Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik

Adakah ibu sedang hamil? Risau tentang kebarangkalian menghidapi GDM ketika hamil? Atau ibu sedang menhidapi GDM dan memerlukan nasihat tentang nurtien dan diet yang sihat ketika hamil? . Jika ya, jangan bimbang ! Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami pada hari Rabu, 6 Oktober bersama dengan Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan di padam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik
33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Selamat sejahtera Miss Gan Sin Yee, 1/10 lepas, klinik maklumkan kepada saya bahawa kadar gula dalam darah saya tinggi selepas saya membuat ujian minum air gula. 8/11, saya ada temujanji dgn dietition klinik dan minggu depannya saya akan melakukan prosedur Blood Sugar Profile. Saya sedih dan tertekan juga mendapat keputusan ujian minum air gula itu, namun saya tekad untuk mengatasinya dengan berjalan kaki setiap hari selama 30 minit bermula 1/10/2021, tapi saya tak tahu apa diet sesuai untuk saya. Saya juga mengalami hb low (mild), terkini hb saya hanya naik 0.1. Itu pun buat saya riang. Sekarang kandungan saya 9 minggu, baru 3 hari berturut-turut saya buat riadah berjalan 30 minit, saya tidak merasai loya. Saya juga peminum susu kambing, sebab saya alah dgn susu lembu. Soalan: 1. Saya nak tahu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah , dan pada masa yang sama nak cantikkan bacaan hb, apakah makanan sesuai yg perlu saya ambil dan juga jadual pemakanannya? (sebab ada masa saya rasa takut nak makan sebab takut makanan yg saya makan akan membuatkan bacaan gula dan hb tak cantik😔). 2. Kalau saya makan Roti wholemeal tiap-tiap hari sebagai snek, (tak pelbagaikan snek), adakah ia elok untuk saya? Saya dahulukan dengan terima kasih. 😊💐

Baca lagi
3y ago

Terima kasih Miss Gan SinYee. Saya akan cuba ikuti nasihat ini 💐

VIP Member

Hello Dr. Gan. Nice to meet you. Sewaktu saya mengandungkan anak pertama saya tergolong dalam GDM on diet. Soalan saya, sekiranya saya ingin mengandung untuk yang seterusnya, apakah langlah-langkah yang perlu saya ambil untuk mengelakkan saya tegolong dalam golongan ibu mengandung GDM on diet ini. Honestly penat mengandung dlm keadaan GDM ni 😩. Nak mengandung dalam keadaan sihat sejahtera😍. Terima kasih atas respon Dr. Have a nice day

Baca lagi
3y ago

Cuba mengawal berat badan anda jika berat badan anda berlebihan.

Terima kasih kepada semua pengguna yang telah turut serta dalam Sesi Tanya Pakar hari ini. Sesi Tanya Pakar hari ini dibawakan oleh Anmum Materna, satu-satunya susu Pra-natal TANPA GULA TAMBAHAN, RENDAH LEMAK & RENDAH GI. Jangan lupa dapatkan hari ini ya ibu😉

Post reply image

Hi Ms. Gan, may I ask, how does GDM affect my pregnancy, what will happen to my baby and me? I am still in the early stages of my pregnancy and do not have GDM at the moment, but I would like to know more and perhaps what I can do to reduce the occurance of it?

3y ago

Uncontrolled GDM will increase risk of premature birth and stillbirth, chance of needing a C-section, high blood pressure and also increase risk of getting type 2 Diabetes in future. There are many risk factors of GDM. One of the things that you can control is your pregnancy weight gain. Excessive weight gain may increase the GDM risk.

VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin. Doktor. Nk tnya. Adakah pemakanan diet utk ibu hamil perlu nutrien yg lengkap dan susu yg terbaik utk mommy pregnant. Dan perlukah ibu hamil mkn Ubat kencing manis utk turunkan paras gula dlm darah. Tq doktor ☺️☺️

3y ago

Mengamalkan diet sihat& seimbang dan kerap bersenam adalah penting untul mengawal GDM. Anda boleh pilih susu biasa/ susu untuk ibu mengandung yang rendah GI, rendah lemak & tanpa gula tambahan. Mengenai ubat kencing manis, lebih baik berbincang dengan doktor anda. Sesetengah ibu GDM memerlukan pengambilan ubat/suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.

Hi, sy nak tnyaa. Apa susu yg sesuai utk ibu hamil yg ada GDM? sbb sy takut utk minum susu ats sbb kandungan gula. Kedua, bahayakah sekiranya ibu hamil tidak minum susu langsung sepanjang kehamilan?

3y ago

terima kasih miss...

Hi Miss, saya ibu hamil yg menghidap GDM (usia kandungan 16w+), bagaimana nak diet gdm dan dalam masa yg sama boleh naikkan berat badan Saya ikut pemakanan suku suku separuh automatik berat jatuh. terima kasih doc

3y ago

Thank you so much Miss. Will see my dietitian on 21/10 ❤️

saya nak tnya apa makanan yg prlu sy ambil utk memastikn bby sy sihat dan sempurna sbb sy baru dlm 7weeks dan sy baru shja lps ambil vaksin dos kedua,pfizer.sy risau akan pmbesaran ank dlm kandungn sy.

3y ago

Diet yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan Malaysia 2020 atau Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh) , dengan kuantiti kalori yang sesuai.

Super Mum

Saya ada gdm, haritu, Dr suruh makan metformin, tapi bila dah mula makan metformin, saya cirit birit tanpa henti, bila x makan metformin, cirit birit tu berhenti, mcm mana saya control gdm saya

3y ago

Mengamalkan diet sihat& seimbang dan kerap bersenam adalah penting untul mengawal GDM. Mengenai isu Metformin, lebih baik berbincang dengan doktor anda. Sesetengah ibu GDM memerlukan pengambilan ubat/suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.

Hi Dietitian Ms Gan Sin Yee, saya ingin bertanya diet pemakanan yang sesuai bagi ibu hamil yang menghidapi GDM? dan susu apa yang sesuai diminum untuk ibu yang menghidapi GDM? terima kasih

Baca lagi
3y ago

Diet yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan Malaysia 2020 atau Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh), dengan kuantiti kalori yang sesuai. (1) Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin penuh, dan makanan berkanji) dalam kuantiti terkawal dan tetap untuk setiap hidangan. (2)Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain). (3) Memastikan diet yang rendah lemak, kurangkan makanan yang bergoreng. Jika ingin memahami dengan lebih terperinci tentang pengambilan kalori dan makanan yang sesuai untuk anda (keperluan kalori setiap orang adalah berbeza) , anda boleh jumpa pakar pemakanan/dietitian. Susu biasa (plain) /susu untuk ibu mengandung yang tiada gula tambahan dicadangkan untuk ibu GDM.