Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Boleh kah Puan memberi penjelasan lebih lanjut tentang kedudukan M bayi dalam carrier. Apakah perbezaan M dan bayi terkankang. Saya telah mmbeli carrier ergonomik selepas membuat some research about ergonomik carrier. Tetapi bayi saya seakan tidak selesa dengan kedudukan itu. Untuk pengetahuan puan bayi saya berumur 5 bln.

Baca lagi
5y ago

Hi. Ada semak tak sama ada penggunaan baby carrier yang dibeli betul ke tidak? Pastikan penggunaan baby carrier adalah betul. Latih guna anak patung dulu. Bayi sekarang umur 5 bulan. Sebelum ini, tak pernah gendongnya dalam baby carrier? Kalau begitu, kena bagi masa untuk bayi biasakan diri. Pastikan dia sudah kenyang, pakai baju selesa dan lampinnya pun bersih sebelum mencuba. Semasa mencuba, boleh menyanyi lagu kegemarannya atau mengoyang badan ibu dengan lembut (seperti bila menggendong dengan tangan). Cuba 5 minit hari ini, 10 minit esok - memanjangkan masanya digendong dalam baby carrier untuknya membiasakan diri. Sila rujuk kepada gambar yang saya tampilkan di komen saya di atas mengenai posisi bayi.

Hi, saya cuba praktikkan baby wrap brand boba pd bayi saya berumur 2 bln. Namun, bayi saya sukar adaptasi dgn wrap dan nmpak seperti tidak selesa. Setiap kali praktis, saya perhatikan kedudukan sebelah kaki bayi sedikit senget. Adakah kerana cara ikatan yang kurang tepat?

VIP Member

Posisi yang sesuai bagi bayi 2 bulan bagaimana? Dan boleh tahu jenama babywearing yang sesuai bagi bayi 2 bulan dan boleh pakai lama? Kalau boleh bajet bawah rm300 (boleh dipertimbangkan) dan jenis ssc serta ada pfa supaya senang nak laras ikut wearer (saya 149cm & suami 180cm).

5y ago

Hi. Posisi yang sesuai untuk bayi umur 2 bulan ialah tegak di tengah dada ibu sambil menghadap ibu (upright center front facing in). Berdasarkan keperluan kamu untuk PFA (Perfect Fit Adjuster) dan bajet kamu, boleh survey Tugeda Ideal dan Snuggbaby. Selain dari ketinggian, kena semak ukuran pinggang juga sebab ibu yang saiznya kecil lebih sukar untuk mendapat fit yang baik dengan SSC. Saya rekomen kamu sewa dulu sebelum beli. Cuba cari SSC sewa dalam kumpulan Facebook "Malaysian Babywearers FSOT & Rental".

Expert

Kepada ibu bapa yang bertanya mengenai posisi bayi semasa dalam baby carrier yang ergonomik, gambar ini menunjukkan posisi bayi dalam baby carrier yang menyokong tumbesaran pinggul dan tulang belakang bayi secara sihat dan optimum.

Post reply image

dr pgalaman sy sndiri..biasanya jd mcm tu sbb tlebih aktivity..mgkin bjalan atau naik tangga y pyebabkan tekanan kat situ..slalu ad..even smai skrg baby dh 8 bln still rasa y sama..sakit ekor tlg blakg..

VIP Member

Umur berapa (month) baby perlu start guna baby carseat/carrier dalam kereta? Apakah ciri safety yang perlu Ada pada carrier/car seat selain dari standard compliance stated on carseat itself

5y ago

Hi. Infant carrier yang boleh dipasang di kereta BUKAN sejenis baby carrier yang dimaksudkan dalam konteks babywearing. Untuk keselamatan bayi, baby carrier tidak boleh mengganti penggunaan car seat. Untuk memahami penggunaan car seat, sila menyertai kumpulan Facebook "Child Passenger Safety Malaysia (CPSM)".

VIP Member

Hi.. Saya gdm on insulin dan skrg ni kandungan 26++.Ada masa saya jd cepat letih.. Walhal cek gula ok 4.2/4.8/5.1/4.1.Adakah saya perlu bersalin awal dr tarikh due.

Hai,ank saya umur 8 bln dn disahkan DDH(hip dysplasia) sjak lahir..skrg sdg dlm rawatan spica cast..blh ke pkai baby carrier n baby carrier ap yg sesuai?

5y ago

Hi Puan, boleh asalkan baby carrier yang digunakan mengikut bentuk spica cast. Saya rekomen Puan memyertai Facebook group ini https://www.facebook.com/groups/195063764251353/?ref=share untuk mendapat sokongan dari ibu bapa dalam situasi yang sama dengan Puan.

VIP Member

Product babywearing apa yg sesuai..which can makes both baby n parents rasa comfortable bila guna? Some can makes back ache.. Can u suggest few? :) thank you..

Kenapa saya hamil 10 minggu 2 hari belakang saya sakit macam nk pecah .. lepastu dia sudah ok .. and terus nak rasa demam pulak..

5y ago

Yeke ... Mcm nk nangis sy kena .. skit sgt