Isteri hilang hormat pada suami

isteri tidur bilik berasingan sudah hampir 2 bulan. hilang hormat pada suami, selalu membantah dan sering keluar. jarang menyediakan makanan. sering tidak balik kerumah dan tidur dirumah kakaknya. puncanya ialah dari si suami hisap dadah. tetapi sepanjang perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami dari segi nafkah batin, nafkah duit untuk isteri, pergaulan dan makan minum keluarganya, mempunyai kerja tetap yg mampu menampung perbelanjaan harian, sekolah dan sbgnya. suami memang salah dari segi undang2 kerana menghisap dadah. Akan tetapi, dari segi perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami. soalan saya, adakah isteri seharusnya berbuat demikian dengan membiarkan suami tidak terurus, tidak hormat suami, sering keluar tanpa makan minum untuk suami, tidak mahu bercakap, tidur berasingan selama hampir 2 bulan dan sering meminta untuk bercerai.

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kena dengar dari pihak isteri jugak. Dadah ni boleh buat orang bertindak luar kawalan tanpa sedar. Apa dia dah buat kat isteri yg xdiceritakan dalam post ni mungkin jadi punca isteri jadi macam tu. Berapa lama isteri bersabar, beri nasihat, semua kita xtahu. Sebagai ketua keluarga tunjuk la contoh yang baik. Sebab dadah, isteri boleh tuntut cerai kat mahkamah. Dadah dah memang haram. So faham2 sendiri la. Jangan nampak salah isteri je. Salah sendiri tolak tepi.

Baca lagi