Isteri hilang hormat pada suami

isteri tidur bilik berasingan sudah hampir 2 bulan. hilang hormat pada suami, selalu membantah dan sering keluar. jarang menyediakan makanan. sering tidak balik kerumah dan tidur dirumah kakaknya. puncanya ialah dari si suami hisap dadah. tetapi sepanjang perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami dari segi nafkah batin, nafkah duit untuk isteri, pergaulan dan makan minum keluarganya, mempunyai kerja tetap yg mampu menampung perbelanjaan harian, sekolah dan sbgnya. suami memang salah dari segi undang2 kerana menghisap dadah. Akan tetapi, dari segi perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami. soalan saya, adakah isteri seharusnya berbuat demikian dengan membiarkan suami tidak terurus, tidak hormat suami, sering keluar tanpa makan minum untuk suami, tidak mahu bercakap, tidur berasingan selama hampir 2 bulan dan sering meminta untuk bercerai.

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Suami kalau susah nak berenti sendiri, serahlah diri ke rehab/AADK. Sebab bila penagih ni tak dapat barang, dia tak sedar pun apa dia buat. Pukul ke, maki hamun ke. Yang rasa semua tu isteri. Cukup atau tak cukup nafkah tu bukan soal utama sekarang. Keselamatan isteri macamana? Masa depan keluarga boleh terjamin ke? Sampai bila nak hisap dadah? Sampai bercucu cicit? Atau bercerai berai? Asyik nampak salah isteri, padahal punca hisap dadah tu lah yang besar sebenarnya. Muhassabah diri, sang suami. Masa kawin, sang isteri sanggup terima seadanya. Tapi kalau si suami masih leka, hanyut dan tak rasa bersalah, tak ada rasa nak berubah, berpisah sajalah daripada si isteri terus dicop tidak taat dan suami pun boleh enjoy hisap dadah tanpa masalah. Perkahwinan ini tanggungjawab dan komitmen. Dua dua main peranan. Tapi kalau sorang asyik menanggung derita dan airmata melihat pasangan hanyut, apa lagi yang perlu dipertahankan? Kalau betul nak selamatkan rumahtangga, ubah diri sendiri dulu. Lagi-lagi tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini sangat besar. Imam keluarga. Tolong lah. Jangan bagi alasan tiada support etc. Masa ambil dadah dulu pun pilihan sendiri, sampai ketagihan. Duduk bincang dengan isteri dan keluarga cari penyelesaian untuk masaah ketagihan dadah tu. yang hidup dengan penagih je tahu macamana sengsaranya. Penagih ni kalau relapse atau tak dapat barang tu, baran dia lain macam. Psychosis. Dia tak sedar apa dia buat. Cakap memang senang nak salahkan isteri, tapi isteri saja yang banyak menanggung seksa dan derita demi kasih sayang dengan suami yg dia anggap syurga.

Baca lagi

salam, saya memberikan pendapat berdasarkan pengalaman ketika pernah berada bersama sama penagih dadah Dan bekas penagih. saya individu yang handle program pemulihan. Bagi kes ini, hendaklah suami melakukan perubahan diri dengan ikhtiar untuk berhenti. Perlu serah diri di AADK. Saya perhatikan ketika program keluarga datang bagi support. isteri datang. Bagi pendapat saya, asalkan ada ikhtiar untuk berhenti mesti isteri akan perlahan lahan sedar dan akan support suami. Tidak dinafikan kebanyakkan mereka yang terlibat dadah baik Dan bertanggungjawab. Namun usahlah salahkan isteri tidak dapat terima keadaan diri. isteri pasti sedang sedih Dan kecewa. good luck untuk suami. Dan isteri jika suami tidak Ada ikthtiar berubah pejabat agama perlu dikunjungi untuk dapat Kan nasihat.

Baca lagi

X reti komen but as for me as long husband still bertanggungjawab dalam semua bende kecuali x boleh stop dadah then as a wife kene bantu suami tlg utk stop kan dadah tu. Bila isteri keluar rumah tanpa izin dah dikira derhaka, tido berasingan lagi dosa besar betul. When u agree on marriage mean u are agree to accept good and bad and saling melengkapi. Bukan disebabkan 1 bende buruk kita terus nk mcm tu. If you still love on ur marriage find a way how to keep together, and cuba laaa berusaha buangkan tabiat dadah tu. Sama mcm husband merokok. Who knows dlm rokok ada dadah jugak ke tapi x ambil terang terangan. Dont blame 1 party je. Suami isteri kene laa communicate. X boleh biar isteri buat mcm tu. Husband pon cuba yee reduce kan and stop eventually nanti ye

Baca lagi

helo bang, kau dah sah hisap dadah. kau tak cerita pulak kau bagi nafkah tu cukup ke tak? entah masa tengah high tu kau buat bukan2 kat isteri kau, entah kau sendiri sediakan rumah yg elok ke tak. semua org boleh la ngaku bagi nafkah n jalankan tgjwb. silap2 bg rm10 tapi canang bagi. entah kau memukul ke time high. entah tak balik berhari2 ke. entah mulut puaka ke. tolonglah. jgn nk claim salah dari segi undang2. dadah tu memudaratkan. kau belajar agama ke tak bang? benda memudaratkan diri hukumnya haram. kalau pergi pejabat agama pon, isteri kau da cukup kuat reason utk cerai tu. kau tu berubahlah. jangan nk menang je.

Baca lagi
3y ago

kan. ntah ntah nafkah bagi rm10 je.tp kemain dia canang bg nafkah. ramai da cmni. dah sah sah dadah tu memudaratkan. kemain dia. side dia takde lsg dia crita perangai camne. entah kt umah tu membantu isteri ke tidak. dia cite side jahat isteri je. dia ni usaha ke tak stop dadah tu pon kita tak tau.

klu dh amik dadah tu..tggu apa lg..dadah haram kan..klu tu pun dia x bole nak ubah susah la..tkt nnt makin jd lg teruk abis anak isteri di apa2kan lg susah masa tu..suami ketua keluarga..sepatutnya dia yg membimbing anak isterinya..klu dirinya sndri begitu fikirla camna nasib anak2 nnt..duit nafkh apa smua tu pun kena pk dr mana dia amik tu..nth la bg sy xperlu nak korbankan sgt hidup kita hanya kerana sorg suami yg sebegitu.sbb dia adlh sorg suami seharusnya dia lbh taw tgjawab dia sbg sorg suami..byk kesan negatif dr positif sis..x rugi apa pun klu si isteri mtk cerai..çari lah yg beragama ..tu lbh baik..

Baca lagi

Kena dengar dari pihak isteri jugak. Dadah ni boleh buat orang bertindak luar kawalan tanpa sedar. Apa dia dah buat kat isteri yg xdiceritakan dalam post ni mungkin jadi punca isteri jadi macam tu. Berapa lama isteri bersabar, beri nasihat, semua kita xtahu. Sebagai ketua keluarga tunjuk la contoh yang baik. Sebab dadah, isteri boleh tuntut cerai kat mahkamah. Dadah dah memang haram. So faham2 sendiri la. Jangan nampak salah isteri je. Salah sendiri tolak tepi.

Baca lagi

Kalau saya pun akan buat mcm si isteri tu..sedangkan suami sendiri pn tahu dadah tu haram...tp still nak hisap dadah.. Sekuat mana seorang isteri pn tetap akan lemah imannya bila ada suami yg sebegitu.. Takkan nak terima suami seadanya.. No way makin mcm boleh terima hakikat plk suami tu terus bergelombang dgn dadah.. Jgn nak fikir dosa isteri.. Tepuk dada tanya selera..

Baca lagi

Itu salah. Selagi si suami mnjalankn spenuhnya tggjwb dia, si isteri juga wjib jlnkn tggjwb sbg seorang isteri selayaknya diterima oleh seorang suami, wlaupun mcmmn keadaan si suami (penagih dadah). Bersabar & berikan support nasihat supaya dia berhenti amik dadah & jaga pergaulan dia dgn kawan2 yg boleh memberi pngaruh buruk. Hopefully semuanya akan bertambah baik. Good luck.. 🤗

Baca lagi

Bagi saya, Caranya cuma satu. Kembalilah kepada Allah. Dadah tu HARAM. Mungkin tak ada keberkatan dalam rumah tangga sebab buat benda yang Allah larang. Kita pon tak taat pada Allah, Kita expect isteri nak taat kepada kita? Tapi if you are struggling, Then communicate with her. Show her your effort. Moga dipermudahkan semua urusan..

Baca lagi

buruk macam mane pun dia ,dia tetap suami . dia takde pukul pun isteri dia mintak duit bagai . kalau bukan isteri yang pulihkan suami ,siapa lagi ? cuba lah tu suami korang ,mesti sedih kan ,tertekan ,isteri tetap tak boleh keluar sesuka hati , isteri kena usaha lah ,bantu suami tu supaya tak ikot jalan yang salah . tak bau syurga tau . khadam dulu bab kahwin sebelom kahwin .

Baca lagi