Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hye dan selamat petang dr joan.. Kenapa setiap baby yg dilahirkan mesti ada jaundice?apakah fungsi lampu yang warna ungu tu? Sebb anak saya pernh dijemur di bawah lampu itu. Apakah pandangan doktor terhadap kepercayaan orang dulu dulu yang mengatakan hilangkan jaundice dengan beri bayi sengkuang cina, mandi air kucai, makan anggur hitam dan et cetera? Itu shja soalan saya

Baca lagi
6y ago

Sebanyak 80% bayi boleh dapat jaundis. Punca utama ialah hati bayi yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Cara yang paling berkesan untuk keluarkan kuning berlebihan adalah melalui penyusuan bayi yang kerap. Ini adalah kerana bilirubin yang berlebihan keluar daripada badan bayi melalui kencing dan berak. Fungsi lampu biru adalah untuk larutkan bilirubin (pigment kuning) supaya lebih mudah untuk dikeluarkan dari badan bayi. Petua seperti minum air anggur dan lain-lain tidak dapat membantu mengurangkan kuning dan boleh memudaratkan kesihatan bayi.