alahan aka morning sickness

hai ibu ibu, saya skrg 9week. saya alahan yang mual2 mulut payau tapi x muntah. kalau rasa nk termuntah tu sampai sakit perut bawah ni. mulut selalu penuh air liur. kepala berdenyut2 pening. tengok and bau ayam pon x boleh. dulu pregnant time xde anak, dan ade anak 1 masih gagah layan alahan. tp kali ni sy kalah. mana nak layan anak2 mana nak layan alahan. sy x gtau family lg sbb sy pernah keguguran. sy nk ambil langkah2 berjaga2. tunggu kandunggan melepasi tri ke 2 baru saya bagitahu. jadi skrg sakit semua saya pendam sendiri. sampai saya terpikir ni betul ke alahan ke sebab penyakit. dalam kepala saya pikir kanser je. hurmm ade ke mcm saya jugak. kadang2 sy sedapkan hati baca status ibu yg alahan teruk2 supaya sy boleh bandingkan diri saya dengan ibu tu. ibu tu lagi teruk hadap alahan. alahan saya apa lah sangat. tp tu lah sekejap je pastu perasaan x best kembali balik.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pun pregnant 8-9week, alahan mual2 juga sehari tak mis mesti Ada muntah even skali. Stakat ni semua bau sy sensitif kalau pening pun x boleh hidu minyak angin sbb x boleh go dgn bau 😅 sy tgk gmbr mknn pun pening n mual banyak baring je sepanjang hari sbb kejap2 pening. Sy pun pernah gugur 2kali yg ni kandungan ketiga mula2 mmg xnak family tau hanya husb dgn kakak yg tau sbb ddk serumah tpi bila family dtg melawat baru2 ni x dpt nak simpan sbb alahan sy teruk Alhamdulillah lpstu emosi dh makin baik sbb Ada husb n family yg selalu bagi kata2 semangat bila hari sy muntah sampai nangis dorng slalu ckp sabar sikit je nnti dh masuk 3-4bulan alahan akan kurang. Semoga awak kuat okey, tenang jgn stress2. InsyaAllah tak lama lgi alahan tu berkurang, xlama lgi kita nak sambut baby. Kuat kan semangat💪🏻

Baca lagi
1y ago

terima kasih puan atas kata2 baik. amat bermakna untuk say. saya harap saya kuat. kita sama2 kuat. tak sabar nak sambut baby. 😍

TapFluencer

Bertenang. Suami tahu kan perkara ni. Luahkan pada suami jika nak rahsiakan kehamilan pada ahli keluarga lain. Setiap kandungan lain ujian kehamilannya. Reda, sabar dan syukur dgn ujian kehamilan ni. Tekad dlm minda, ujian kehamilan ni sementara je. Kuatkan semangat ya. Tak lama lagi nak terima anak lagi. Senyum sikit...

Baca lagi
1y ago

terima kasih. saya nangis baca komen awak ni. terima kasih sbb kata kata baik. 😭