Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doc 💖 Suami saya mengalami eczema dan bunga badan. Adakah penyakit ini dpt tersebar kepada saya dan baby ? Baby saya berusia 5bulan dan baru baru ini terdapat rashes di kaki dan ada biji biji merah di peha beliau. Boleh doc cadangkan kepada saya ttg penggunaan sabun dan bahan bahan chemical yg patut saya gunakan di rumah ? Dan cara penjagaan untuk penyakit spt ini.

Baca lagi
5y ago

Salam Anis, Ekzema tidak sebar melalui sentuhan. Jika anak mewarisi gene ekzema dari suami, anak mungkin ada peluang untuk mendapat ekzema. Untuk penjagaan kulit pilih sabun yang tidak mengandungi pewarna dan perfume. Pilih jenis "Gentle cleanser". Sentiasa lembapkan kulit dengan pemakaian pelembab.