Syafinaz profile icon
PlatinumPlatinum

Syafinaz, Malaysia

Contributor

About Syafinaz

Got a bun in the oven

Posts(15)
Replies(178)
Articles(0)

Pengalaman bersalin. Semoga bermanfaat 😊

Sy beranak 39 minggu 4 hari. Sebelum tarikh ni seminggu asyik exercise squat naik turun tangga, duduk cangkung semuaa tak menjadi. Yang turunkan tanda bersalin is petang sy jalan jarak jauh sekitar kawasan rumah. Malam tu terus sakit n turun tandaa which is keluar keputihan warna coklat. Sejak malam tu, sy alami contraction jarak 8 minit sampai lahh keesokkan harinyaa contraction 7 minit mak suruh pergi hospital. Sy pun pergi ke hospital shah alam malam tu, doktor check bukaan hanya 1 cm. Jadi kena balik rumah. Dah balik tu sepanjang malam tak tidur sebab tahan sakit contraction n nk timing contraction sebab dah jarak 6 minit. Subuh jarak 5 minit n pukul 9 jarak 4 minit jd minta suami utk hantar ke hospital balik. Masa tunggu utk daftar, minta suami utk bagi beg sbb dlm tu ada makanan. Sy tk makan sejak semalam. Masa suami nk bg kt nurse, nurse marah cakap beg ni besar takkan nk suruh bini galas (please bawa snack n letak lam beg plastik or beg kecik. Sgt penting utk tenaga meneran) Jd tk makan lahhh sy. Tk tpikir pun utk bg makanan je sbb tgh tahan sakit contraction. Semasa check jantung baby, nurse tk dpt detect jantung baby jd dia pi tekan2 bawah perut sy ni pd masa yg sama sy tgh sakit contraction. Then, sy rasa mcm nk terberak. Contraction pun sy rasa setiap 2 minit. Masa ni contraction mmg sakit teramat n darah berlimpah. Dah naik kt waiting room tu, (hospital wad penuh) boleh pulakk nurse sorang ni pi tanya soalan2 yg dia boleh dptkan kt buku pink. Mcm buku pink tu tkde function. Lgpun sy dh dtg semalam n dh kena interview ngan doktor. Takkan takde record. Tgh tahan sakit ni boleh pulak dia marah2 sbb tk jawab soalan dia. Lepas dia dh tgk sy mmg sakit tahan sakit betul2 (baru nk percaya kita tgh sakit), dia suruh baring utk check bukaan. Sy baring, tiba2 contraction datang rasa nk teran. Nurse td tktahu pi mana. Sy pun jerit heloo heloo nasib baik ada patient nmpk n tlg panggilkan nurse. Nurse tu check bacaan, dah 4 cm. Nurse yg soal sy td pula dtg n check lg, dia kata 5 cm. Masa ni dh rasa setiap 30 saat contraction. Then, doktor masuk utk check bukaan. Masa dia check, dia pi jerit “FULLY EFFACED! FULLY EFFACED. LABOR ROOM URGENT!!!”. Maksudnyaa dah 10 cm kut agaknyaa sbb mmg rasa nk teran masa ni. Sy pun ditolak ke labor room tp stop jap kt tgh2 waiting room tu sbb labor room PENUH. Terpaksa laa tutup muka tahan sakit. Semua patient kt situ tgh tgk tknk laa tunjuk sakit sgt nnt dorang takut pula kan. Lepas dh masuk labor room, sy rasa nk teran, sy tanyaa nurse, boleh tk teran, dia marah “takboleh! Tunggu kejap”. Sy pun tahan drpd teran. Ya allah sakit diaa tktahu nk ckp mcmana so sy pun menjerit. Ttbe kena marah ngan nurse tu (mungkin nurse yg incharge labor room tu) n dia warning jangan jerit. Sy pun minta lah maaf tgh2 sakit ni. Then bila da dpt permission utk teran, sy teran. TAPI DISEBABKAN TKDE TENAGA SEBAB TAK MAKAN (please korang, makan.. nnt dah nk beranak tk tpikir dh utk makan) sy tk larat nk teran lama2. Nurse tu pulak pi gunting bawah ni dua kali (sabor je lahh. Jahitan tu tbukak masa pantang sbb panjangnyaa sampai ke bontot). Nasib baik ada 2 lagi nurse tolong push perut sy kebawah buat sy rasa nak teran lagi. Tp tu lahh. Tenaga tkde 😢 . Lepas baby dh keluar, lega rasaa.. #1stimemom Alhamdulillah Allah permudahkan sy beranak. Cepat n selamat 😊. Pukul 10 sampai hospital, pukul 12.25 selamat lahir. Jadi korang, tolong sgt2 makan duluu sebelum ke hospital. Atau bawa snack yg boleh bg energy dlm beg plastik. Lepastu, if berduit, beranak kt hospital swasta or semi gov. Sbb lepas beranak, mmg kita sorang2. Sy lepas beranak mmg blur tktahu nk buat apa. Sy beranak pukul 12.25, pukul 4 petang baru makan roti. Dh laa kena duk kt koridor sbb tkde bilik. Malam kul 9 baru dpt makanan n bilik. Bila teringat balik, mmg rasa diri ni tk guna sbb tk dpt jaga baby dgn sempurna hari pertama dia kt dunia. Mungkin sbb sy mmg completely tkde tenaga dgn darah nifas bnyk mengalir keluar. Jd lemah n tktahu nk pikir apaa. 😭 After stay satu malam, esoknyaa dh boleh discharge keluar. OHH n satu lg tips: minta nurse painkiller. Penting supaya tk rasa sakit bawah tuu sebab jahitan. Malam tu tido lena. Sy lepas makan painkiller baru berani bangun katil n pi tukar pad, salin baby n baru makan roti. Malam tu n esok hari pun sy minta lg painkiller. Rating hospital shah alam: 4/10. Sebab fasility baru n bersih. Nurse mmg 0/1000000 😑 #bantusharing

Read more
 profile icon
Write a reply