Luah perasaan

Hi mommies☺️ Wajar ke saya, pertama kali menjadi seorang ibu dan usia bayi baru masuk 4bulan merasa penat? Bukan pada fizikal saja tapi pada mental juga. Baru2 ini saya kerap menangis, berfikir macam2. Penat lelah saya menjaga anak, mengurus rumah, saya surirumah. Anak pula fully bf. Penat sangat penat. Semalam hari ibu, saya ada baca di fb apa yg ibu mahukan untuk hari ibu. Mereka mahukan “me time”. Saya juga mahukan “me time” tapi saya tahu saya takkan dapat merasa “me time” kerana anak fully bf dan suami bekerja. Dalam pada masa yg sama, saya rasa tak layak untuk “me time” kerana anak baru seorang dan baru 4bulan. Malam tadi baru saya betul2 rasa letih. Badan saya sakit, rasa lelah. Tidak dapat nap pada siang kerana uruskan kerja rumah. Dari segi fizikal mungkin saya kuat lagi, tapi dari segi mental Allah saja yang tahu. Setiap malam anak kerap bangun pagi untuk susu. Lihat suami disebelah tidur nyenyak, kan best dapat tidur nyenyak macam tu☺️ Saya kerap nangis seorang diri, ketika susukan anak dialah yang nampak saya menangis berjurai jurai air mata. Saya pandang mata dia, walaupon dia tak faham kenapa mummy dia menangis🤣 Suami takkan faham, saya taknak luah kat suami sbb saya takut. Takut dibandingkan dengan dia yang bekerja di luar dengan saya yang duduk dirumah menjaga anak. Saya taknak dibandingkan penat lelah suami bekerja dengan penat lelah saya yang hanya duduk di rumah menguruskan anak dan perihal rumah. Saya tiada kawan, anak & suami lah kawan saya. Cuma disini saya mampu luahkan perasaan apa yg terbuku si hati saya. Maafkan saya kalau rasa penulisan saya ni “mengada” bagi anda. Tentu akan ada yang kata “eleh kan first mom tu pon nak penat” hehehe😅 Cuma ini saja luahan saya. Maafkan saya & terima kasih🥰

44 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama lah situasi sis dgn saya.. hari2 menangis anak dah setahun dah pun… dahlah taknak tolong saya jaga anak dahtu siap complain je cara saya jaga anak sume benda tak kene pada suami… sedih dan stress dibuatnya… kalau luahkan pun tak function lagi kene perli adalah 😭😭😭😭😭

situasi yg awk alami sebijik mcm sy sis.. Mcm tu laa yg sy hadap smpai laa skrg anak dah nk msuk 9 bulan.. baru skrg boleh nak rest² sikit sbb anak dh pandai nak main sendiri.. Tp penat jgk laa sbb dia nk berkepit je dgn mama dia. Mama dia bangun sikit dh menjerit 😂😂 sabo jelaa ermm

cerita pada suami elok2 sis. sy tengah pregnant pun letihh sgt boleh kira guna jari la bape kali sy masak. lepas cerita elok2 kt husband akhirnya dia faham dan banyak kerja rumah dia tlg. now sy pulak goyang kaki.jgn takut utk luah pada suami. cakap elok2

Puan, luahkan pada suami. Heart to heart session wajib ada dalam hubungan suami isteri untuk elakkan masalah komunikasi. Ingat, jangan main main dengan komunikasi dalam relationship sebab komunikasi punca ranapnya sesebuah rumahtangga. Luah ya 💕

wajar dan normal je,jd ibu ni mmg penat nk menguruskan baby kecil lg sorang2 walaupun housewife.Puan kne me time,sejam pon cukup.Bagi husband jaga kejap anak,anak sama2 kan.Bukan ank kita sorang je.So dua2 kne saling menolong uruskan anak.

anak ni, dia takkan tiba2 jadi sendiri, mengandung bersalin sendiri, melainkan ada peranan drpd pihak suami jugak.. jadi lepas anak dah lahir, kena la sama2 jaga, sama2 uruskan.. nak taknak, kena luahkan jugak pada suami,ajak berbincang..

takpe sis,kita layak merasakan apa pun..fully bf memng sngat penat..saya yg suami bnyk tolong pun tetap rasa penat apatah lagi sis yg buat segalanya seorang diri. be strong sis! anak dah besar nnti kita akan rindu kan saat2 dia kecil🥰

Kalau x direct cakap mmg x boleh buat apa lah puan. Kita mmg perlukan moral support utk bangun malam susukan anak. Anak fm pun saya rasa gitu. Apa lagi susu bdn. Mental mommy mmg perlu kuat saat2 mcm ni.

kalau mcam tu sis jarakkan kehamilan.. tunggu anak tu umur 3/4 tahun dia dh pndai urus diri sikit2, dh free pampers baru fikir nk tmbah anak.. sbb nya stress nie sangat la bahaya buat ibu2.

Hm sy tak merasa lagi. In sya Allah akn merasa bln dpn. Bnde ni lah jadi ketakutan sy. Lagi2 sy pjj dgn husb. Sy hrp sy kuat lah hadap semua ni. Mmg penat ke jaga anak? 😩