Luah perasaan

Hi mommies☺️ Wajar ke saya, pertama kali menjadi seorang ibu dan usia bayi baru masuk 4bulan merasa penat? Bukan pada fizikal saja tapi pada mental juga. Baru2 ini saya kerap menangis, berfikir macam2. Penat lelah saya menjaga anak, mengurus rumah, saya surirumah. Anak pula fully bf. Penat sangat penat. Semalam hari ibu, saya ada baca di fb apa yg ibu mahukan untuk hari ibu. Mereka mahukan “me time”. Saya juga mahukan “me time” tapi saya tahu saya takkan dapat merasa “me time” kerana anak fully bf dan suami bekerja. Dalam pada masa yg sama, saya rasa tak layak untuk “me time” kerana anak baru seorang dan baru 4bulan. Malam tadi baru saya betul2 rasa letih. Badan saya sakit, rasa lelah. Tidak dapat nap pada siang kerana uruskan kerja rumah. Dari segi fizikal mungkin saya kuat lagi, tapi dari segi mental Allah saja yang tahu. Setiap malam anak kerap bangun pagi untuk susu. Lihat suami disebelah tidur nyenyak, kan best dapat tidur nyenyak macam tu☺️ Saya kerap nangis seorang diri, ketika susukan anak dialah yang nampak saya menangis berjurai jurai air mata. Saya pandang mata dia, walaupon dia tak faham kenapa mummy dia menangis🤣 Suami takkan faham, saya taknak luah kat suami sbb saya takut. Takut dibandingkan dengan dia yang bekerja di luar dengan saya yang duduk dirumah menjaga anak. Saya taknak dibandingkan penat lelah suami bekerja dengan penat lelah saya yang hanya duduk di rumah menguruskan anak dan perihal rumah. Saya tiada kawan, anak & suami lah kawan saya. Cuma disini saya mampu luahkan perasaan apa yg terbuku si hati saya. Maafkan saya kalau rasa penulisan saya ni “mengada” bagi anda. Tentu akan ada yang kata “eleh kan first mom tu pon nak penat” hehehe😅 Cuma ini saja luahan saya. Maafkan saya & terima kasih🥰

44 Balas

saya pun kan dah terbiasa bekerja, lepastu kami pindah jadi saya terpaksa berhenti keja duduk dengan suami sekali lah, tuptup saya mengandung jadi takbole lah saya bekerja sebab awal awal mengadung saya ada 2kali keluar darah saya risaukan kandung. lepastu dah start ada isu sikit pasal bandingkan kerja dengan duduk rumah ni, saya agak sedih sebab fikirkan pasal benda ni tapi entah kenapa lelaki takbole faham anak kan rezeki jugak. maaf saya pun meluah pulak perasaan, saya doakan kita sama sama kuat hadapi ujian kita mungkin perlukan perbincangan banyak untuk sama sama faham keadaan. saya doakan kita semua dirahmati allah sebagai seorang anak, isteri dan jugak ibu 🤗

betul tu cakap @adibah habis segala kitab tentang tanggungjawab suami keluaq satg 😂😂 amboiii,masa nak sedap bleh plak sama2

Penat. Mmg penat. If husb tak tolong mmg tak terdaya. Baby dah start besar sikit baru tak penat sangat. I kerja. Husb pun kerja. 5months pertama tu mmg macam panda laki bini. Haha tak tidur lena. tidur atas comforter je pulak tu. sebab baby i taknak tidur dlm bilik. Baby pulak fully bf. Tu Tak termasuk sembelit lagi lepas bersalin. breast bengkak sampai demam. Susu taknak keluar. Dugaan. Tapi seronok (kalau husb kita tolong sekali lah). So nak taknak Pn. kena cakap dgn husb. Anak tu bukan anak kita sorang. anak tu anak kita sama sama. so tlg cebok anak, main dgn anak. Duduk rumah pun penat tau. Tapi Bila tengok anak kita membesar dgn sihat hilang rasa penat tu 😌

nasihat sy emosi awk kne jga jugk,kalau awk penat biar je rumah berselerak dlu,ank tdo awk pun p tdo n rest sekli...jgn pksa diri awk buat tu semua...n talk to talk with heart dgn husb...sy pun suri rumah sy buat semua sndri jugk...kalau sy penat mls sy xbuat semua,,sy hadap je muka ank sampai mood sy ok sy bru buat kerja rumah,,suami alahmdulillah xde kata apa if dy balik kain xbasuh,sy blum msk...kain xbasuh dy tlong msukn dlm mesin siap semua dy dryer...ank dy jgalah if sy nk msk even lwt pun...alhamdulillah xbunyi...selalulah bercerita apa kita buat dkt umh,msa bercinta boleh ws 24jm xkn dh ada ank berubh...sy memg always buat sama mcm xde ank🤭🤭

Saya pun melalui fasa macam sis. Tambah pulak 2 hari selepas saya habis pantang, abah major stroke. Sekarang saya la yg uruskan anak, uruskan rumah, mak saya larat tak larat mana la, uruskan abah tukar pampers semua. Ada masanya saya terlepas dkt anak, budak baru 6 bulan mana tahu apa. Sedih bila tengok anak tidur. Kadang terlepas juga dkt suami, dekat abah. Mengalir air mata org tua strok tu. Akhirnya saya ke doktor, jumpa kaunselor and makan ubat depression 🙂

sama mcm sya sis mmg surirumah sepenuhnya tmbah ank sulung sya lasak umur 5 thun si adk baru 4 bulan si adk siang mmg ssh nk tido mlm Alhamdulillah lena cuma wktu siang tu byk keje sya nk buat msak kemas uma smua bgai si adk plk asyik nk kepit je abg plk jgn ckpla bsing2 jerit emosi sya pun kdg rasa xtrkawal rasa kdg ada jugak jerit2 mrah2 pkul si abg sbb asyik jerit kcau2 adk dia nk tdo tension jgn ckpla tpi sya cuba utk sabar n sabar...

Sy suami dah balik keje, Sy bagi je anak yg dah siap susu kat suami pastu cakap "dduk ngan ddy pulak, dah SEHARIAN dduk dngn ibu" lpastu lari nyorok dalam bilik sambil baring n ttup pintu.. 😌 hari² buat je benda sama, mula² suami jaga kejap lpastu bagi balik tp masa tu Sy buat x nampak anak n suruh ambil balik 😅 lama² pndai lah dia fikir + anak pun makin besor dah pandai merayap boleh tengok² dari jauh..

wajar Rasa penat...tapi saya nasihatkan tegur suami and bincang Dr sekarang sebelum melarat...kalau Dr sekarang puan xberterus terang,sampai ke sudah macam Tula suami xkan berubah...saya masa anak 1st pon pjj,anak xtidur malam,pergi kerja macam panda...pukul 3 anak xtidur,pukul 3 saya video call suami...biar same2 xtidur...mase anak pertama ni la sama2 kite belajar tanggungjawab bersama...🥰

Luahkan dari hati ke hati dengan suami, dua2 nak ank, dua2 perlu bekerjasama, give and take. Jgn biasakan sis, seorg ank boleh lagi, dah 2,3 anak nnt lagi lah, sis pun perlu jaga emosi sendiri. Bincang elok2 yaa. Sesekali tu minta izin suami keluar ambil angin luar, tak lama 30 minit pun okay untuk kita keluar dari rutin yg biasa kita buat..

its ok mommy! sye pun sme.. biasa la tu ble penat memg mcm2 kte pkir.. nak x nak ble suami free, memg kne mintak tlg dye.. x yah pkir dye penat keje.. awak kne pkir, penat awak jge anak.. bkn ape tkot nant burn out pas tu anak jd mangsa.. pdehal bkn kte nak jd mcm tu.. cbe mintak tlg hsband ye.. suruh dye settle kn keje umah yg ringan2 pn im sure u gonna be happy..

Begitulah insan yg bergelar ibu. Sebelum jadi ibu kita sepatutnya sedia utk ini. Suami takkan faham. Yg dia tahu esok pg dia kena bangun pagi kerja jadi kita yg ddk kat rumah kena handle anak padahal pagi ptg siang mlm mmg kita yg jaga anak. Kadi ibu ni takde istilah rehat. Bersabar lah sbb ganjarannya besar.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan