Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Cik Gan Bagaimana pengambilan makanan yang betul untuk ibu hamil kembar?

4y ago

Untuk ibu hamil kembar, yang pentingnya kena pastikan pengambilan tenaga yang mencukupi setiap hari dan pastikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Diet harian anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk kebaikan ibu dan anak, jika ingin memahami dengan lebih terperinci tentang pengambilan tenaga dan nutren yang sesuai untuk anda (keperluan tenaga untuk ibu hamil kembar lebih tinggi) , anda boleh jumpa pakar pemakanan/dietitian.