alahan teruk

hye mummys,boleh share tips cara nak hilangkan alahan..sy masuk makanan je muntah,sampai rasa lemah badan ni..mknn yg mkn tu tk sampai ke perut tp dah muntah pastu perut lapar balik..risau nya dgn baby sy dlm perut ni tak dapat khasiat dari ibu dia yg ada alahan ni๐Ÿ˜ซ#pleasehelp #bantusharing

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya masuk 8w hingga 12w memang teruk takleh bawa bincang alahan . Slow slow dia dtg dengan cara mcm2 . Pada awalnya takleh bau , lepas tu takleh makan , minum air pun muntah sampai sy lembik takleh buat apa , dan saya pergi serah diri je kat emergency sbb saya muntah pun dah keluar darah . Waktu masuk emergency tu sy punya hb okay je , cuma kaki saya lembik setiap kali pagi nak gi keje . Tak boleh bawa kereta , akan muntah . Lepas sy keluar wad , sy cuba balik kampung , elok2 je sihat muntah pun tak , makan pun byk ๐Ÿ˜‚ . Mungkin baby nak suasana kampung . Lepas balik dari kampung start muntah semula dan bau mmg tak boleh dah . Asyik letak minyak angin je . Masuk minggu ke 14 , kaki sy dah kuat utk berjalan , cuma sy tak boleh biarkan perut sy kosong , lewat makan . Mmg kalau sy makan jgk , akan muntah semua . Kalau teruk sgt dalam sehari sy boleh muntah nak dkt 10 kali ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ . Skrg , sy dah masuk 15w , tapi muntah tu ada kalau makan lambat , perut takleh terima apa2 dah . Cuma kene paksa jgk laa . Ubat muntah sy tak boleh makan sbb sy akan muntah . Semua jenis ubat waktu tgh fasa muntah sy tak boleh telan . Jd sy ikhtiar dengan buah je . Semoga awak tabah , nanti2 lama akan hilangg , sy tgh menunggu waktu untuk hilang alahan ni . Sbb badan dan mcm tinggal rangka tak boleh makan apa yg kita nak ๐Ÿฅฒ

Baca lagi

kalau 1st trimester lagi awk mkn apa pun akn muntah, hormon awk tu blom nk stabil lg, mkn lah masam ke manis ke tetap akn keluar.. cuma kalau muntah ni kena minum air selalu(kerap) lama2 dia akn berkurangan dn akn stop.. ada org muntah 3m,ada yg 4m.. ada yg sampai bersalin pun ada juga ๐Ÿ˜Š.. just mkn dn minum mcm biasa(sedikit tp kerap) jgn bg perut kosong..time ni jgn mkn pedas2 nti masuk hidung merana๐Ÿ˜‚..mkn yg jenis sup2..buah2an spt ๐Ÿ‰..

Baca lagi
4mo ago

mmglah dik,minum air pun muntah๐Ÿ˜‚..mmg tgh fasa muntah skrg ni.. tp air tu juga akn membantu kita nti balancekan hormon kita lama2.. kiranya awk kena paksa juga minum air tu walaupun sedikit tp kerap.. kalau bg perut tu kosong nti lagi menjadi2 muntah tu nti. awk try amik ubt muntah kat klinik juga ye. lps mkn tu kena bykkn berehat(tido).. drip tu doc bkn suka2 naikkan ye.. kalau awk betul dh longlai xde tenaga baru dia org akn naikkn.. ni pengalaman sy.. ๐Ÿ˜Š doc akn bg nasihat suruh minum air dgn kerap mostly.. drip bukan solution utk semua๐Ÿ˜Š

try minum air kelapa muda. saya pregnancy dua org anak sblm ni mual sampai 4 bulan. yg ke 3 ni mual 2 minggu saja. tp saya suka minum air kelapa muda. setiap hari mesti minum utk gantikan minuman manis,seb mummyab sy tak boleh minum nescafe atau milo. pedih ulu hati. sy baca d google air kelapa muda bagus utk kurangkan mual di awal kehamilan

Baca lagi

Alahan ni xblh buat apa sis.. kalau sampai tahap teruk, doc hanya bg drip kat kita, cucuk ubat muntah. Farmasi ada jgk jual ubat muntah veloxcin tu tp minta pandangan dr dulu la mcm mna. Sy awal preggy pun teruk alahannya.. cuba mcmยฒ jgk, mkn masamยฒ la, mnum air kelapa, bubur la, mkn buah la.. tp tetap akan ada muntah balik. Sabar ya..

Baca lagi

Cuma makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap.. saya dulu selalu kemam buah limau untuk kurangkan rasa mual.. kalau rujuk dr dia bole bagi ubat tahan muntah. Semoga Allah kurniakan awak dan baby kesihatan yang sihat walafiat aaaamin๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’•

4mo ago

thank you awak๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ’•insyaAllah nanti sy cuba..

dh cuba makan buah tk sis. sy dkt 5bulan alahan. muntah pula keluar angin, perit je rasa. tp mmg selama tu makan buah tembikai je ๐Ÿฅฒ. air kosong pn tkboleh mnum, buat air sunquick kosong tkde gula. alhamdulillah boleh la mnum

4mo ago

buah pon ade cuba sis,tp tulah sama je..

pergi farmasi beli ubat muntah, bgtau utk pregnant. terus xmuntah, loya ada sikit2 tp selera makan ok. saya makan ubat muntah sbb teruk sgt muntah smpai berdarah, usus luka. doktor suruh makan je ubat muntah selagi loya

4mo ago

tu lah kadang2 sampi kluar darah muntah tu.terima kasih awak๐Ÿซฐ๐Ÿป

saya pun mcm tu masa masuk minggu ke7 minum air keluar balik, saya p klinik dokter bagi ubat gastrik sama tahan muntah, nafsu mkn mmg hilang masa tu, makan pisang dan makan oat ja

4mo ago

berapa lama tu awak?

sy masa trim 1 alahan teruk gila.. yg boleh masuk perut dan buat sy kenyang sikit, makan mangga yg masam tu lepas tu cicah budu.. alhamdulillah dpt la jgk isi perut..

saya kena alahan mcm nie... serah diri kat hospital, 3 kali warded... hari2 bergantung ubat tahan muntah... alhamdulillah, minggu ke 14 slow2 alahan dah berkurang n hilang

4mo ago

doctor kata apa ya sis sebelum sis warded tu?