Isteri hilang hormat pada suami

isteri tidur bilik berasingan sudah hampir 2 bulan. hilang hormat pada suami, selalu membantah dan sering keluar. jarang menyediakan makanan. sering tidak balik kerumah dan tidur dirumah kakaknya. puncanya ialah dari si suami hisap dadah. tetapi sepanjang perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami dari segi nafkah batin, nafkah duit untuk isteri, pergaulan dan makan minum keluarganya, mempunyai kerja tetap yg mampu menampung perbelanjaan harian, sekolah dan sbgnya. suami memang salah dari segi undang2 kerana menghisap dadah. Akan tetapi, dari segi perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami. soalan saya, adakah isteri seharusnya berbuat demikian dengan membiarkan suami tidak terurus, tidak hormat suami, sering keluar tanpa makan minum untuk suami, tidak mahu bercakap, tidur berasingan selama hampir 2 bulan dan sering meminta untuk bercerai.

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Suami kalau susah nak berenti sendiri, serahlah diri ke rehab/AADK. Sebab bila penagih ni tak dapat barang, dia tak sedar pun apa dia buat. Pukul ke, maki hamun ke. Yang rasa semua tu isteri. Cukup atau tak cukup nafkah tu bukan soal utama sekarang. Keselamatan isteri macamana? Masa depan keluarga boleh terjamin ke? Sampai bila nak hisap dadah? Sampai bercucu cicit? Atau bercerai berai? Asyik nampak salah isteri, padahal punca hisap dadah tu lah yang besar sebenarnya. Muhassabah diri, sang suami. Masa kawin, sang isteri sanggup terima seadanya. Tapi kalau si suami masih leka, hanyut dan tak rasa bersalah, tak ada rasa nak berubah, berpisah sajalah daripada si isteri terus dicop tidak taat dan suami pun boleh enjoy hisap dadah tanpa masalah. Perkahwinan ini tanggungjawab dan komitmen. Dua dua main peranan. Tapi kalau sorang asyik menanggung derita dan airmata melihat pasangan hanyut, apa lagi yang perlu dipertahankan? Kalau betul nak selamatkan rumahtangga, ubah diri sendiri dulu. Lagi-lagi tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini sangat besar. Imam keluarga. Tolong lah. Jangan bagi alasan tiada support etc. Masa ambil dadah dulu pun pilihan sendiri, sampai ketagihan. Duduk bincang dengan isteri dan keluarga cari penyelesaian untuk masaah ketagihan dadah tu. yang hidup dengan penagih je tahu macamana sengsaranya. Penagih ni kalau relapse atau tak dapat barang tu, baran dia lain macam. Psychosis. Dia tak sedar apa dia buat. Cakap memang senang nak salahkan isteri, tapi isteri saja yang banyak menanggung seksa dan derita demi kasih sayang dengan suami yg dia anggap syurga.

Baca lagi