Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi dr.. Sy dan suami sama2 darah o.. Kedua2 ank sy pun kena prolonged jaundice sebelum ni.. Soalan saya, selepas ni kalau saya ada anak yang seterusnya memang akan kena prolonged jaundice ni atau ada cara untuk elak prolonged jaundice? Sbb saya pernah terbaca masa mengandung minum susu kambing atau amal probiotik dapat elak anak yang lahir kena demam kuning.. Terima kasih ❤️

Baca lagi
6y ago

Dalam kes ini, kemungkin besar anak kuning disebabkan breast milk jaundice --> keadaan yang tidak memudaratkan dan mengambil masa 1-2 bulan untuk hilang. Ini tidak bermaksud bayi patut beralih ke susu formula. Kemungkinan anak seterusnya mendapat kuning berpanjangan adalah tinggi.