Spotting tanda implantasi k

mummy ingat tk sy ada post pasal opk sebelum ni rata2 komen negatif . Test opk semakin menurun line nya . Semalam satu hari badan sy suam2 macam nak demam tapi tak demam. Breast sakit sangat , ada kram bahagian bawah , sakit pinggang , sakit kepala dan harini keluar spotting coklat . Ikut date sy period lagi 2 minggu , lama lagi . Mummy2 ada pengalaman macamni tak ya ? Ini spotting tanda apa ya boleh share pengalaman . TQ 🙂

Spotting tanda implantasi k
10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

tak ingat, sebab anon, jadi memang mustahil nak ingat 😅 sis dah CD berapa? kalau lagi 2 minggu nak period maksudnya sis sekarang tengah lebih kurang fasa ovulasi. then most probably spotting tu disebabkan ovulasi, boleh jadi juga sebab lain, kita panggil mid-cycle spotting, tapi bukan penempelan. simptom2 tu pun boleh jadi simptom ovulasi. boleh jadi juga sis ovulasi awal dari biasa, and cycle kali ni lebih pendek dari biasa. dah jumpa +ve OPK tak haritu? kalau sis ovulasi awal, dan katakan lah simptom2 tu adalah simptom pregnancy, patutnya sis dah boleh dapat +ve UPT. cuba lah test. kalau +ve, tu adalah early pregnancy bleeding, jadi sila jumpa doktor. kalau -ve, dan ya sis dah lepas fasa ovulasi, then semua tu cuma simptom progesterone, yang memang akan naik lepas ovulasi, tak kisah kita pregnant atau tak. dalam kes ni pun, spotting tu consider mid-cycle spotting. cuma bersihkan, dan boleh abaikan. catat dalam diary, supaya nanti2 kalau jadi lagi boleh alert, dan boleh jumpa doktor untuk buat check up.

Baca lagi