Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi dr.. Sy dan suami sama2 darah o.. Kedua2 ank sy pun kena prolonged jaundice sebelum ni.. Soalan saya, selepas ni kalau saya ada anak yang seterusnya memang akan kena prolonged jaundice ni atau ada cara untuk elak prolonged jaundice? Sbb saya pernah terbaca masa mengandung minum susu kambing atau amal probiotik dapat elak anak yang lahir kena demam kuning.. Terima kasih ❤️

Baca lagi
5y ago

Dalam kes ini, kemungkin besar anak kuning disebabkan breast milk jaundice --> keadaan yang tidak memudaratkan dan mengambil masa 1-2 bulan untuk hilang. Ini tidak bermaksud bayi patut beralih ke susu formula. Kemungkinan anak seterusnya mendapat kuning berpanjangan adalah tinggi.

Hye dan selamat petang dr joan.. Kenapa setiap baby yg dilahirkan mesti ada jaundice?apakah fungsi lampu yang warna ungu tu? Sebb anak saya pernh dijemur di bawah lampu itu. Apakah pandangan doktor terhadap kepercayaan orang dulu dulu yang mengatakan hilangkan jaundice dengan beri bayi sengkuang cina, mandi air kucai, makan anggur hitam dan et cetera? Itu shja soalan saya

Baca lagi
5y ago

Sebanyak 80% bayi boleh dapat jaundis. Punca utama ialah hati bayi yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Cara yang paling berkesan untuk keluarkan kuning berlebihan adalah melalui penyusuan bayi yang kerap. Ini adalah kerana bilirubin yang berlebihan keluar daripada badan bayi melalui kencing dan berak. Fungsi lampu biru adalah untuk larutkan bilirubin (pigment kuning) supaya lebih mudah untuk dikeluarkan dari badan bayi. Petua seperti minum air anggur dan lain-lain tidak dapat membantu mengurangkan kuning dan boleh memudaratkan kesihatan bayi.

saya terasa tidak selesa bahagian tengah pusat tetapi tidak sakit dan rasa kembung perut seperti gas dalam perut bahkan saya berturut berhari² sapu minyak angin dan minum air agak panas lepas tu tidak terasa kembung sangat adakah itu tanda hamil dan saya mengalami haid setelah membuat hubungan lepas 2 hari ? doc yg berpengalaman boleh membantu saya 🙏🙏🙏

Baca lagi
5y ago

Sekiranya puan baru bersetubuh malah datang haid, itu bukan tanda hamil. Saya sarankan puan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Hai doktor..hari ni sy dh 17 hari bsalin..tetapi bacaan jaundice ank saya 189.. Smlm doktor mnta ank sy diambil darah krna terlalu lama jaundice..mslah skrg tgan ank sy dicucuk 2kali dua2 tgn..peha d kaki jgk dicucuk still tk dpt darah y diperlukan iaitu sbnyk 2botol..perlu ke sy teruskan mengambil darah sekiranya bacaan jaundice smkin menurun..

Baca lagi
5y ago

Tq nadia..ank sy kne ambk drah u prolonged jaundice..kne chek smua hrp2 xde apa2..sy dh setkn appointment bru di hosptal lain hrp dpt la ambk drah sbb bnyk kn drah dprlukan..

Hi doctor nk tnya sekarang sya 19week 5days to sometimes sya rasa nk buang air kecil tp bila sya pi buang air kecil dia akn kluar sikit2 ja sya rasa mcm xpuas buang air kecil sgt example pagi2 mcm tu sya nk buang air kecil dia akn rasa sakit2 dibawah perut n bila sya dh g tandas dia akn kluar skit2 sja...blh doctor explain tq doc..

Baca lagi
5y ago

Tq doctor..noted

VIP Member

salam doctor mcm mana cara nak mengelak bayi dari kena kuning selepas lahir ada kah kita boleh cegah dari masa mengandung??? atau itu memang faktor nya sdh kena kuning doctor minta tips tips yg boleh mengurang kan kuning baby dgn segera☺ sekian terima kasih???❤

Baca lagi
5y ago

Jaundis adalah satu keadaan yang ketara bagi bayi. Jaundis berpunca dari peningkatan bilirubin dalam badan. Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin daripada badan bayi. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini. Disebabkan hati bayi yang kurang matang dan pemecahan sel darah merah, kebanyakan bayi cenderung untuk dapat jaundis. Cara yang terbaik untuk kurangkan kuning bayi dengan cepat ialah dengan pneyusuan badan yang kerap supaya bayi kerap kencing yang berak. (cara kuning berlebihan keluar dari badan bayi)

Hi dr.. Ank sy sudah 25 hri tp masih kuning Sy cuba utk kerapkn bf tp pd masa yg sama dia kerap muntah mgkin krn sy over breastfeeding Kadang sy cuba brhnti kn susu sndri bila ank sy mnum lbh kurg 20 ke 30 minit wlpn kdg nmpk dia tk knyg..apa yg ptut sy buat? Aob dia pd day 22 ialah 8.3 Aob hri ni 9.5

Baca lagi
5y ago

Sis. Bagi je susu sampai dia puas. Lagi dia byk berak kencing lg bagus. Kuning tu akan keluar ikut najis. Buat sampai kencing anak dr kuning jd warna jernih. Anak sy pun sy feed sampai overfeed. Dia muntah2. Kdg susu keluar je tp dia kemam je. Xtelan. Hihi. Dia nak ngempeng tp sy keep on bagi je. Ikut je kehendak baby nak susu. Nyek sikit sua nenen, nyek sikit, sua nenen dulu sebelum check pampers ke apa ke. Hihi. Mmg berat pampers dia. Dan itu bagusss....

Bayi yg tinggi jaundice nya perlu di bwh lampu biru. Apa kaitan nya doc? Dan 1 lagi, SB anak tertinggi waktu dlm wad ialah 18. Lahir induce tepat 37w dan berat yg sgt ringan, 2.08kg sahaja. Faktor bayi kecil, mempengaruhi tinggi rendah bacaan SB? I mean bayi makin kecil makin tinggi bacaan SB jaundice nya? Tq doc.

Baca lagi
5y ago

Ok. Terima Kasih Dr..

Helo doktor.. Selepas anak pertama lahir, anak sy mengalami jaundis selama dua bulan.pernah ditahan di wad neonat kerana jaundisnya tinggi. pelbagai cara telah sy lakukan utk menurunkan jaundis tetapi selepas dua bulan, baru jaundisnya hilang. Adakah ia akan memberi kesan kepada kesihatannya selepas itu?

Baca lagi
5y ago

Terima kasih atas pencerahannya doc 😊

VIP Member

Hai doctor ..sy nk tnya..tali pusat baby sy sudah tertanggal pada hari ke-4..mase tu kne warded sbb baby ade jaundis..skrg ni baby sy sudah 12 hari..tp yg merisaukan sy skrg ni,di bahagian pusat baby ade kluar darah..x byk tp darah tu kluar sket2..sy tetap cuci dgn ubat yg Hospital bg..normal ke doctor?

Baca lagi
5y ago

Tidak perlu risaukan. Pastikan bahagian pusat kering selepas mandi dan bubuh ubat hospital sehingga kering sepenuhnya.