Isteri hilang hormat pada suami

isteri tidur bilik berasingan sudah hampir 2 bulan. hilang hormat pada suami, selalu membantah dan sering keluar. jarang menyediakan makanan. sering tidak balik kerumah dan tidur dirumah kakaknya. puncanya ialah dari si suami hisap dadah. tetapi sepanjang perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami dari segi nafkah batin, nafkah duit untuk isteri, pergaulan dan makan minum keluarganya, mempunyai kerja tetap yg mampu menampung perbelanjaan harian, sekolah dan sbgnya. suami memang salah dari segi undang2 kerana menghisap dadah. Akan tetapi, dari segi perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami. soalan saya, adakah isteri seharusnya berbuat demikian dengan membiarkan suami tidak terurus, tidak hormat suami, sering keluar tanpa makan minum untuk suami, tidak mahu bercakap, tidur berasingan selama hampir 2 bulan dan sering meminta untuk bercerai.

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam, saya memberikan pendapat berdasarkan pengalaman ketika pernah berada bersama sama penagih dadah Dan bekas penagih. saya individu yang handle program pemulihan. Bagi kes ini, hendaklah suami melakukan perubahan diri dengan ikhtiar untuk berhenti. Perlu serah diri di AADK. Saya perhatikan ketika program keluarga datang bagi support. isteri datang. Bagi pendapat saya, asalkan ada ikhtiar untuk berhenti mesti isteri akan perlahan lahan sedar dan akan support suami. Tidak dinafikan kebanyakkan mereka yang terlibat dadah baik Dan bertanggungjawab. Namun usahlah salahkan isteri tidak dapat terima keadaan diri. isteri pasti sedang sedih Dan kecewa. good luck untuk suami. Dan isteri jika suami tidak Ada ikthtiar berubah pejabat agama perlu dikunjungi untuk dapat Kan nasihat.

Baca lagi