Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai doctor ..sy nk tnya..tali pusat baby sy sudah tertanggal pada hari ke-4..mase tu kne warded sbb baby ade jaundis..skrg ni baby sy sudah 12 hari..tp yg merisaukan sy skrg ni,di bahagian pusat baby ade kluar darah..x byk tp darah tu kluar sket2..sy tetap cuci dgn ubat yg Hospital bg..normal ke doctor?

Baca lagi
6y ago

Tidak perlu risaukan. Pastikan bahagian pusat kering selepas mandi dan bubuh ubat hospital sehingga kering sepenuhnya.