Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya baru jalankan operasi pembedahan pembuangan tirod di leher.. adalah saya berisiko hamil?

Saya baru prengnant buleh kita amik iron folic atau asid folic mana paling okay

3y ago

Yaa

VIP Member

Hi Ms Gan, untuk ibu mengandung berapa bulan yang selamat untuk berpuasa?

3y ago

Bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa.

makanan atau minuman yg boleh boost energy untuk mommy yg preggy.. cadangan..

3y ago

Makan pelbagai makanan padat nutrient (nutrient dense). Diet anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk membantu anda mengekalkan kenyang lebih lama, makan lebih banyak makanan kaya serat kerana serat makanan melambatkan proses penghadaman dan ini mengurangkan rasa lapar. Misalnya, roti wholemeal, oat, keledek dan multigrain. Makanan protein seperti daging, kekacang, telur, tempeh dapat juga membantu untuk memberi tenaga yang lebih mampan sepanjang hari.

Hi Cik Gan Bagaimana pengambilan makanan yang betul untuk ibu hamil kembar?

3y ago

Untuk ibu hamil kembar, yang pentingnya kena pastikan pengambilan tenaga yang mencukupi setiap hari dan pastikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Diet harian anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk kebaikan ibu dan anak, jika ingin memahami dengan lebih terperinci tentang pengambilan tenaga dan nutren yang sesuai untuk anda (keperluan tenaga untuk ibu hamil kembar lebih tinggi) , anda boleh jumpa pakar pemakanan/dietitian.

Hi doctor.. Apa tips pemakanan berpuasa untuk Ibu hamil yang gdm on diet?

3y ago

Tq doctor for the tips

Hi ms gan bagaimana kita xnak terlebih naik berat badan sewaktu hamil ye?

3y ago

Cuba kekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Kurangkan makanan berlemak dan bergula tinggi dan tingkatkan pengambilan serat anda. Jika ingin memahami dengan lebih terperinci tentang pengambilan tenaga dan nutren yang sesuai untuk anda (keperluan tenaga setiap orang adalah berbeza) , anda boleh jumpa pakar pemakanan/dietitian.

hi Ms Gan.. apa makanan terbaik utk banyakkan air susu? atau tips2 lain?

3y ago

Semua nutrien yang diperlukan boleh diperolehi daripada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Makan pelbagai makanan padat nutrient (nutrient dense). Diet anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk membantu anda mengekalkan kenyang lebih lama, makan lebih banyak makanan kaya serat kerana serat makanan melambatkan proses penghadaman dan ini mengurangkan rasa lapar. Misalnya, roti wholemeal, oat, keledek dan multigrain. Makanan protein seperti daging, kekacang, telur, tempeh dapat juga membantu untuk memberi tenaga yang lebih mampan sepanjang hari. Selain itu, pastikan anda minum secukupnya sebelum dan selepas berbuka puasa. Minum antara 8-12 cawan air setiap hari. Elakkan minum kopi dan teh kerana kandungan kafein boleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil, menyebabkan dehidrasi. Anda juga boleh mengambil makanan kandun

Bolehkah ibu hamil 11 minggu berpuasa?

3y ago

Lebih baik bincang dengan doktor anda tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa.

Hi ms gan. Mcm mna nak kluarkan susu?

3y ago

Dari segi pemakanan, kena pastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Diet harian anda harus mengandungi kumpulan makanan berikut untuk mendapatkan tenaga, protein, vitamin, mineral dan serat yang diperlukan: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu