Anak dua bulan dan saya ibu baru

Saya nak mintak pendapat, Macam mana ye cara me time selepas jadi ibu ni? Saya taktahu macam mana nak bahagi masa. Saya ibu yang berkerja, dan sekarang dalam maternity leave, company bagi cuti bersalin dalam 5 bulan. Saya jadi stress duduk rumah dan routine jaga bayi dan kerja rumah. Saya jaga bayi, siang dibantu dgn adanya ibu, dan malam ada suami. Saya penghidap sakit bipolar disorder, dan saya sangat perlukan tidur dan masa saya sendiri untuk kekal tenang. Saya dari hari pertama balik hospital sampai la semalam, menangis je hari hari, sbb saya rasa penat sangat uruskan bayi.. Macam mana ye saya nak kuat dan positive. Saya buntu.. penat dari mengandung sampai bersalin pun tak recover lagi... saya alah teruk semasa pregnant.. #pleasehelp #firstbaby #firsttimemom

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

uruskan bayi mmg penat, puan. mcmtu lah bila dah sedia nak jadi ibu, semua benda pun kita kena korbankan. anak dah jadi priority utama. semua kena dahulukan dia. benda ni mmg tak boleh elak. Alhamdulillah puan dibantu ibu & suami. puan tak bersendirian dlm uruskan baby. baby kecil lg mmg perlu perhatian yg amat byk. mcm sy, masa baby tidur sy buat apa sy suka, baca buku/tengok netflix. kalau penat sy lelap jap sebelum sambung buat kerja rumah. mlm mmg suami bg sy tidur sbb baby sy pun mix dgn fm so mlm mmg suami yg bgn buat susu, tgk baby & tidurkan balik baby bila dia terjaga. sy boleh tidur lena mlm2. kalau puan bf baby, mungkin boleh pam susu utk mlm. so mlm suami yg take over semua. puan boleh tidur & bertenang. lgpun puan mmg kena ready pam susu dah sbb nanti nak naik kerja kan. harap membantu. nk besarkan baby mmg tak mudah tp amatlah berbaloi. percayalah. sy pun ada baby 2 bulan. bila tgk dia senyum, ceria. cair hati rasa semua apa sy buat ni bermakna. besar tanggungjawab sbg ibu ni & puan insan terpilih. hadapi dgn tabah & sabar ye. puan boleh, puan kuat, puan ibu hebat! 💪

Baca lagi