Hypnobirthing

I just wanna share my experience. Hopefully membantu Lebih-lebih lagi utk mom to be. Ok. Post ni pjg dan mungkin sedikit menggelikan. Bukan mencuit hati ye. Sebelum ni hot cerita ttg doula kan. Mcm2 hal. Ok, ini cerita sis. Bukan homebirth, bukan lotus birth. Tapi...hypnobirthing . Sis lahirkan Sara guna teknik hypnobirthing. Kita sedia maklum dr awal kehamilan sampai nak melahirkan mmg risau tu tak pernah hilang. Selamat ke kita nanti masa melahirkan, anak tu keluar sihat ke tidak & yang paling takut.. kesakitan masa melahirkan. Sebenarnya sis trauma dgn proses kelahiran pertama, Iman. 11 jam dalam bilik bersalin. Dgn takde apa2 pengalaman bersalin. Belum sampai masa dah sibuk meneran. Asyik mengeluh sakit... Sakit... Sudahnya Iman keluar kepala punyalah lonjongπŸ˜… So, bila pregnantkan Sara, sis dah mula buat research. Cewahhhhh.. So terjumpalah hypnobirthing ni. Awalnya doctor suruh sis c-sect sebab : 1. Sara was my 7th pregnancy. I had ectopic & 4 kali keguguran. 2. Komplikasi slps melahirkan. Risiko rahim luka due to 4 kali keguguran. So doctor risau kalau sis lahir normal akan lg 'melanggar' dan melukakan rahim. 3. Sara besarπŸ˜… Expected 3.5kg masa tu Ingat lagi masa tu 4 kali doctor dtg jumpa sis pujuk suruh c-sect tapi sis tetap nak normal. Sebab apa? Takot sakit lepas kena potong! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Doctor hormat keputusan sis utk go for normal. Alhamdulillah. So mcm mana teknik hypnobirthing tu? Senang je...Teknik pernafasan & pukau minda kita. Tu je 😁😁😁 Macam ni, sis selalu buat pemahaman sendiri bg diri sendiri senang faham.. Otak kita ni mmg awesome tau. Dia kecik je. Tp dia punya power tu boleh control 1 bdn kita. So.. 1st sekali kita setkan otak kita ni awal2, bersalin tu tak sakit. Hahahahahha. Menipu kan bersalin tak sakit? So apa yg sis buat.. Setiap kali dtg sakit I means dtg rasa "mengeras" tu, sis tahan nafas utk 10 saat dan lepaskan perlahan-lahan sambil pejam mata. Otak kita kena blank masa tu. Sambil hembus nafas pelan-pelan tu, berckp dgn diri sendiri, "tak sakit... Tak sakit..." Kenapa kena cakap tak sakit? Sebab.. Bila kita cakap sakit, otak kita terima isyarat badan kita tgh sakit. So otak kita ni akan hantar askar2 dia utk lawan sakit tu. Sebab tu... Kita jadi laaaaaaagi sakit. So, bila kita cakap tak sakit, otak kita suruh askar2 dia relax.. Jgn serang. So badan kita jadi lagi relax, tenang. Dan.. Bila kita tahan nafas tu sebenarnya bukaan kita akan bukak perlahan-lahan untuk bg laluan pd baby untuk keluar. So apa resultnya? Sis mula buat teknik pernafasan pd mlm sebelum kelahiran. Bila pg tu doctor check, jalan dah bukak 4cm. Masuk bilik bersalin pukul 10.30 pagi. Still teruskan teknik pernafasan dan pukau otak. Selawat dan doa jgn putus. Mcm biasa, pitocin tetap on tapiiiii sis langsung tak rasa sakit sampai rasa nak tidur sebab masa tu fikir, "lambat lagi ni nak bersalin". Masa tu nak tidur jugak tapi terpikir, "eh ni kalau aku tidur mesti doctor ingat aku tak sakit, nanti kang dia tmbh lg dos pitocin tu" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tak lama lepas on pitocin, nurse masuk cucuk ubat tahan sakit kat punggung. Tetiba pukul 12tgh dtg gesaan mcm nak terberak, perut memulas. Dalam hati, "ah sudah.. Pitocin ni mmg bacin la. Kan dah sakit perut ni" So sis asyiklah betulkan posisi baring sbb nak bg selesa. Tp rasa tu makin lama makin kuat. Kebetulan nurse pun masuk.. Sis ckp, "nurse, sy dah mula rasa sakit kuat ni" Nurse tu ckp apa tau.. "eh, takkanlah awak nak bersalin, baru masuk je kan. Jalan pun baru 4cm." Tp lps tu dia selak jugak kain... Jeng Jeng Jeng... Tetiba dia menjerit ko.. " full... Full!" Maka berlarilah seorang bidan ni. Nama dia Faridah. Sis ingat lagi. Dgn bertemankan 2 nurse ni bermulalah sessi meneranπŸ˜–πŸ˜–πŸ˜– Alhamdulillah, tepat jam 12.30tgh lahirlah Sara Khadeeja seberat 3.8kg. Alhamdulillah teknik hypnobirthing + doa2 + selawat sgt2 membantu kelahiran kali ni. Dgn selambanya doctor berkata-kata .. "saya rasa lepas ni anak ke-3 awak mungkin 4kg keatas since anak2 awak ni makin lama makin bsr & awak boleh bersalin normal sebab 3.8kg ni awak boleh teran" πŸ™„πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚ Cuma kat sini sis nak pesan, apa2 nasihat Doctor tu ikot je. Ada sebab knp dia pesan mcm2. Tapi sis mmg menyesal tak sudah sbb ingkar nasihat doctor suruh bersalin c-sect. Sudahnya dalam pantang sis ada masalah utk control kencing.. Mmg terus mengalir mcm tu je bila dah terasa nak kencing & sis mcm org lumpuh separuh bdn. Dari paras pinggang kebwh tak rasa apa. Tu la degil kan... Sekian.
2 Replies
VIP Member
Thanks for sharing!
Tq atas kongsi pengalaman..nak tanya dear lah..kalau ade masalah darah tggi possible bsalin normal x dear.sbb ramai yg ckp sy akn cser.kalau boleh nak normal..
Dh 26week.dh consult n dpt date deliver baby on 38week.just mulut ni xtanya pulak bsalin cm mana..