saya penat dah 😢

baby umur 3 bulan 10 hari, sebelum tidur mesti nak menangis macam kena dera. tak kira lah tidur petang ke tidur malam ke mesti nak melalak dulu baru nak tidur. saya punya lah stress sebab hadap benda sama lepas baby lahir sampai lah sekarang. bukan nak merungut tapi tulah saya punya sabar ni ada had jugak. kadang tu terfikir macam menyesal ada baby no 2. kalau tahu perangai macam ni kuat nangis baik sorang je anak. masuk buai nangis, turunkan dari buai nangis, baringkan atas toto nangis, dukung pun nangis. ibu2 bagi saya nasihat macam mana nak sabar hadap anak nangis macam ni. dan baby high demand biasanya sampai umur berapa bulan 😢#askmommies #Needadvice

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sabar ada hadnya pun, kita tetap dgn sabar. 🔹🔶HADIS 40🔶🔹 MENJAUHI AMARAH Daripada Saiyidina Abu Hurairah RA bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi SAW, "Berilah pesanan kepadaku." Baginda bersabda, "Janganlah kamu marah." Sahabat itu mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Baginda tetap bersabda, "Janganlah kamu marah." - Riwayat al-Bukhari - Cara saya didik terus sabar, niat semua perkara liLlahi taala. Lagi 1, jika betul penat, dapatkan bantuan dan bimbingan orang yg mahir. Luahkan kepenatan tu pada orang yg kita percaya dan dia percaya kita. Menjauhi amarah adalah pernyataan dan pesanan yang mudah, namun masih ramai gagal mengawal emosi. Baik ketika berhadapan anak yang tertumpahkan minuman atau di kala memandu di jalan . Jauhilah dari cepat beremosi dan membiarkan sifat amarah. Tenanglah, bersabarlah. #jabatanagamaislamselangor #islamicsaviourobedience #kitaselangor #hadis40

Baca lagi

Stay strong stress , dptkan bantuan suami atau org lain.. baby kakak sulung sy perempuan dan high demands mcm baby sis, akk sy smpi tak pernah kluar rumah sbb stress anak nya asik menangis dan xnak org lain , dia start ok tak silap masa umur dah nak masuk 3tahun dan dh mula pandai ckp , tp skrg umur dh 5tahun budak nya sgt senang dijaga wlupun waktu baby mmg struggle dan stress jaga dia , smua dia boleh buat sndiri , pandai berdikari dan bawa diri .. sabar ya sis semntara nk melepasi fasa2 tu , utk skrg sis perlu dptkan bantuan suami .. sy pun ada baby baru berusian 6bulan lebih nak masuk 7bulan stiap hari tido 1-2pg mmg penat sgt , sy faham penat sis mcm mana kadang sy pun menangis

Baca lagi

itulah anak sy... dulu bf, wajib nurse to sleep tp tk ngempeng.. telinga pun mcm dh immune dgr anak nangis.. sbb hari2 high pitch.. bila besar byk senang dah.. now 3 tahun lg byk senang..tido blh masuk bilik sdri, nk gi tandas blh gi sdri, mandi sdri, jemur baju sdri banyak benda sdri la mama blh tenang2 dh. nangis pun jarang sangat dah tp masih high pitch la🤣 sabar ya.. walau anak tk pandai ckp lg keep on pesan kat anak "nak apa2 bagitahu biar mama faham" seawal mungkin please ajar sign kat anak.. seriously bila faham anak tak la stress kita. skrg nangis tu cara anak komunikasi, sabar la ye..

Baca lagi
6h ago

Be strong ibu.. masa penat TU akan berlalu.. mst Mami ni penat, x cukup rest.. asben pulak jrg nk bantu kot.. xpe.. doa byk2.. lps TU awk n BBY try g berurut... lps urut TU sedap o.. awk try bedung n bukak white noise.. bwk baby klau hirup udara segar.. n salu bwk bby klua rmh.. dlm bilik n rmh kerap suruh suami azankan.. bukak surah Al bakarah dlm rmh.. moga Allah mudahkn segala urusan awk n baby ya.. take care..

same lah. I pun ada rasa nyesal pun ada, bpantang pun jadi kenangan pahit sbb suami jugak. smpai skrng , ada dah umur 8bulan, benda trauma tu akan dtg kt aku tiap Kali aku sedih. sumpah, nyesal Dan laki aku ni pun nak anak lagi, aku suruh dia g kawin lain. aku mmg tak larat nak Jaga sbb boleh sakit mental aku . dia fikir sedap dia je, dia yg duduk relax dlm bilik sorang² , kita yg mak sorang² urus anak. tahu lah ketua keluarga tp for me, tak smestinya biarkan bini buat sorang² .

Baca lagi

Sama lah sy dulu pun, now baby tu dah 2years old, smua nk buat sendiri. Siap susunkan selipar utk mama pakai. What i did was, masa dia tgh high pitch, masa sabar kita dah hujung2, doa sungguh2 supaya Allah gantikan sabar kita ni dgn jadikan dia anak yg soleh, dgr ckp, mudahkan ibu bapa, mudah dijaga. umur 4 bulan smua dah senang, alhamdulillah. Doa byk2

Baca lagi

HD untuk umur 0-3 bulan je. Awak follow FB/IG babylanguage. Apa yang awak alami ni more to masalah tidur baby. Kuasai teknik 5S/cuddle cure, get to know more about baby's sleep, InshaAllah your baby's sleeping journey will be at ease. Chaiyok mommy! Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga ya. You can do this💪

Baca lagi

Cuba selesakan DIA Dulu sebelum tidur, lain Anak lain Cara, tukarkan lampin pakaikan Minyak yg menenangkan bayi, bedungkan DIA, paling simple boleh YouTube bunyi whitenose. tepuk2 DIA, letak ATA's dada bagi DIA dengar bunyi degupan jantung. baby kecik lagi tu sis, malu2 lagi Bru 3 Bulan duduk di Dunia, X biasa lagi tu.

Baca lagi

Sy first born gitulhhh sy prnh biarkn je xtw buat apaa😵‍💫😵‍💫.. sy pnya babyblues + stress smpai hentak kpala gi dinding konkrit, penatt hadap bnda sama dhlh tggl sorg2.. Brgegarr stu rumh. Mna lh rsa sakit klw stress🤣🤣.. sy hrp second bby sy x mcm ni lg , waduhh 😩😩😩😩😂.

Terus kuat..in Sha Allah fasa tu akan berlalu dengan cepat.. Buang jauh² perasaan menyesal melahirkan anak tu.. mungkin anak yang sukar dijaga tu nanti yang akan menjaga & melayan kerenah kita tua nanti... moga diberi kekuatan & kemudahan.

Baca lagi

mungkin ada yg tak kena. pernah tgk dlm YouTube oversea, baby nangis teruk2 mcm tu, ada urat or something tak betul. kesian dia.... pergi chyropractic for baby, baru Tau apa yg tak kena..berenti menagis on the spot.

6h ago

yaa, mcm makcik suami saya. anak first dia selalu menangis tahap mcm kne dera hari hari sampai tahap mintak tolong adik beradik jagakan. sekali ada bidan ni tengok ada urat kat bahu dia tak betul. bila urut alhamdulillah terus elok. budaknya sekarang pon da 17 tahun