Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

salam doctor mcm mana cara nak mengelak bayi dari kena kuning selepas lahir ada kah kita boleh cegah dari masa mengandung??? atau itu memang faktor nya sdh kena kuning doctor minta tips tips yg boleh mengurang kan kuning baby dgn segera☺ sekian terima kasih???❤

Baca lagi
6y ago

Jaundis adalah satu keadaan yang ketara bagi bayi. Jaundis berpunca dari peningkatan bilirubin dalam badan. Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin daripada badan bayi. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini. Disebabkan hati bayi yang kurang matang dan pemecahan sel darah merah, kebanyakan bayi cenderung untuk dapat jaundis. Cara yang terbaik untuk kurangkan kuning bayi dengan cepat ialah dengan pneyusuan badan yang kerap supaya bayi kerap kencing yang berak. (cara kuning berlebihan keluar dari badan bayi)