Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doktor. Kandungan sy dh masuk 27 weeks, sy mengalami gatal2 yg teruk di kaki dan perut sehingga naik bintik2 kecil. Setiap malam sy tidur tak lena. Dah pergi klinik, doktor ckp bkn alergic maybe simpton pregnant. doktor bg ubat cream dan ubat makan. Tapi still sama. Sejak jadi ni sy rasakan bayi sy dh kurang gerak mcm selalu. Apakah yg perlu sy lakukan?

Baca lagi
5y ago

Salam, Ruam yang timbul waktu mengandung dipanggil "Prurigo of Pregnancy". Biasanya ia akan berkurang selepas anak lahir. Tolong semak dengan doktor ubat makan yang diberi, jika jenis yang mengantuk seperti Piriton ia boleh menyebabkan bayi kurang aktif