Mengharap keajaiban
Hari ni saya rasa down sangat2.. rasa sedih taktau nk cakap macam mana.. kawan2 yang kawin sama2, yang kawin lewat semua dah pregnant. Hari ni kawan sekerja bgtau dah pregnant, baru 2 bulan berkahwin . Sebak taktau nak cakap😣 Sya dah kawin 7 bulan.. masih menanti zuriat. Suami sangat memahami, tapi tak dapat nk hilangkan rasa sedih ni..
Sis, jgn bersedih.. sy faham perasaan sis. Utk pengetahuan sy dh berkahwin hampir 14thn - berkahwin pd 01/2008. Tiada sejarah kehamilan @ keguguran sepjg tempoh itu. 5thn pertama perkahwinan - asyik sedih je (muda lg ms tu) - ms tu badan pun molek2 chubby - pastu adik & adik2 kembar sy kawin trs depa bunting pelamin (sy siap2 doa agar mereka sts dilindungi & selamat bersalin wpun dlm ms yg sama hati sebak). Dlm ms yg sama sy buat iui sebyk 3x ttp gagal disbbkan telur sy x mencapai saiz yg diperlukan utk proses berkenaan. Sy juga tlh menjalani minor surgery utk buang cyst & polip pd serviks (hari yg sama) & sy adalah pcos tegar. Semua berlaku pd awal 5 thn pertama🥺. Ms tu Dr bgtau jgn stress - sy ni jenis stress org x nampak sbb sy jenis ceria memanjang cm bile buat rawatan, Dr bgtau x berjaya - airmata kita bergenang2 menahan tangisan.. Dr tahu la kita stress & frust.. husband & famili byk bg sokongan moral & mental. Ms ni sambung Master sambil bekerja - ni salah satu terapi utk sy. Msk 5 thn ke 2 (thn ke 6-10), hbs master buat phd pulak. Ms ni stress 🤣 tp sedikit sebyk hilang rs sebak & sedih inginkan cahayamata. Badan ms tu mmg capai la berat 80kg++. X sedar diri🤣. Thn 01/2016, husband ajak sy & mak mertua menunaikan umrah. Ms di sana, kami doa sama2. Thn 2017, naik pangkat - kene dok cawangan - ms tu stress sbb jaga perangai staf2🤣. 2019, naik pangkat lg jaga lg ramai staf😂. Hati dh start redha klu blm dpt cahayamata. 2/2021 - sy dpt tawaran drpd HQ utk dok di sana. Sy kata yes sbb ms mcm dh stress keje di caw. Ms tu jugak sy start buat Ketone Diet - 100% cut Sugar & Carbo. Ms start diet berat 84.5kg😝. Sy aim utk diet sbb utk tfr gi HQ amik ms 3-4 bln sbb caw perlukan pengganti sy. Diet2 smp sy pergi ke HQ pd 5/2021. LMP sy pd ketika itu pd 8/5/2021. Period sy since diet mmg teratur setiap 32hari - so bile msk June period x dtg, hati jd x sedap (aikk x kan hormon kacau bilau blk😝). Pd 10/6/2021, sy check pakai clearblue digital - stated Pregnant (1-2). Alhamdulillah. Ms tu berat sy 63.85kg💪. Mmg terkejut. Sujud syukur. Sekrg kandungan br 8w2d (spttnya 9w2d) tp Dr bgtau ovalution lambat jd lewat seminggu. Ini merupakan cabaran baru buat kami berdua memandangkan sy dh berusia 42thn & suami 40thn 💪💪💪. Jgn berputus asa, sis👌
Baca lagisemoga syahida jamil dikurniakan rezeki anak keturunan yg sihat2, soleh solehah, cerdas cerdik, cukup sifatnya. awak, jangan bersedih ya. teruskan berusaha, teruskan berdoa. jangan putus asa. jaga kesihatan, jaga makan. Allah beri kita anak pada masa yg sangat tepat dan terbaik buat kita. kawan2 awak yg ada anak/mengandung mungkin ada ujian lain buat mereka. utk awak, ujian awak begini pula. jadi, teruskan berusaha dan berdoa. doakan saya juga, sy pun dah setahun berkahwin, masih mengharapkan zuriat. tengok2 kawan2 yg kawin lambat dri sy dah mengandung, yg bunting pelamin kdg2 sedih juga, tp cuba pujuk hati sendiri.
Baca lagiAllah maha baik puan. Bila down ingat Allah maha baik dan Allah tak beri ada hikmah, bila diberi pun ada hikmah. Saya menanti 7 tahun. Tanpa pernah sekali pun dapat upt positif. Saat kami redha dan tak fikir lagi kenapa dan kenapa setelah berusaha dan yakin mesti ada hikmah Allah bagi kurnia tanpa disangka. Dan sekarang saya mengerti dan menyebut ; patutlah Allah tak bagi kurnia 7 tahun lepas sebah yang kita akan nampak sendiri hikmahnya. Allah maha baik, Dia tahu kita belum mampu atau bersedia. Moga sampai masa yang terbaik buat puan dan suami. Hargai puas puas masa berdua ni puan. Nanti rindu tau.
Baca lagiAllah swt maha perancang and takdir Allah swt sangat sempurna 😊 saya kahwin setahun baru dpt anak. Setahun tu kami suami isteri honeymoon je. Sebab once dah ada anak, tkde da bdua2 ngan suami manja2 gi dating. Baru nak manja sikit anak dah nangis 😂 Masa tkde anak ni laa nak kenal suami kita, suami pula dpt full attention kita. Nnt da ada anak, kita sibuk ngan anak je tauuu (suami sendiri ngadu ni 😋). Perkahwinan ni satu keindahan hidup. Tk perlu rushing2. Allah swt maha mengetahui 😍
Baca lagiSy 8thn kawin.. Adik ngan kakak sy baru kawin thn lps.. Adik bersalin bln6 baru2 ni.. Kakak sy bln8 ni tgh menunggu hari.. Allah Maha Kaya.. Tup2 sy pulak terjoin diorg.. InshaAllah due sy bulan10.. Sy lg teruk.. 8thn disihir.. Byk kali mengandung tp mcm2 jd sblm ni.. Tp kuasa Allah.. Ummi sy walaupun happy adik ngan kakak sy pregnant.. Tp dia tetap sedih sy yg 8thn belum ada zuriat.. Tambah lg disihir.. InshaAllah ramai org yg mendoakan kita.. Yakin dgn Allah.. Allah sebaik2 perancang..
Baca lagiJin ni menghalang perasaan kita dan diri kita nak berubat.. So kena kuat utk melawan.. Berserah dgn Allah.. Dekatkan diri dgn Allah..
inshaaAllah sis, rezeki takkan pernah salah alamat. rezeki anak akan tiba tepat pada waktunya untuk sis dan suami, saya pun mengandung lepas dah 9 bulan nikah tapi gugur then 4 bulan kemudian baru pregnant balik. inshaaAllah, sentiasa bersangka baik ya sis. stress pun tak elok juga ketika ttc ni, saya doakan Allah kurniakan zuriat buat sis dan suami secepatnya!
Baca lagisy setahun kawin baru lekat sis..sabar je..rezeki akan dtg pada masa yg tepat..Allah dah aturkan smua nye..sabar je
jangan pernah ragu dengan percaturan Allah. be happy for your friends, & jangan stress untuk diri sendiri.
Sabar sis.. sy pun 4 tahun tunggu nk dpt yg pertama. i feel u sis.. usaha lebih tau jgn putus asa ❤️
stiap rzki bbeza sis..x pe ade nti tu rzki..insyallah..smge dpmdhkan ye