Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Hye doktor... Saya nak tanya... 1.Ekzema boleh berjangkit tak? 2.Kalau pernah jadi masa kecil, bila besar akan jadi balik tak? Sebab suami saya baru lepas kena ekzema. 3. Kalau ayah/ibu kulit jenis sensitif/kering, adakah anak berkemungkinan akan dapat jenis kulit sensitif/kering jugak? 4. Adakah faktor pemakanan memainkan peranan jugak dalam masalah kulit ni? 5. Minta doktor suggest jenis krim/lotion yang sesuai untuk anak yang kulit jenis sensitif/kering. Terima kasih banyak doktor...

Baca lagi