Nadia Nathasha profile icon
SilverSilver

Nadia Nathasha, Malaysia

Contributor

About Nadia Nathasha

Excited to become a mum

My Orders
Posts(4)
Replies(88)
Articles(0)

suami tak membantu

Nk full bf anak tapi suami langsung xmembantu. Kurang dari seminggu nak masuk kerja tapi suami langsung tak ikhlas nak bantu bagi anak minum susu perahan dalam botol. Dia sua sekali je, baby tolak, terus xnak bagi dah. Biar je baby kat tilam dia. Xde pun dia nak usaha dukung, gunakan pelbagai posisi, sua botol berkali2... Tak ikhlas sangat. Kalau sy yg try bagi. Mmg baby langsung xnak. Sedih lah. Suami nak kita full bf, tp xsupport dr segi bantuan mcm ni. I belajar masak baru2 ni sbb dia komplain i xbuat pape kat rumah. Lepas tu bila.baby nangis, dia marah i jugak. Pdhal baby baru je lepas susu. Baby just nak peluk2 je... Tu pun dia xnak layan anak. Sibuk dengan fb dia. Kadang2 rasa mcm... Xnak anak lah kalau mcm ni perangai laki i ni. Kalau boleh anak yg ni pun xnak. Nak doakan allah tarik nyawa dia. ? Stress la mcm ni. Kini sy tak heran bila dia kata anak2 dia xingat ayah dan xnak bermanja dengan ayah bila dah bercerai dengan exwife. Dulu dia mengadu tp i diam sbb i xtau cara dia layan anak dia. Tp now i tahu. Jangan tanya la kenapa anak xrapat. Bukan sbb anak berjantina perempuan, xrapat. I pun rpt je dgn ayah. Manje je dgn ayah sampai besar.... Dah la. This is one and only child. I dapat bersalin tenang, pantang tenang... breastfeed tenang... Semua seronok. Tp xseronok bila i terpaksa depend kat suami tapi suami xnak tolong. I jenis yg berdikari tp bila i terlalu berdikari i rasa suami i ni menyusahkan i... Kalau boleh checkup baby sebulan hari tu pun nak pergi sendiri sbb rsa da sihat, klinik dekat jee. Ni anak dah 3 bln, masih xkhitan lagi. I nak bawak sendiri, drve ke klinik.... Tp dia xbagi. Tp mslahnya kurang smggu nak keje dah. Pastu nak hantar pengasuh. I xnak baby xsembuh lagi dah hantar pengasuh tapi tengok lah.... Hm.... Lagi 5 hari nak keje... Khitan entah kemana, train botol entah ke mana.... Training hantar pengasuh pun entah ke mana.

Read more
 profile icon
Write a reply

penattttt

Baby baru 2months. Suami buat semua kerja2 rumah. Saya fokus breastfeed anak dan urus anak sahaja. Sy xkisah suami xbangun malam uruskan pampers anak. Sy xkisah suami xnak tukar walau sekali pun pampers anak. Sebab sy fikir, dia dah tlg sy uruskan kerja2 rumah dr basuh baju hingga masak. Sy ingat dengan jelas sekali satu ketika suami pernah pesan bila sy biar anak nangis sampai mengamuk, saya sibuk cuci botol storage untuk stok susu perahan... Sy sibuk habiskan cucian baru pergi pada baby. Dia nangis sampai batuk2 hampir2 tiada suara. Sy 1st time mum, xmahir psikologi bayi. Suami tegur, jangan sampai anak nangis mengamuk. Nanti dia akan sentiasa mengamuk di masa akan dtg. Saya take note dan sejak tu, anak bunyi sikit aje, saya terus uruskan bayi saya. Saya susukan dia bila dia mula tunjuk tanda awal lapar. Tapi semakin hari, suami semakin selalu marah saya. Semalam baby tidur xlena dan keresahan. Asyik2 merengek walau semuanya sy check, semua dah bagi selesa. Suami sy terjaga dan tanya kenapa baby nangis? Masuk buaian je lah. Sy usahakan utk tak masuk buaian. Sy pujuk2 baby. Rupanya baby terkejut2 bila ayahnya dengkur kuat sangat. Saya pelukkkk je baby. Dalam 2, 3 jam sy berjaga tenangkan baby. Tetap juga tidak tenang. Akhirnya sy masukkan dalam buai juga pada 5pagi. Baru tidur lena. Sy pun tidur... Bangun pagi suami membebel ckp sy kuat tidur, xnak teman dia sarapan, dia kata nnt dia cari org lain(nak cari isteri ke2) srpn dgn dia baru tau. Dia xtau yg sy susah payah berjaga malam agar dia dapat tidur dengan selesa supaya dia boleh bekerja dengan baik pada siangnya. Keciknya hati saya. Terus tiba2 sy rasa penatttttttt sgt. Selama ni penat juga tapi sy ikhlas dan happy. Tapi tiba2 suami cakap mcm tu, terus sy rasa terbeban dengan tugas baru sebagai ibu. ? Hari ini... Dalam kereta, baby muntah begitu banyakkkkk. Habis baju baby, tudung saya, habis baju sy. Basah lencun dengan bau muntah. Baby sy mmg mengempeng lama sbb sy suka bg dia susu banyak2 selagi dia mahu hisap. Kadang dia dah kenyang tp masih mahu nenen di muka tp susu tetap meleleh keluar. Jd nak xnak dia menelan juga. Balik di rumah, sy terus letak baby. Baby terus nangis. Baby sy mmg xsuka diletak bawah kalau dia xpuas susu@ mgempeng lagi. Sy tenangkan tepuk2 dia. Terus suami sy cop sy pemalas. Malas nak ambil baju yg kene muntah tu. Sy sibuk tenangkan anak, dikatanya sy pemalas. ? Jauh hatinya saya. Terus terasa sakit nya badan menyusukan anak terlalu lama. Terus rasa bebannya kene susukan anak lama2. Terus hilang keseronokan menyusukan anak. Rasa macam nyusukan anak ni bt suami sy kata sy macam2. Buat sy sedih dan terasa hati. Saya hampir2 rasa nak depress. ? Tolong mummy2, bagi kata2 semangat kat saya. Sy rasa macam nak givap je. Sy rsa nak biar je anak xyah susu badan lagi. Biar ayah dia pulak susukan dia pakai botol agar sy xperlu lagi dicop pemalas atau kuat tidur siang! Sedihnya. Pengorbanan sy susukan ank, xnampak dek suami. Kalau xreti hargai xpe. Tak cakap terima kasih xpe. Tak tolong sy cuci botol, xtolong tenangkan anak, xtolong simpan susu tadah milk collector xpe.... Tp jangan sampai komplain sy tuduh bukan2. Sy xpernah tau erti penat sehinggalah dia ungkapkan kata2 yg menyakitkan tu. Baru sy tahu, penat jaga anak sebenarnya. Mohon kata2 semangat. ????

Read more
 profile icon
Write a reply