suami tidak suke setiap kali sy mengndung mesti dia suruh gugurkn😣berdosakah wanita hamil😅

pendapat# #ingintahu

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca posting dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g ni Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

Baca lagi