Isteri hilang hormat pada suami

isteri tidur bilik berasingan sudah hampir 2 bulan. hilang hormat pada suami, selalu membantah dan sering keluar. jarang menyediakan makanan. sering tidak balik kerumah dan tidur dirumah kakaknya. puncanya ialah dari si suami hisap dadah. tetapi sepanjang perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami dari segi nafkah batin, nafkah duit untuk isteri, pergaulan dan makan minum keluarganya, mempunyai kerja tetap yg mampu menampung perbelanjaan harian, sekolah dan sbgnya. suami memang salah dari segi undang2 kerana menghisap dadah. Akan tetapi, dari segi perkahwinan, dia menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang suami. soalan saya, adakah isteri seharusnya berbuat demikian dengan membiarkan suami tidak terurus, tidak hormat suami, sering keluar tanpa makan minum untuk suami, tidak mahu bercakap, tidur berasingan selama hampir 2 bulan dan sering meminta untuk bercerai.

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sepatutnya, kita sebagai isteri kena bagi sokongan dan kekuatan untuk suami meninggalkan dadah, isteri berdosa kalau buat suami mcm tu, maaf, ni skdr pandangan, makcik saya cakap, jika isteri minta cerai dgn suami, bergegar tiang Arasy, isteri pun kena selalu doakan suami, mana tahu, isteri tu layan suami tu elok2, suami tu terbuka hati nak berubah

Baca lagi
5y ago

Itu pandangan saya shj, jika dah x mampu, elok pergi jabatan agama, untuk penyelesaian,

bayangkan diri anda dlm situasi si isteri tu.. tak sanggup sebab kalau suami dah ketagihan dadah, dia boleh bertindak di luar kawalan. sebab tu kita slalu dgr byk kes isteri/ahli keluarga ditikam suami atau keganasan rmhtangga yg lain gara2 dadah. lebih baik refer ke pakar atau pihak berkuasa seblm terlambat

Baca lagi

Dadah ek? Klu terbalikkn situasi. Si isteri plk yg hisap dadah tp dy laksanakan sme tggjwb dy...boleh terima ke? Dadah ad byk jnis n blom cte lg risau pe akn jd klu duit da hbs sbb dadah. Byk bnd kte bce sl pe yg org sggup buat demi dadah

klu sya jadi isteri pun sya akan buat benda yg sama.sya tak nak bersuamikan seorang penagih dadah walaupun dia tetap jalankan tanggungjawab dia sbgai seorg suami.yg salah tetap salah.perbetulakan diri klu nak rumahtangga bahagia.

Bagi saya laa.. Jgn salahkan isteri jee yg xhormat suami.. Suami yg ambik dadah tu pon leh dikira cm xhormat dgn perkahwinan tu.. Ibarat suami tu sndiri xpikir panjang pikir keluarga atau isteri sblm ambik dadah tu..

Ade jgk kes suami isap dadah tp bini kuar umah cr jantan lain,suami owg plak tu... Cmni xth nk salahkan spe.. Yg pnpuan dh cam xde maruah ikut je jantan tu pi mne...yg laki owg pn sme je... Kes camni suami xleh ke wt report cakap isteri hilang ek?

5y ago

Brtepuk sbelah tangan X bunyikan,dalam kes Tu sema2 SaNgAp n slalunya merekani mncari kepuasan dalam Sexkan.

Salah sendiri xnampak. Pastu berjela nk senaraikan salah isteri. Nampak sgt sayangkan dadah tu dari sayangkan isteri. Jangan tnya la kenapa isteri taknak stay lagi 🤷🏻‍♀️

Klu nak isteri tu berubah kepada positif semula.. suami pun kena berubah. Kena tinggalkan perkara tak baik. Hidup berumah tangga ni sama2 kena memberi, sama2 kena berkorban. jgn mengharapkan sebelah pihak saja.

Kalau saya, saya pun nak minta cerai kalau suami masih xberubah. Xnak bersubahat dngan benda haram. Lgipun malu isteri dan anak2, sakit tau hati dengar org membawang pasal suami hisap dadah. MasyaAllah

Kalau mula2 boleh la kita positif, doakan suami. Tapi tengok brapa lama kita boleh bsabar, kalau saya xnak lah bersama dengan suami & buat hubungan intim. Nnti terkena aids ke apa ke