suami tidak suke setiap kali sy mengndung mesti dia suruh gugurkn😣berdosakah wanita hamil😅

pendapat# #ingintahu

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca posting dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g ni Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

Baca lagi

jatuh hukum haram berdosa mengugurkan kandungan tanpa sebarang faktor alasan kesihatan yg kuat..ini dh dikira membunuh. klau rasa diri tu x mampu knp kamu berkahwin? berkahwin untuk sex shj ke? untuk berteman shj ke? untuk seronok shj ke? kamu berdua laki bini Allah kurniakan akal. fikir baik² lh mana baik mana buruk.dan kamu pun sbg isteri jgnlh diturut buta² perintah suami. kan para ulamak para ilmuwan dh ajar. taat segala perintah suami yg mana baik tidak melanggar hukum Allah..yg melanggar hukum Allah jgn diturut. pergi mengadu di pjbt kadi. perbanyakknlh ilmu² agama dlm diri kamu berdua. belajar fardhu ain. rajin² jejak kaki ke masjid. hidup ni berpandukan al quran & hadis. asah iman kamu dgn baik di akhir zaman ni. org lain bertahun tunggu anak kamu gugurkn dgn mudah shj. berbaliklh pada Allah bertaubat lh kembali padanya. percayalah pada perancangan Allah. percayalah pada rezeki Allah. org yg lebih susah dari kita ramai je blh bela anak sampai besar malah ada yg berjaya. nauzubillahiminzalik

Baca lagi

Klu dlm islam, hukum gugur kn janin dh dibincangkan para fuqaha (ahli ilmuan). Hukumnya haram SELAIN atas faktor kesihatan dan telah disah kn oleh doktor. Wlwpun masih bwh 4 bulan. Boleh baca di website mufti. Klu nk gugur atas faktor tk mampu, yakin kah kamu selepas gugur, Allah akan luas kn rezekimu? Wlwpun janin masih kecil, dlm alquran sudah menyatakan membunuh anak kerana ibu bapa miskin adalah dilarang. Hidup berdasar kn hadis dan alquran, insyaallah awak dan suami lebih nmpk betapa besar rahmat Allah dan lebih yakin bhw rezeki setiap manusia, trmasuk awak, suami, dan anak adalah tanggungan Allah SWT. Share sekadar menjwb soalan awak dan peringatan kpd saya juga. 🤗 Klu awak bukan islam, back to ajaran awak. Klu awak atheist, ikut suka hati awak la 😅

Baca lagi
2y ago

setuju. masih ramai yg sedang berjuang utk dpt kn zuriat. masih ramai yg sanggup berhabis duit utk dpt kn zuriat. mcm2 ikhtiar dah yg telah dicuba.

Allahuakbar, sis berdosa gugurkan anak tanpa tujuan yg sangat kukuh dan disarankan doktor , ramai ibu bapa yg berjuang brthun thun nk dapatkan rezeki zuriat . Cuba sis brbincang dgn suami tnya knapa dan ape msalah dia , sis pun bgtau cara selesaikn , suami sis tkbkerja ke? sy dan suami bru kawin thun ni , dan mmg sbelum kawin suami da ckp klu boleh lewat skit ade ank , tapi Allah maha berkuasa , tetibe sy test positive, bykkli sy tnya husb , suami sy terima dengan redha dan yakin ni rezeki Allah , dua bulan sy pregnant, suami dpt jawatan tetap dlm kerja . selama tiga tahun suami sy tggu dpt jawatan tetap sis , tapi rezeki anak skejap je . percayalah sis , ade sebab kenapa Allah hadirkan rezeki zuriat dahulu buat keluarga sis , sy doakan sis tabah menghadapi dugaan suami sis

Baca lagi
2y ago

inn shaa allah, sy yakin dgn rezeki allah. allah uji sy dia tahu sy mampu lalui nya☺️. aamiin aamiin ya mujib❤️. thank atas doa nya. semoga yg baik2 juga berbalik pada awak&family🤲❤️.

X guna punya laki kalau gini, dah dia yg buat.. Bila jadi senang2 je suh gugurkan, kalau gitu jangan sedap bila mahu je.. Aihhh, x boleh brain la.. Lepas nie sis Kena merancang,.. Ambil injection ke, implan ke.. Dah dia yg x nak... Tapi kalau sis nak, yelah mana ada pompuan yg x nak ada zuriat kan,.. Sdgkn luar sana banyak yg sdg ikhtiar agar dpt mengandung... Ermmm.. Kalau dia x ready, suh guna kondom dan buang luar.. Tapi kalau memang dia x nak ada anak selamanya... Baik tinggalkan je sis, Insha'Allah masih ada orang yg baik sudi menerima dan teringinkan punya zuriat sendiri.. Maaf jika kata2 sy nie menyinggung perasaan.. Tapi geram ada laki x matang gini... 😑

Baca lagi

apasal dia suruh gugurkan. Anak tu kurnia dari Allah, rezeki dari Allah. Tk smua dpt cahaya mata... suami isteri yg lain pun dh cuba pelbagai cara mcm mna nk dptkn zuriat.. Ini pula senang jerr suruh gugurkan.. kalau laki sis tk nk sis mengandung.. jgn suruh dia buat sex dgn sis,, tk yah kahwin snng je.. ingat kahwin ni senang ke. Nk beranak pun bukan perkara senang.Tkkn laki sis tk nk keturunan? Nnti d akhirat baby tu tuntut mk ayah dia, knp asyik gugurkn kandungan. Sy sedih bila dgr pasal nk gugurkn ni.. rasa berdosa, baby tu tk slh langsung 😓😭

Baca lagi

Allahuakbar masih ada manusia yang tiada hati dan perasaan,dah tahu KO tak nak anak kenapa khwin? perempuan ni bila dah khwin dia akan rasa nak timang anak .orang yang luar sana menanti ank bertahun² susah . kau senang suruh isteri KO gugur kn.. harap sis jgn gugur kn itu lbh baik.. suami sis tak sepatutnya berkata "gugurkan" dia seharusnya mendukung bgi kta² smngt pada sis..

Baca lagi

Maaf tanya, islam ke? tp xkira la agama apa pun.. xkan xtau hukum hakam dh kawin ni. Apa tujuan perkahwinan kalau mcm ni.. kat belakang sijil nikah tu ada taklik.. blh baca.. kalau mengadu di mahkamah shariah/pejabat agama ni, lama kena suami awk tu. Silap hb blh kena tindakan undang2. Bw² la fikir kenapa nak hidup dgn suami mcm tu lg..

Baca lagi

Tak kira apa agama pun, sy percaya tiada agama yg menghalalkan bab gugur anak ni sebab menggugurkan kandungan ni dikira membunuh. moga naluri kebapaan hadir dalam diri suami sis & sedar bhwa menggugurkan kandungan adalah 1 dosa besar(kalau ikut hukum agama). moga baby yg dikandung sihat² selalu & bebas dari effect perangai bapanya. 😭

Baca lagi

taknak bini mengandung senang je! 1) takyah kahwin 2) pakai kondom 3) tak payah sex 4) potong kote ko tu bang cerai je la kak dgn laki gini. buat sengsara hidup je

Baca lagi
2y ago

😂😂😂hiburan itu penting utk ibu2 🤣