Assalamualaikum sis. sedih sy dgr kisah sis.. diuji dgn husband yg tidak memahami.. dan fasa anak2 tantrum serta jauh dari keluarga.. burn out.. stress.. dan kemungkinan sis ada depression atau gangguan psikologi. sehingga bertindak mencederakan anak2... awak kena tahu, awak sbnrnya mungkin memerlukan bantuan pakar.. awak x perlu pergi jauh pun, boleh pergi klinik kesihatan sahaja. tak perlu cerita pada nurse. boleh cerita pada doktor terus. cakap nk rujuk masalah psikologi. cerita pada dia semua.. nanti kalau perlu, dia akan bg ubat utk tenangkan diri. awak tak perlu rasa malu, sakit psikologi ni mmg penyakit. mcm kencing manis juga. perlukan ubat. kalau tak, tak mustahil akan jadi lebih teruk. bila ambil ubat, emosi kita akan jadi lebih terkawal, kita lebih tenang, dan mampu proses dan berfikir dgn lebih baik.. inshaAllah. cara mcm mana nk pergi ke klinik, itu awak kena ikhtiar sendiri.. grab ada, bawa anak2 sekali kalau xda org jaga. awak kena rawat diri sendiri.. diri kita, amanah Allah pada kita.. kita berhak merasa bahagia.. bahagia yg bagaimana? dengan ketenangan dalam jiwa.. bukan 24 jam kita kena tenang, kita ni manusia.. cuma xdalah sampai mencederakan diri sendiri atau org lain
.. benda utama awak kena tahu, kita takkan boleh mengubah manusia. hanya Allah yg mampu kerana Dia yg memiliki hati mereka. jadi xyah susah2 ubah suami, doa saja. diberikan jalan keluar yg terbaik.. dan jadikan pasangan suami isteri yg soleh dan solehah dan saling mencukupi utk satu sama lain.. Allah pasti akan kabulkan doa sis..(sbb dalam kes suami sis bukan jenis boleh bawa bincang). jadi dalam masa yg sama, bila sis dah rawat diri sendiri, perbaiki diri, ubah cara fikir, cantikkan diri, buat mcm kawan2 bg tahu kat dalam komen2 ni, buat perkara yg disukai (utk distract diri dari anak2), inshaAllah aura positive akan dtg.. suami nmpk kita syg diri, kita penuh dgn kasih syg, inshaAllah pelan2 suami akan berubah.. bila? hanya Allah yg tahu.. mungkin sis x berpeluang pun nk lihat suami sis berubah.. tp Allah tidak tidak tidur dan melihat semua pengorbanan sis.. sy tahu semua ni bukan mudah.. hanya sis yg tahu betapa pedih dan lukanya hati, bila org yg paling kita syg, tak pedulikan kita.. tp kita boleh pujuk diri sendiri. kita mampu bangun tanpa dia.. kita boleh bahagiakan diri sendiri tanpa dia.. dalam masa yg sama, kita cuba maafkan dia.. kerana kalau betul2 syg suami, perlu alasan ke utk maafkan dia? (incase ada penderaan/kaki judi/mabuk lain cerita) melainkan sis dah xada rasa syg pada suami, mungkin perlu ke mahkamah pula utk sesi kaunseling..
smga Allah memberikan jalan keluar yg terbaik utk sis.. moga Allah angkat beban yg ada dalam jiwa dan kepala sis.. moga Allah beri ketenangan dalam hati sis dan suami..
Baca lagi