Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Selamat sejahtera Dr. Anak saya timbul bisul sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan ini sejak dia berusia 7 bulan Dua kali di kepala dan satu di tepi mulutnya. Sekarang dia berusia 9 bulan. Adakah timbulnya bisul tersebut disebabkan anak ada alergi terhadap makanan tertentu atau disebabkan ada masalah kulit lain? Untuk pengetahuan Dr, anak telah menjalani i&d sebanyak 2 kali di bahagian leher dan rahang kanannya. Dan adakah recurrent abscess yang berlaku ini berkemungkinan disebabkan kulit anak mempunyai masalah?

Baca lagi
5y ago

Hi Siti, bukan normal untuk kerap timbul bisul hingga perly I& D saya risau anak mungkin ada masalah immune. Tolong periksa dengan pakar pediatrik untuk siasatan lanjutan.