Luahan Seorang Ibu

Hai.. saya rasa saya tk suka ada anak, sebab suami kurang bagi perhatian dekat saya sejak ada anak. Saya fully housewife, bila kena pendam segala yg ada. Saya jadi burnout, kadang2 saya marah tengking anak2 saya dan pukul. Saya takdak masa nk rehat, takdak masa tuk diri sendiri. Suami kerja pon duit cukup makan dengan anak2, pastu dekat keluarga sendiri pon saya tk boleh nak luah. Ni apa yang saya rasa, saya bukan ibu yang baik. Makan minum anak saya jaga elok, cuma saya penat urus anak2. Bila anak tantrum saya jadi geram, kenapa Allah uji anak macam tu sedangkan mental saya sendiri pon tk okay. Saya rasa macam nak pergi jauh ja bawa diri, kalau saya tahu hidup saya macam ni.. saya takkan kawen dan ada anak. Saya tk bebas, suami pon tk pernah bawa bercuti. Bila ada je duit lebih, kereta rosak lah, tk sihat lah. Saya tk rasa ralat pon kalau one day anak2 benci saya. Sebab bila ada anak lah saya jadi macam ni hmmm

43 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Maaf sis kalau pendapat saya tak menyenangkan hati sis ke apa. Tapi ini pendapat saya, mungkin pendapat kita tak sama, sebab saya takda di situasi sis, cuma mana yg sis rasa boleh renung, renungkan lah.. Pokok pangkal nya kat sini saya rasa ialah bersyukur. Bersyukur dikurniakan seorang suami, walaupun tidak memahami tapi tidaklah panas baran, tidak lah memukul. Saya faham seorang isteri sgt perlukan perhatian drpd seorang suami, kita penat seharian dirumah, kita tak rehat, kita buat semuanya, kita jaga anak sepenuhnya, semuanya kita, malam pun belum tentu boleh rehat. Saya faham. Sakit belakang sakit pinggang jangan cakap lah.. mmg itu lah yg hadap hari². Malas ke penat ke tetap ke dapur tuk masak, tetap kena angkat anak tuk mandikan. Tapi bila luah pada suami, suami tak faham tak ambil endah. Saya cakap dengan sis, betapa ramainya wanita² yang senasib dengan sis, bukan sis sorg shj yg suaminya tak mendengar luahan hati. Apa yg sis boleh buat ialah cuma bersabar, bersabar ni sebenarnya bukan ada batas, tapi sabar ni sampai mati. Kecuali lah pada sesuatu yg memudharatkan kita. Kalau betul tak sehaluan dengan suami, bawak lah berbincang baik². Sis juga kena bersyukur dikurniakan anak. Walaupun anak selalu tantrum, walaupun anak selalu buat hal. Hidup kita ni singkat sebenarnya, cuma kita yang tak sedar. Paling penting, jangan mendoakan yang tidak baik pd anak, hatta dgn lisan sekalipun, cthnya cakap 'kenapa nakal sangat ni? kenapa degil sangat ni?' Sebenarnya tu semua satu doa yang terkeluar dr mulut ibu yang bila² boleh dikabulkan. Awak cakap awak tak ralat kalau anak² benci awak suatu hari nanti? Awak tahu ke masa depan awak macam mana sis. Awak nak ke waktu awak betul² memerlukan anak awak, anak awak benci pada awak. Skrg awak berkata begitu sbb anak perlukan awak, suatu hari bila mereka tak perlukan awak lg, mungkin awak yg perlukan mereka. Dgn siapa lagi kita nak mengadu kasih, nak berkongsi rasa kalau bukan dengan anak² nanti, ibubapa kita tak selamanya akan ada dengan kita, begitu juga adik beradik kita. Kita mmg tak mampu ubah orang sis, memang tak kan mampu utk semua org ikut cara kita TAPI kitq boleh ubah cara kita fikir, boleh ubah pada sudut pandang yg lebih baik. cth kalau anak tantrum, oh mungkin tuhan nak ajar aku untuk jadi lebih sabar jadi lebih baik. Ingat, seorang wanita yg dah berkeluarga, keluarga tu sendiri ladang pahala. Jangan rosakkan ladang kita tempat kita menuai pahala. Sentiasa bersangka baik pada Allah, krn apa yg awak sangka itulah Tuhan berikan pada awak. Kalau awak baik sangka, itu lah yg awak dapat. Sentiasa pandang semua bnde dr sudut positif, dannn tak salah utk menangis sekali sekala sbb kita cuma manusia.. (nasihat utk diri saya sendiri juga semua ni)

Baca lagi
8mo ago

betul ii kata sis, kita pandang dari sudut positive 🥰

Assalamualaikum sis. sedih sy dgr kisah sis.. diuji dgn husband yg tidak memahami.. dan fasa anak2 tantrum serta jauh dari keluarga.. burn out.. stress.. dan kemungkinan sis ada depression atau gangguan psikologi. sehingga bertindak mencederakan anak2... awak kena tahu, awak sbnrnya mungkin memerlukan bantuan pakar.. awak x perlu pergi jauh pun, boleh pergi klinik kesihatan sahaja. tak perlu cerita pada nurse. boleh cerita pada doktor terus. cakap nk rujuk masalah psikologi. cerita pada dia semua.. nanti kalau perlu, dia akan bg ubat utk tenangkan diri. awak tak perlu rasa malu, sakit psikologi ni mmg penyakit. mcm kencing manis juga. perlukan ubat. kalau tak, tak mustahil akan jadi lebih teruk. bila ambil ubat, emosi kita akan jadi lebih terkawal, kita lebih tenang, dan mampu proses dan berfikir dgn lebih baik.. inshaAllah. cara mcm mana nk pergi ke klinik, itu awak kena ikhtiar sendiri.. grab ada, bawa anak2 sekali kalau xda org jaga. awak kena rawat diri sendiri.. diri kita, amanah Allah pada kita.. kita berhak merasa bahagia.. bahagia yg bagaimana? dengan ketenangan dalam jiwa.. bukan 24 jam kita kena tenang, kita ni manusia.. cuma xdalah sampai mencederakan diri sendiri atau org lain .. benda utama awak kena tahu, kita takkan boleh mengubah manusia. hanya Allah yg mampu kerana Dia yg memiliki hati mereka. jadi xyah susah2 ubah suami, doa saja. diberikan jalan keluar yg terbaik.. dan jadikan pasangan suami isteri yg soleh dan solehah dan saling mencukupi utk satu sama lain.. Allah pasti akan kabulkan doa sis..(sbb dalam kes suami sis bukan jenis boleh bawa bincang). jadi dalam masa yg sama, bila sis dah rawat diri sendiri, perbaiki diri, ubah cara fikir, cantikkan diri, buat mcm kawan2 bg tahu kat dalam komen2 ni, buat perkara yg disukai (utk distract diri dari anak2), inshaAllah aura positive akan dtg.. suami nmpk kita syg diri, kita penuh dgn kasih syg, inshaAllah pelan2 suami akan berubah.. bila? hanya Allah yg tahu.. mungkin sis x berpeluang pun nk lihat suami sis berubah.. tp Allah tidak tidak tidur dan melihat semua pengorbanan sis.. sy tahu semua ni bukan mudah.. hanya sis yg tahu betapa pedih dan lukanya hati, bila org yg paling kita syg, tak pedulikan kita.. tp kita boleh pujuk diri sendiri. kita mampu bangun tanpa dia.. kita boleh bahagiakan diri sendiri tanpa dia.. dalam masa yg sama, kita cuba maafkan dia.. kerana kalau betul2 syg suami, perlu alasan ke utk maafkan dia? (incase ada penderaan/kaki judi/mabuk lain cerita) melainkan sis dah xada rasa syg pada suami, mungkin perlu ke mahkamah pula utk sesi kaunseling.. smga Allah memberikan jalan keluar yg terbaik utk sis.. moga Allah angkat beban yg ada dalam jiwa dan kepala sis.. moga Allah beri ketenangan dalam hati sis dan suami..

Baca lagi

Hi sis , saya pn mengalami hal yg sama .. Tapi ank saya ada dua org . yg sulung 3 tahun , yg bongsu 9 bln . Ank saya yg sulung mmg tngh fasa yg tantrum jugak .. Saya pn fully housewife mcm awk jugak & anak2 mmg saya yg jaga sendiri tanpa bantuan kalau suami keluar bekerja .. Suami pn kerja biasa2 ja . Kdg2 tu mmg burn out sngt2 & letih ditmbh lagi dengan kita yg takda masa utk urus diri sendiri & jrg keluar rumah . Saya fhm perasaan & keadaan awk . Mak mana yg tak sygkan anak kan ? Mgkin awk boleh cuba tips yg saya bagi ni , mana tahu dpt membantu . 1 . Urus diri Kalau boleh awk kena bngn awal pagi sblm anak2 bngn , utk uruskan diri sendiri dulu , mcm mandi & breakfast , at least kita dpt me time skjp sblm urus anak .. kalau bdn dah segar & perut pn dh kenyang , kita pn dpt kawal emosi masa tngh jaga anak2 . 2 . Kerja rumah Kalau awk rasa letih & burn out , jgn paksakan diri utk buat kerja rmh , biarkan je dulu , buat2 tak nampak je kalau bersepah . Tunggu malam anak dh tidur baru sis kemas bersih2 , cuci baju , cuci pinggan & lain2 . So esok pagi sis takyah letih2 dah nk kemas rmh , fokus utk masak & jaga anak je . 3 . Cari hobi or buat benda yg menyenangkan hati Saya jarang keluar rmh , jadi saya buat benda yg dpt menyenangkan hati walaupun sekejap . 😅 Cth , mcm tngok drama ke , dgr lagu ke , scroll fb or tiktok . Saya buat masa anak saya tngh tidur siang . Kalau letih , anak tidur , saya pn tidur . Tp most of the time mmg tngok drama . 4. Kerjasama dgn suami Masa suami ada kat rumah mnta tlg suami jagakan anak sementara kita buat kerja lain . Bila suami dh biasa bantu , kita tak rasa terbeban sngt . 5. Jalan- jalan Kalau saya rasa burn out sngt sehari2 tu , saya mmg ajak suami saya pergi jalan2 keluar walaupun tak beli apa2 , skdr utk menenangkan pikiran . Bila dh ok baru balik rumah . Ataupun awk boleh cuba bawa anak jalan2 dkt kwsn luar rmh setiap ptg , anak pn dpt explore benda2 baru . 6 . Kawal emosi Elakkan diri dari anak kalau anak dh start tantrum , pergi tenangkan diri dulu, mengucap byk2 & ingt Allah , baru pujuk anak .. Kalau ada masa , awk boleh search atau belajar cara2 handle ank yg tantrum , spy memudahkan kerja awak & emosi awak pn terjaga .. Smg apa yg saya bagi ni sedikit sbyk dpt membantu awk .. Saya doakan awak dipermudahkan urusan & dpt jadi ibu yg penyabar & terbaik utk anak awak .. Sblm buat apa2 , kena fikir betul2 & ingt Allah .. Gembirakan hati kita dulu , baru kita dpt menjaga anak dgn hati yg senang .. 💜

Baca lagi

Anak itu amanah dan tanggungjawab. Mmg jaga anak tu penat. Dan berckp pasal ujian, bukan sis seorg saja gg diuji, sbg seorang hamba Allah yg disayangi, kita semua diuji. Sy pun diuji dgn financial tight dan menguruskan 2 org anak kecil. Masalah kewangan ni agak berat bg sy sbb semua benda hampir memerlukan duit. Anak sy speech delay kami xdpt hantar rawatan. Mesin basuh rosak xdpt baiki kne basuh tangan. Dan mcm2 lg so extra penat,extra burnout. Tapi ni tips dari saya lah cmana sy handle emosi: 1. Ingat Allah Bersyukur, bersabar, redha, dan merasakan diri diberi byk pahala dan diangkat darjat. Mmg Allah tahu jaga anak tu penat sbb tu byk pahala ibu2 menguruskan rumahtangga. Dan racun bg rumahtangga bermula dgn si ibu. Syaitan tahu si ibu mudah beremosi dan penat jd syaitan akan rosakkan ibu nya dulu supaya seluruh keluarganya rosak. 2. Minta bantuan Jgn segan utk minta bantuan siapa2, suami ke, parent ke, jiran ke, kawan ke.. 3. Uruskan diri dulu Most of the time, sy Selitkan masa uruskan diri dulu sblm anak2. Cth, lapar, sy mkn dlu awal2 baru suap anak. Sy mandi dlu baru mandikan anak. Bila anak2 semua tidur sy turut rehat kalau penat. Kalau bertenaga sy sambung buat kerja rumah. 4. Buat jadual Sy ada time boxing sy sendiri. Dari awal pagi sampai malam sy stick dgn rutin sy jam berapa masak, basuh baju, jemur kain, mandikan anak, bg kucing dan ikan mkn bla2... bila kita dh biasa dgn jadual kita x kelam kabut dan kurang stress. 5. Music! 🎵 Sy suka pakai headphone, on bluetooth dari hp dgr lagu2 sambil memasak, melipat kain, sapu sampah. Just enjoy. Even sambil menyusu anak pun sy bersandar relax sambil mendgr lagu atau scrolling media social. 6. Jgn paksa diri Kalau penat, stop dan rehat. Kalau mainan anak bersepah, sy tak kemas pun seharian sampailah dia masuk tidur baru kemas. Sehari sekali je kemas sbb anak sy ni pantang nmpk kemas dia sepahkan blk. 7. Mengelak bila rasa nak marah Kalau anak start tantrum dan emosi ibu tidak baik, elok cuba mengelak. Anak melalak je awk lari masuk bilik dan baring buat dunno sampailah emosi awk dh stabil pegi pujuk dia. Kalau x boleh pujuk, sekurang2 ignore lebih baik dari marah anak

Baca lagi
8mo ago

terbaik sis. sgt berguna

astaghfirullahalazim.. sedih sy baca... maafkan sy sekiranya apa yg sy nasihat menguris hati awk.... sy faham apa awk rasa... tapi sepatutnya awk rasa bersyukur sebab Allah beri awk zuriat.. zuriat ni la yg akan ubat rasa sunyi awk di kala suami kurang beri perhatian kepada awk... Anak ni la yg wat hidup awk ceria di kala awk rasa sedih di layan sebegini... sy jarang nk berkongsi cerita dgn spe².. tp disbbkan posting awk sy nk sgt share kisah sy dgn awk.... sy pnh lalui apa awk rasa.... cuma situasi yg awk alami xsama dgn sy.... sy dlu ada seorg anak perempuan berusia 5 tahun... sy slalu didik dia jd seorg yg berdikari... alhamdulillah dia seorg yg pandai... bersyukur ada anak mcm dia... tp sy masa tu x rasa bersyukur... sy slalu mrh dia bila dia wat slh skit... sy nk dia jd seorg yg perfect... apa yg sy fkir bila dia bsr nnt dia akan fhm kenapa sy layan dia mcm tu... bia la masa dia kecik dia rasa sy xsyg dia.... sekali 03082021 Allah ambil dia dr sy awk... terasa dunia ni gelap.... betapa sedihnya sy... selama ni sy sisihkan dia... sy tegas ngan dia... Sekali Allah ambil dia dr sy... sunyi awk hidup... sy da xdpt tgk dia mengelat... xdpt dgr suara dia lg.... semua bnda da xdpt... apa yg sy hrp bsr nnt dia akan fhm sy.. semua musnah awk.... sy rasa diri sy ni pendosa.. walaupun niat sy ni baik.... Masa dia ada sy rasa dia tu slalu wat sy berangin... ske mengelat... skrg semua xde.... Sy nasihatkan awk.... jaga la amanah Allah ni dgn baik... setiap apa yg jd dlm hidup awk pasti ada hikmah.... mungkin bkn skrg tp akan dtg.. anak yg awk slalu mrh.. benci tu... mana tahu bsr nnt dia la yg akan jaga awk di saat semua buang awk... ingat setiap kata² seorg ibu tu adalah doa.. jgn slalu ckp mcm tu... setiasa berdoa kat Allah semoga anak2 mnjd anak yg baik.. jgn jd mcm sy.. menyesal da xguna... selalu cakap sorg² seperti anak sy masih hidup lg.... Allah uji awk sbb awk kuat.. ingat tu....

Baca lagi
7mo ago

ya... dlu sy mcm awk la... syg anak... tp dlm masa yg sama tegas xbertempat... tp sejak kehilangan anak... sy da trauma.... asyik terbayang wajah arwah anak sy... rasa sedih sgt... nk putar masa dah xboleh... sy hanya mampu berkongsi cerita sy kepada org lain supaya jgn jd mcm sy.... nyesal da xguna...ngis hari2 pun da guna.... mmg penat untuk jaga anak yg agak agresif.. tp kena yakin anak tu InsyaAllah akan jd anak yg baik.... semoga kite semua dpt jd ibu yg baik utk anak2 kite ♥️

Hai puan.. Saya rasa awk ni burnout sgt ni, mental tgh x terkawal.. Cuba cari masa sikit utk diri awk sendiri...sekali sekala serah anak2 pd suami jaga, awk keluar sekejap pergi window shopping ke, keluar jalan-jalan kat taman ke, pergi jogging ke, asalkan awk xde dengan anak2...bila awk keluar, awk akan ada masa utk diri awk sendiri & dlm masa sama awk boleh meneliti balik diri kita sbg ibu, kita nk jd ibu yg mcm mana, sy pernah je jd mcm sis, emosi x terkawal, serabut sangat2, nak marah xde tempat nak luah, nak mengamuk xde tempat nk luah jgk, yg boleh hanya pendam.. Sbb awl2 kawen & terus lekat.. Rasa mcm kebebasan direntap, dr dulu yg single dpt buat itu ini kan.. Bila da berkawen & dpt anak awl, ya allah nak adapt tu ambil masa, tambah pulak nk serasi dgn suami lagi.. Bukan senang..mmg la kita bercinta dgn suami, tapi perangai sebelum & selepas duduk sebumbung agak x sama.. Tambah pulak suami yg jenis x pandai guna tangan utk bantu isteri, mmg ambil masa... Kita penat dk rumah jaga anak, nk bercakap pun dgn dinding, dgn baju, nk berckp dgn anak pun kita rasa mcm x terluah sbb kecik lg kan.. Sbb tu kita rasa penat mental & fizikal bila jd housewife ni... Kalau dulu, sy org yg cepat sgt marah, cepat mengamuk...sikit2 marah ank, sbb emosi kita dgn suami x stabil. Nak x nak, awk kena berkomunikasi dgn suami, nak x nak kena minta bantuan suami, buat sampai dia faham walaupun ambik masa yg lama utk dia faham. Kalau rumah bersepah ke apa, awk penat asyik duk ulang nk mengemas ke apa, awk x perlu buat, jgn paksa diri.. Pejam kan mata sekejap rumah beesepah, rumah bersepah tu biasa pd org yg ada anak.. Jgn awk terlalu nk fikirkan kesempurnaan rumah.. Sayang diri awk dulu, kalau awk x syg diri awk, mcm mana awk nk syg ank awk kan.

Baca lagi

Dekatkan diri dgn Allah... Solat jgn tinggal... Banyakkan baca al-Quran... InsyaAllah hati tenang.. Saya pun pernah depression...smpai x larat la follow up...sy stop sndiri je jumpa doc sbb xdak solution mana pun sbb ada certain perkara sy x cerita habis kat doc... Doc pun tau sy x cerita smua tp kalau doc tekan nk tau jgk lg buat sy jd stress... Saya cuma ikut nasihat yg positif...dekatkan dri dgn Allah... Jaga waktu solat.. Banyakkan istighfar... Banyakkn baca al-quran.. Stiap kali habis solat tu doa la smpai merambu air mata tu pohon kat Allah...mengadu smua kat Dia sbb hanya dgn izin Dia saja hati sis boleh tenang... Dgn izin Yang Maha Esa saja hidup sis blh rasa bahagia... Allah tgh uji sis skrg ni.. Allah sayangkan sis... Sbb tu Dia uji sis...Dia nk sis dekatkan diri mengadu pada Dia... Allah tau sis kuat dan mampu sbb tu Dia uji sis.. Mengadu kat Allah sis.. mtk smua kat Dia... Mcm sis ckp bila ada duit je keta rosak la...bdn x sihat la...smua tu sy pernah rasa...itu dikatakan rezeki mengalir...Allah tarik rezeki ada sebabnya...maybe sbb kita terjauh sikit dgn Dia jdi dia beri peringatan utk kita dekatkn diri pada Allah... Saya hanya mampu beri pendapat ni brdasarkan pengalaman sy... terpulanglah pada sis utk terima ke x.. Semoga Allah permudahkan sis utk harungi masalah sis ni...

Baca lagi

hi mommy, faham sangat bila da jadi mak2 ni.. tp jgn salahkan anak ye. sy masih newbie atau baru jadi mak anak satu. sy dulu kaki jalan kaki travel kaki wayang masa bujang dulu. sebelum kawin, sy tak mgharap dpt jalan sana sini cm bujang dulu. mindset dari awal. bila ada anak nanti, lagi besar tanggungjawab kite sbg mak. da jadi mak dan isteri, suami lah tempat sy meluah. sy tak luah kat family kecuali mak sy (parents da cerai). suami sy dgr atau tak dgr.. sy ckp je.. dia bls nak layan atau tak layan.. sy mbebel je.. luah je apa yg x kena.. kalau sy main pendam dlm hati, boleh jadi stress. bila da jadi parents ni, mmg kena bersedia jadi penat. sy rasa sgt bersyukur klu suami sy bawa keluar pergi mkn.. jalan2 kat taman.. or jalan2 kat mall.. sekali sekala kite pun nak me time kan.. kalau suami sy x mampu bawa sy jalan gi mana2 pun, cukuplah dia bawakan mknan fav sy. tu pun da cukup buat sy happy. tipulah sy x stress jaga anak, mestilah stress. kdg pun termarah kat anak. lepastu sy cuba bertenang dan peluk anak.. minta maaf kat anak..ada masanya sy malas.. hari malas sy masa weekend. mommy try la cuba berbincang dgn suami. luah je apa yg mommy x puas hati. insyallah semoga baik2 saja..

Baca lagi

Awak saya pun housewife dan brhenti kerja untuk jaga anak. Tinggal dekat KL, suami gaji Rm2200 je sebulan. Hidup apa adanya je, xde me time, xde life luar, x holiday sedangkan saya mmg kaki travel dgn kawan2 dulu. Saya jugak ibu bapa dah xde, adik beradik semua lelaki. Saya faham situasi awak yg xde kawan meluah tu. Mmg sunyi sangat, tapi suami saya je lah bestfriend saya. Hari2 semangat tunggu suami balik sbb nak cerita hari saya kat dia, mcm tu jugak sebaliknya. Bila penat mmg geram sangat dgn anak, tapi sebagai seorang mak saya hari2 sedih bila teringat yg saya marah anak. Sbb sepatutnya kitalah yg mendidik dia supaya dia dengar cakap. Mmg susah sbb kita dulu pun degil cakap org tua kita kan. So samalah tu. Buatlah aktiviti dengan anak, mewarna ke, main koyak kertas ke, main ronyok. Kalau rumah bersepah tu biar je, sbb main2 ni mmg fitrah budak and semua rumah yg ada budak mcm tu. Jangan percaya social media semua tu menipu je. Enjoy your day tengok drama ke, masak2 ke. Dont worry okay awak. Be strong!

Baca lagi

saya tak judge kalau sis ade perasaan mcm tu, semoga sis diberikan kesabaran utk latih diri,,slow2 jgn biasakan pukull anak ke apa.. nnti Allah balas dgn perkara lebih baik.. insyaAllah... sis pun still bg anak mkn jaga dorang walaupun ade rasa nak baran tu kan.. maksudnya,sis kuat..sis penyayang.. cume mungkin ade mslh psikologi yg perlu kan nasihat org yg pakar dan memahami.. dulu akak ipar saya anak2 dia nakal tahap die pun kalau org tgok skli nmpk mcm "mak jenis apa ni baran?" tp skrng anak tu walauupun bru 5-6 tahun.. x diajar pun dh pandai tlg die susun selipar dkt luar rumah ,,tlg lap2 meja ,,time die sakit... kdg kita x boleh nak anggap selamanya anak tu mcm tu,,kdg yg plg degil plg susah nak jaga ni lah,bila dah besar,akan plg syg n jaga kita..cume kita kene bersabar dlm proses diorang membesar ni..jgn tinggalkan parut dlm hati anak kecil ni utk dibawa ke zaman dewasa mereka...

Baca lagi