Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr. Saya ada keloid lebih kurang 5 tahun. Ambil injection steroid setiap 6 minggu di hospital sebelum mengandung. Sekarang mengandung tak ambil injection sebab takut apa2 risiko kepada baby. Soalan saya : 1. Insya Allah saya mengandung kan baby girl. Nanti baby girl saya pun tak boleh tindik telinga juga ke macam saya? Baby akan mewarisi keloid saya ke? 2. Kata laa nak bersalin nanti, saya kena ceasar. Keloid akan tumbuh dekat parut ceasar ke? Ada cara nak cegah ke? Kalau bersalin normal & terkoyak/digunting, keloid akan tumbuh juga ke dekat bahagian yang dijahit? Sekian saja soalan saya. Harap sudi menjawab. Terima kasih 😇

Baca lagi
5y ago

Terima kasih Dr 😇