Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor. Saya mengalami masalah gatal2 di bahagian celah peha sehingga menyebabkan kawasan celah peha menjadi hitam. Bagaimana cara untuk menghilangkan gatal2 & hitam di celah peha. Setakat saya dapati, kulit di celah peha amat senstitif dengan bahan pelembut pakaian. Saya berhenti menggunakan pelembut pakaian, kegatalan berkurangan tapi masih ada & hitam di celah peha tidak hilang walaupun tidak teruk seperti sebelumnya. Apakah cara terbaik yg doktor blh sarankan?

Baca lagi
5y ago

Rawatan yg bagaimana doktor blh sarankan. Berjumpa dgn doktor pakar kulit @ saya boleh dptkan ubat di farmasi sahaja?