diapa apakan anak nanti. Kalau isteri pun boleh disuruh, tak mustahil anak2 pun boleh jadi mangsa. Jangan takut untuk keluar dr perkahwinan yang memudharatkan. Kalau takda orang nak sekalipun, selagi ada tulang 4 kerat, usaha cari rezeki untuk anak2. Berbanding hidup bergelumang dengan dosa. Tp jika puan kuat utk teruskan perkahwinan tiada masalah, cuma puan juga kena kuat utk tidak taat pada perintah suami untuk melakukan maksiat.

Baca lagi

dosa tetap dosa sis. Memang dalam islam, ister kena taat cakap suami tetapi kita sudah ada akal yang cukup matang untuk membezakan perkara baik atau buruk. sama ada perkara tersebut mendatangkan pahala atau dosa. kalau laki u suruh u kena henjut dengan lelaki lain, itu dosa berzina sis. tolong jangan ikut perintah suami awak yang tu. diri awak yg sengsara as wanita. maruah tercalar. Tolong ambil tindakan sis, jangan biar diri awak tu jadi alat sahaja semata-mata. Suami yang menyayangi kita, takkan suruh kita berzina dengan lelaki lain.

Baca lagi
TapFluencer

Siapa kata kau tak boleh minta cerai? Gegar liang arash sebut, habis tu, layak ke kau taat suami yg minta kau buat perkara tak patuh syariah? Sila buat plan tinggalkan laki macam tu. Dia ugut kau je. Buat report polis dan pejabat agama nyatakan suami suruh dan ugut buat aktiviti tak bermoral. Dalam masa sama kau dapatkan bimbingan majukan diri kau dgn ilmu, agama dan akhlaq yg buat kau lebih baik, tegas dlm kehidupan.

Baca lagi
17h ago

puannnn.... 1st time saya baca komen puan guna "kau" 😅 marah sangat gayanya 🤭

1. Dah sah2 lah dosa kalau berzina 2. Nak taat suami tu betul, tapi berdasarkan syarak 3. Tidak sahih ya hadis kata “gegar liang arash”. Boleh rujuk website mufti. Sebagai suami, byk2kan lah dalami ilmu agama. 4. Dapatkan khidmat kaunseling pejabat agama. Kalau dah sampai suami minta main dgn laki lain, puan sbnrnya dah tahu jawapan lebih jelas. Rosak nasab

Baca lagi

Dalam Islam, isteri wajib taat kepada suami dalam perkara yang harus dan tidak bertentangan dengan syariat, manakala ketaatan itu adalah terhad dan tidak mutlak. Isteri tidak perlu taat jika suami menyuruh melakukan sesuatu yang haram seperti meninggalkan solat atau mendedahkan aurat.

Adoi..ini namanya taat tak bertempat..😅 1st kena faham konsep taat pada suami yang agama kita ajarkan.. kalau minta cerai, akan bergegar arash.. Taat pada suami yang meminta pada kemurkaan Allah ,agak² apa pula yang bergegar ??

Baca lagi

Aku tak paham apa yg sis ni nak story. Laki u suruh u layan laki lain ke ?

56m ago

yupppp. laki dia fetish wife cuckold. means wife dia kena main dgn laki lain while dia tengok. itu ikut pemahaman saya berdasarkan apa yg sis ni cerita.

Saya mmpu doakan je untuk kamu kak. Moga kuat🦾